ya ALLAH ya TUHANKU


Thursday, December 11, 2014

Bersabar lah wahai adikku.. Kuat dan cekalkanlah hatimu~

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
apa khabar semuanya..diharapkan semuanya sihat-sihat blako..
aku..alhamdulillah..masih meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar..
menuntut ilmu dan mengaut nya sebanyak yang mungkin..
semampu yang boleh..
ilmu takkan pernah habis dipelajari kerana ilmu amat luas ..
tak terhitung nilainya..
diharapkkan kamu semua juga ..jangan pernah jemu untuk mempelajari..
ilmu dunia dan juga ilmu akhirat..
jangan pernah putus asa yaa..
Pesanan ini juga buat diriku yang sering alpa ..
yang sering lalai..
yang sering leka..
kita sama-sama bangkit dan cuba untuk bergerak dan berjalan tanpa henti menuju kejayaan..
teringat pada kata-kata akak mas( kakak usrah ku) sewaktu kami berbual-bual..
katanya" kalau kita hanya mengejar dunia, maka kita hanya akan mendapat dunia sahaja..tetapi jika kita mengejar akhirat maka kita akan mendapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat"..
aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya..
sesungguhnya memang ada kebenarannya..
aku begitu tersentuh..dan aku cuba untuk muhasabahkan diriku..
dimana sebenarnya aku berada di antara dua situasi tersebut..
Ya ALLAH ..ampunkanlah kekhilafan aku andai aku sering alpa dalam mengingatimu..
ampunkan aku..
jika aku seringkali mengejar dunia hingga aku sering lupa akan kewujudanmu..
In Shaa Allah...apa-apa pun sahabat-sahabat marilah kita sama-sama tajdid niat kita agar kita tak lari daripada cinta hakiki..
cinta sejati..
cinta yang satu..
cinta yang pertama...

Bangkitlah semula adikku..aku akan sentiasa bersamamu..
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..
segala puji bagi ALLAH yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambanya..
Kenapakah jika kau terasa sakitnya..pedihnya..pilunya hati..aku juga berasa begitu..
mengapakah jika kau bersedih..kecewa..aku juga begitu..
Adakah ini dikatakan nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita berdua wahai adiikku..
Jangan bersedih wahai adikku..bangkitlah semula..aku akan sentiasa bersamamu...
juga abah..mak..along..angah..dan adik-adik..
dan yang paling utama..
penciptaMu..
Allah S.W.T..
dia lah yang memberikan ujian ini padamu..
Sebagai tanda dia amat menyayangimu wahai adikku...
Terlalu menyayangi..
hingga dia mengujimu dengan berbagai dugaan..
kerana dia amat merindui tangisan mu berdoa pada Nya..
Merintih padaNya..
memohon padaNya..
Aku pinta agar kau tetap tabah dan sabar dalam mengharungi hidup ini..
kerana jalan masih panjang untuk kau tempuhi..
Bersabarlah..
tabahlah..
kuatlah..
ingatlah..
abah kita sangat kuat dalam menempuhi ujiannya..
terlalu kuat sehingga aku tidak sanggup untuk melihat kesungguhannya..
wahai adikku..


kau sering tertanya paadaku..mengapakah aku bisa menjadi kuat dalam apa jua yang aku lakukan..
Sebenarnya..aku tidaklah sekuat itu..aku tidaklah sekuat yang kau sangkakan..
aku juga manusia yang lemah yang sering menangisi jika ujian melanda..
tetapi aku belajar untuk kuat..
belajar untuk tidak menangis jika  berat perkara yang aku hadapi..
Belajar untuk menerima seadanya..
belajar daripada abah yang kuat dalam menerima apa juaperkara pun..
belajar daripada abah yang sering mengajar anak-anaknya untuk kuat dalam menghadapi apa jua punn..
kan abah selalu pesan pada kita ..selalu dan tak jemu..
ingatlah adikku.
masih aku simpan lagi surat yang abah kirimkan padaku sebelum aku hadapi peperiksaan spm..
dan aku akan sentiasa membaawanya kemana pun aku pergi..
dari penang ke pahang dan ke kelantan kini..
surat itu menjadi saksi aku pada abah..bahawasanya..
aku takkan pernah jemu untuk menuntut ilmu..
takkan pernah lupa untuk menuntut ilmu..
wahai adikku..
percayalah..
jalanmu masih panjang..
cekalkan hatimu..
kuatkan dirimu..
dan yakin lah  bahawa kami akan sentiasa bersamamu..


11 december 2014
#normalahayatinanyan.blogspot.com
usmkk kelantan..

Saturday, November 15, 2014

SELANGKAH UNTUK BERJUANG...

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

apa khabar anda semua ?

