Bersabar lah wahai adikku.. Kuat dan cekalkanlah hatimu~

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
apa khabar semuanya..diharapkan semuanya sihat-sihat blako..
aku..alhamdulillah..masih meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar..
menuntut ilmu dan mengaut nya sebanyak yang mungkin..
semampu yang boleh..
ilmu takkan pernah habis dipelajari kerana ilmu amat luas ..
tak terhitung nilainya..
diharapkkan kamu semua juga ..jangan pernah jemu untuk mempelajari..
ilmu dunia dan juga ilmu akhirat..
jangan pernah putus asa yaa..
Pesanan ini juga buat diriku yang sering alpa ..
yang sering lalai..
yang sering leka..
kita sama-sama bangkit dan cuba untuk bergerak dan berjalan tanpa henti menuju kejayaan..
teringat pada kata-kata akak mas( kakak usrah ku) sewaktu kami berbual-bual..
katanya" kalau kita hanya mengejar dunia, maka kita hanya akan mendapat dunia sahaja..tetapi jika kita mengejar akhirat maka kita akan mendapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat"..
aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya..
sesungguhnya memang ada kebenarannya..
aku begitu tersentuh..dan aku cuba untuk muhasabahkan diriku..
dimana sebenarnya aku berada di antara dua situasi tersebut..
Ya ALLAH ..ampunkanlah kekhilafan aku andai aku sering alpa dalam mengingatimu..
ampunkan aku..
jika aku seringkali mengejar dunia hingga aku sering lupa akan kewujudanmu..
In Shaa Allah...apa-apa pun sahabat-sahabat marilah kita sama-sama tajdid niat kita agar kita tak lari daripada cinta hakiki..
cinta sejati..
cinta yang satu..
cinta yang pertama...

Bangkitlah semula adikku..aku akan sentiasa bersamamu..
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..
segala puji bagi ALLAH yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambanya..
Kenapakah jika kau terasa sakitnya..pedihnya..pilunya hati..aku juga berasa begitu..
mengapakah jika kau bersedih..kecewa..aku juga begitu..
Adakah ini dikatakan nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita berdua wahai adiikku..
Jangan bersedih wahai adikku..bangkitlah semula..aku akan sentiasa bersamamu...
juga abah..mak..along..angah..dan adik-adik..
dan yang paling utama..
penciptaMu..
Allah S.W.T..
dia lah yang memberikan ujian ini padamu..
Sebagai tanda dia amat menyayangimu wahai adikku...
Terlalu menyayangi..
hingga dia mengujimu dengan berbagai dugaan..
kerana dia amat merindui tangisan mu berdoa pada Nya..
Merintih padaNya..
memohon padaNya..
Aku pinta agar kau tetap tabah dan sabar dalam mengharungi hidup ini..
kerana jalan masih panjang untuk kau tempuhi..
Bersabarlah..
tabahlah..
kuatlah..
ingatlah..
abah kita sangat kuat dalam menempuhi ujiannya..
terlalu kuat sehingga aku tidak sanggup untuk melihat kesungguhannya..
wahai adikku..


kau sering tertanya paadaku..mengapakah aku bisa menjadi kuat dalam apa jua yang aku lakukan..
Sebenarnya..aku tidaklah sekuat itu..aku tidaklah sekuat yang kau sangkakan..
aku juga manusia yang lemah yang sering menangisi jika ujian melanda..
tetapi aku belajar untuk kuat..
belajar untuk tidak menangis jika  berat perkara yang aku hadapi..
Belajar untuk menerima seadanya..
belajar daripada abah yang kuat dalam menerima apa juaperkara pun..
belajar daripada abah yang sering mengajar anak-anaknya untuk kuat dalam menghadapi apa jua punn..
kan abah selalu pesan pada kita ..selalu dan tak jemu..
ingatlah adikku.
masih aku simpan lagi surat yang abah kirimkan padaku sebelum aku hadapi peperiksaan spm..
dan aku akan sentiasa membaawanya kemana pun aku pergi..
dari penang ke pahang dan ke kelantan kini..
surat itu menjadi saksi aku pada abah..bahawasanya..
aku takkan pernah jemu untuk menuntut ilmu..
takkan pernah lupa untuk menuntut ilmu..
wahai adikku..
percayalah..
jalanmu masih panjang..
cekalkan hatimu..
kuatkan dirimu..
dan yakin lah  bahawa kami akan sentiasa bersamamu..


11 december 2014
#normalahayatinanyan.blogspot.com
usmkk kelantan..

Comments

Popular posts from this blog

Bangun saat kau Rebah dan tak mampu berdiri

cara kak nik nur madihah belajar !

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

KELEBIHAN SURAH AS SAJDAH