Skip to main content

Posts

Showing posts from January 14, 2012

MUHASABAH BUAT DIRIKU !

Penantian SPM...
cuba untuk buat yang terbaik dalam SPM...
cuba untuk bersaing...
jangan cepat mengalah...
walau berbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi...
jangan cepat berputus asa..
ALLAH sentiasa disisi kamu..
juga mahu melihat kamu berjaya dalam redhanya...
Sama juga seperti mak dan abah...
cuba belajar dari kesilapan...
Jadilah guru sebagai pendampingmu..
bukan seorang insan bergelar ADAM..menjadi penemanmu...
belajar bersungguh2 untuk mencapai cita2mu..
meskipun kamu goyah dalam hidupmu...
teguhkan lah kembali...
ingat!sekelilingmu sentiasa inginkan kejayaan darimu...
terutama mak dan abah..
belajarlah selagi kamu mampu...
kutiplah ilmu sebanyak mana yang mungkin
nescaya bahagia dunia dan akhirat...
jangan cepat putus asa...
teruskan perjuangan murnimu..
selagi mampu ..
untuk mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara...
perjalanan mu masih jauh ..
perlu ada benteng bagi membela dirimu...
sesungguhnya ALLAH sentiasa bersamamu...
juga abah dan makk..
serta sahabat2 yang masi…

cara kak nik nur madihah belajar !

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa. Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah) [W] Boleh saudari ceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri, keluarga dan pendidikan? [M] Pertama sekali, terima kasih kepada pihak ISMA kerana sudi mengunjung…