Skip to main content

MENDAMBAMU YA ALLAH !

Ya Allah...

Aku cuma seorang hamba... yang tak layak meminta apa-apa... dan tak layak mempersoalkan segala perintah tuannya...

Ya Allah...

Aku ini hambamu... dan gelaran hamba itulah gelaran yang paling mulia dapat aku pikul... kalimah yang mengajarkan hamba di mana tempat duduknya... Semakin baik seseorang hamba itu memikul gelaran yang dimilikinya itu, semakin tinggilah pula kedudukannya disisimu...

Sungguh, tiada kedudukan lain lebih mulia berbanding di sisiMu... biarkan seluruh ummat membenci, seluruh ummat mencacci, seluruh ummat berprasangka buruk pada diri ini, aku akan terus mengejar kedudukan hamba di sisimu itu ya rabbi... kerna mereka tidak mengetahui... dan kerna aku hanya berbuat untukmu... ya rabbi...

Ilahi...

Ampunilah segala khilaf dan kelemahan diri... kerna aku tak sanggup lagi memikul dosa-dosa yang menggunung tinggi... dosa-dosa yang diciptakan oleh kejahilan, kehinaan dan kelemahan yang menghina keyakinanku, membebankan langkahku dan membakar pahalaku... satu per satu...

Ya Ilahi...

Hamba mu ini ingin mengadukan kelemahan diri, ketidak mampuanku untuk beristiqamah tetap teguh dalam mengabdi... apatah lagi beristimrar, sentiasa menambah tinggi pada jalanmu ini... Kelemahanku, kekuranganku, kebodohanku, semuanya Engkau yang Maha tahu... Tunjukilah aku jalan menujumu...

Tolonglah kasihi diriku...
Tolonglah cintai daku...
Tolonglah kasihani aku...

kerna tampa semua itu, aku tak mungkin dapat melepaskan diri dari belengu dosa yang menghambat diri, dan neraka itu mustahil untuk kuhindari...

Comments

Popular posts from this blog

cara kak nik nur madihah belajar !

boleh ka aku jadi macam kak nik?
insyaallah...
kalau ada usaha,pasti ada kejayaan...
abah pernah kata..
'kak cik pon boleh jadi mcm kak nik madihah kalau usaha...
*tak pelik dan tak mustahil*
itu kuncinya jika nak berjaya...
spm adalah penentu segalanya...

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa. Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsi…

ujian...!

ya ALLAH..
kuatkan aku...
jika aku lemah..
kuatkan aku..
jika aku jatuh...
kuatkan aku..
jika aku tersungkur..
kuatkan aku...
apabila manusia berburuk sangkakan aku.
kuatkan aku
jika aku diuji dengan cinta manusia..
yang sememangnya tidak kekal..
ya ALLAH..
berikan kekuatan padaku..
agar aku sentiasa teguh padamu...
supaya diriku sentiasa beriman padamu...
ya ALLAH..
aku akan cuba sdaya upaya agar aku...
sentiasa teguh...
apabila dikurniakan ujian dariMu...
...

abah ku seorang yang sangat suka membaca !

assalamualaikum wbt..

.............

apa khabar semua ? 
semoga sihat-sihat sahaja dan kita semua dibawah keredhaan ALLAH..
amin..





ABAH KU SEORANG YANG SUKA MEMBACA .

ya..abah sangat suka membaca..
dari kecil aku suka memerhati abah yang sangat suka membaca .
abah kata jika kita membaca ..lagi banyak ilmu yang kita perolehi..
aku sentiasa ingat akan kata-katanya .
seingat aku ..buku pertama yang abah belikan pada aku dan kakak ku..
^^ adalah... si kecil bertudung merah ..
buku yang meninggalkan nostalgia..
waktu tu aku baru boleh membaca buku..
jadi ..aku sering mengulang-ulang bacaan aku agar lebih lancar . haha
aku sangat menyayangi buku tersebut . sangat .
sungguhpun begitu aku sangat sukakn warna pada setiap helaian buku itu .
kadang-kadang aku akan cuba melukis gambar yang terdapat dalam buku tersebut .
ya..aku akui bahawa aku suka melukis semasa aku kanak-kanak .
sampaikan apa yang aku lihat akan aku tafsirkan dalam bentuk lukisan..
kadang-kadang apabila abah sedang duduk atas kerusi mengadap komput…