Skip to main content

HIJRAH SEBELUM TERLAMBAT*


Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumit pun ku rasakan perasaan seindah ini.
Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hamba-Mu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merindui-Mu.
Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepada-Mu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah.
Syukur pada-Mu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cinta-Mu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandangan-Mu.
Betapa dosaku luas meliputi ruang langit dan bumi. Kosongnya amalanku ini untukku persembahkan kepada-Mu nanti. Terlalu banyak sifat mazmumah dalam diriku sehinggakan tidak mampu ku perhitungkan lagi. Kerasnya hatiku sehingga hidayah-Mu sukar untukku menerimanya. Ku tahu tiada nilaianku di sisi-Mu, ya Allah.
Namun sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih ya Allah. Engkau masih memberi peluang kepada diriku ini untuk melakukan transformasi diri. Rahmat-Mu Maha Luas ya Allah. Syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepada-Mu.
Di kesunyian fajar ini, air mataku laju menuruni sejadah. Kesilapan lampau terbayang-bayang mengisi ruang ingatan satu persatu. Episod silam membawaku ke lembah kehinaan yang membuatkan aku digelumangi debu-debu dosa.
Betapa menyesalnya aku ya Allah. Kenapa selama ini aku leka dan lalai? Kenapa selama ini hatiku buta ya Allah. Terlalu banyak masa yang telah aku persia-siakan. Selama ini aku mempermainkan taubat kepada-Mu ya Allah. Selama ini ibadatku bukanlah untuk-Mu ya Allah, tetapi kerana sifat menunjuk-nunjuk dan riak yang hadir dalam diriku. Aku terlalu menyesal ya Allah.
Aku pohon kepada-Mu ya Allah, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan hijrah ini. Aku ingin berhijrah ya Allah, hijrah kerana-Mu. Bukanlah hijrah kerana manusia, bukan juga hijrah untuk mendapatkan dunia tapi hijrah yang sebenar-benarnya.
Aku ingin berhijrah untuk mendapatkan cinta dan redha-Mu. Sambutlah cinta dan rinduku ini ya Allah. Akan ku tatang hidayah-Mu ini dengan ilmu. Ilmu yang akan aku manfaatkan untuk memperbaiki hati dan diriku, yang dapat memberi cahaya kepada jiwa dan hidupku.
Ilmu yang akan aku persembahkan untuk-Mu adalah ilmu yang akan membawa diriku menuju cinta-Mu. Ilmu yang dapat menjadikan hatiku ini lembut dan syahdu. Ilmu yang dapat mengubah seluruh kehidupanku. Kurniakanlah kepadaku ilmu yang dapat membuat diriku semakin mencintai-Mu ya Allah.
Semoga kita digolongkan dalam golongan manusia yang dipilih Allah untuk menerima hidayah-Nya. Betapa bertuahnya kita seandainya dipilih. Membuktikan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah. Lihatlah betapa kerdilnya kita di muka bumi ini, tetapi sayangnya dalam kalangan kita masih ada manusia yang sombong.
Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.
 
Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.
Marilah kita berhijrah bersama-sama!

Comments

Popular posts from this blog

cara kak nik nur madihah belajar !

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa. Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah) [W] Boleh saudari ceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri, keluarga dan pendidikan? [M] Pertama sekali, terima kasih kepada pihak ISMA kerana sudi mengunjung…

ujian...!

ya ALLAH..
kuatkan aku...
jika aku lemah..
kuatkan aku..
jika aku jatuh...
kuatkan aku..
jika aku tersungkur..
kuatkan aku...
apabila manusia berburuk sangkakan aku.
kuatkan aku
jika aku diuji dengan cinta manusia..
yang sememangnya tidak kekal..
ya ALLAH..
berikan kekuatan padaku..
agar aku sentiasa teguh padamu...
supaya diriku sentiasa beriman padamu...
ya ALLAH..
aku akan cuba sdaya upaya agar aku...
sentiasa teguh...
apabila dikurniakan ujian dariMu...
...

Allah sebaik-baik perancang! ^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hai hai kepada newcomer yang mungkin tiba-tiba terjumpa/terbaca blog saya atau yang dah lama mengikuti saya.

Lama dah kan saya tak update apa-apa. Berhabuk gila (jangan guna bahasa ni, ni bukan bahasa BM ok and tak sesuai nak buat karangan :P) blog sebab lama tak bukak. Lepas tu, design blog lama sangat tak tukar. Bila tengok balik dah tak menarik. Nantila saya tukar. Nak buat pembaharuan sikit. Tengok macam mana tahap kerajinan nanti.

Masa tu ada tapi ilham untuk menulis tu tak berapa nak datang. Ni la ilham ada datang sikit, so saya curi-curi masa untuk menulis. Berapa lama dah tak menulis dalam blog. Zaman kerajinan menulis blog masa sekolah menengah dah berlalu. Bila baca balik nak tergelak pun ada. Tapi takpe, itu semua kenangan dan pengalaman saya berjinak-jinak dalam penulisan (ada je penulisan lain yang saya dah buat tapi malu nak publish kat sini sebab kita tak pandai/ tak expert sangat nak menulis. Hehehe)

Okayy. Habis dah cerita pasa…