Skip to main content

Posts

Showing posts from August 23, 2012

TAKDIR DI HUJUNG USHA!

"Nak buat macam mana ni...? saya buat sehabis baik dah..." "Alaa, kita kan dah usaha... kenapa jadi gitu plak..." Ya, setelah berusaha dan bertawakkal, maka terimalah ketentuan yang sedang berlaku. Urusan manusia adalah usaha. Usaha itu sunnatullah. Takdir pula adalah urusan Allah. Menjadi penentu terakhir. Kedua-duanya sama penting dan sama perlunya di dalam kehidupan.Manusia perlu berusaha, dan takdir Allah yang akan menentukan kata akhirnya. Imam Ghazali dalam ungkapannya pernah mengatakan, "Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakkal tanpa usaha adalah sia-sia".  Tugas manusia adalah berusaha dan berusaha sebelum menyerahkannya kepada Allah. Usaha itu pula hendaklah mematuhi peraturan sunnatullah yang Allah telah tetapkan, iaitu hendaklah seiring jalan syariah yang dibernarkan di dalam Islam. DApabila disebutkan bahawa,Allah hanya melihat usaha dan tidak kepada hasilnya, maka perlu kita tekankan bahawa usaha itu juga perlulah berkualiti dan sec…