Dah lama tak menulis sesuatu dalam blog ni..
Rasanya sejak aku habis spm...
Bahasa ku pun rasa nya dah jadi lain..
maklumlah dah lama sangat tak menulis...
maaf ye jika bahasa yang digunakan tak tepat atau mungkin tak berapa faham...
Dah 2 tahun tak silap aku..aku dah tak menulis macam dulu..
aku dah 19 sekarang..
Aahh...mmg dah lama aku tak menulis..
Sejak habis matrik aku dah tak menulis macam dulu...
ada penulisan yang aku buat..
tapi semuanya tergantung.
tak dapat nak habiskan semuanya...
Insyaallah..
aku akn habiskan nya jugak suatu hari nanti...
dah lama aku tak bergiat dalam penulisan blog ni..
dan dah lama aku tak explore semua benda dalam blog..
sebabnya kekangan waktu..
actually..aku sangat suka baca blog...
at least aku akan dapat ilmu yang bermanfaat dari sahabat-sahabat...
dekat matrik aku amek sains..so..mmg takda masa lansung nak menulis..
after habis matrik baru aku menulis  semula..tapi..banyak yang tak habis..
Sebut je matrik...mmg mengingatkan aku banyak perkara...
kat matrik lah aku belajar banyak perkara..
banyak berkorban..
berkorban segalanya..
masa tidurku..
masa rehatku..
waktu ku sentiasa diisi dengan ilmu..
wahhh..aku sangat merindui saat itu...
saat bersama sahabat-sahabat bersengkang mata menuntut ilmu..
ingkatkah kalian akan waktu itu sayang ?
syafika, ayuni..shuhada..
aku sangat merindui kalian...
tersangat merindui kalian....
Kmph sentiasa dihatiku..
kalian sentiasa bersamaku tika susah dan senang..
meski kalian jauh dari ku..persahabatan bersama kalian akan sentiasa dihatiku...
moga kita akan terus berjaya di dunia dan akhirat..
terima kalian kerana sudi menjadi sahabat ku...
saat yang paling manis yang akan ku ingati ialah pabila kita sama2 membuat coklat milo(di iron) dan
makan maggi sedapp bersama-sama selepas habis peperiksaan..
saat manis itu lah yang akan ku ingati selamanya...
bila terkenang kan itu semua..
hatiku membuakk-buak untuk bertemu kalian..
berbual-bual..
makan bersama-sama..
riadah..
berbasikal..
dan belajar bersama-sama..
walau kadang-kadang kita sering berselisih faham..
tapi saat itu lah yang merapatkan kita,,,
menjadikan kita saling mengenali antara satu sama lain..
maafkan aku kalian jika aku pernah menyakitii hati kalian..
sesungguhnya kalian sagat baik padaku...

After kmph ... what's next ?

Alhamdulillah..
selepas habis je belajar kat matrik ..
aku dapat menyambungkan pelajaran di usm...
usm kubang kerian, kota bharu...tempat aku belajar sekarang...
aku seronok dan gembira..
walaupun jauh dari rumahku..
mak kata.. bila belajar jauh lagi luas pengalaman kita ..
aku teringat lagi bila keputusan upu keluar...
abah sangat gembira...begitu juga dengan mak..
aku rasa sangat bahagia waktu tu dapat menggembirakan mak dan abah..
aku rasa terharu..sama perasaan dengan apa yang mak dan abah rasa masa tuu..
sebenarnya..aku dapat upm dan usm..
alhamdulillah aku diberi peluang untuk memilih.. 
aku memilih untuk pergi ke usm...tempat yang aku berada kini...
sebabnya..course yang aku nakk dapat di usm..
nutrition..
inshaallah..
 doakanku agar dapat menjadi nutritionist yang dapat berbakti kepada masyarakat...
kat sini.. alhamdulillah..
banyak jugak yang aku lalui..
walaupun banyak yang aku perlu belajar..since aku baru 1st year kat sini..
aku akan tetap kuatkan tekad ku..
sebagaimana di matrik..
aku akan kuatkan semngat ku kat sini..
bersama -sama dengan doa mak dan abah kat sini...
" mak dan abah doakan kakcik kat sini..agar kakcik kuat menempuh segala cubaan dan dugaan kat sini.....macam mana susah pun kat sini..kakcik akn tetap berjuang demi mak dan abah..
mak dan abah penguat kakcik kat sini...doakan kakcik.....mak dan abah dah terlalu banyak berusaha untuk membesarkan kakcik, along, angah, umi,amirul dan lokman..kakcik teringin nak balas segala-galanya kembali..tunggu kakcik"
Back to usm..
Banyak yang aku perlu pelajari..
dari doktor2 dan prof2 yang hebat2 kat sini..
banyak ilmu yang perlu aku ambil dan serap dalam hidupku..
rakan-rakan kat sini jugak baik2 belaka..
aku mula untuk menyayngi kalian sepeerti mana aku menyayangi sahabat2 aku yang lain..
kak ika..aku sudah mula untuk menyayangimu..
kamu sama seperti angah..
bila aku melihatmu..
teringat pada angah yang selalu memberi nasihat padaku..
moga ukhuwah yang terbina ini berkekalan...
bantu aku dalam mencari ALLAH..
moga persahabtan kita kekal hingga akhir hayat...
akhir kata ..
aku harap sangat dapat buat yang terbaik disini..
doakan ku kalian..agar aku tetap kuat..
kuat untuk menuntut imu..
kuat untuk menempuh segalanya..
kuat untuk beribadah..
kuat untuk berjaya dan 
kuat untuk sentiasa istiqamah dalam apa jua yang aku lakukan sekarang...
dan..
tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu...
inshaallah..
moga kalian juga sentiasa bersemngat untuk sentiasa menuntut ilmu..
Ayuh lah kita sama-sama berjuang...
penuhi ilmu di dada..
moga kita menjadi hamba yang diredhai ALLAH..
aminn..
#normalahayatinanyan.blogspot.com