Ada apa dengan seorang abah ?

assalamualaikum wbt..

"There are no perfect fathers, but a father will always love perfectly. Remember to care for those who care for you"




Abah? ayah ? papa? abi? daddy ?
Gelaran seorang insan yang patut kita kagumi..
insan yang sentiasa mencukupkan kita..memberikan segala apa yang dia punya..
sanggup korbankan segalanya..termasuk dirinya demi anak-anak..
Dirinya??
insan ini tanpa kita sedar telah melakukan apa sahaja demi anak-anak..
adakah kita sebagai anak sedar akan semua ini?
seorang ayah tidak akan pernah menunjukkan betapa dia lemah..
seorang ayah tidak akan pernah menunjukkan betapa tak berdaya..
seorang ayah tidak akan pernah menunjukkan betapa dia sakit..
hanya apa yang dia mahu adalah kebahagiaan anak-anaknya..
percayalah..
dia mahu kamu belajar untuk kuat..
dia mahu kamu belajar untuk tabah..
dia mahu kamu belajar untuk tidak menangis jika berat ujian yang kamu terima..
ALLAHU...
betapa mulianya seorang ayah...
sedangkan aku?
tanpa sedar seringkali menyakitinya...
tanpa sedar seringkali mengguris hatinya..
tanpa sedar seringkali mengecewakannya..



abah! I know that you love us perfectly!

aku dikurniakan seorang insan yang amat aku kagumi..
ABAH..ya seorang abah yang tak pernah lelah mendidik kami..
seorang abah yang sentiasa memberikan apa yang dia ada..
aku sangat menyayangi abah..sangat2
dia... sentiasa memberi semangat padaku..adik2 ku..kakak2ku
susah nak diungkapkan perasaan ini..
perasaan yang aku simpan terlalu lama...
abah yang sering ada sentiasa untuk anak-anaknya...
abah yang sentiasa berada dibelakang kami..
waktu kami menerima kejayaan mahupun kegagalan..
itulah seorang abah..
abah sangat mementingkan pelajaran ..
itu membuatkan aku sangat mengaguminya..
kata abah..ilmu lah yang akan membawa kita..
setiap kata-katanya aku percaya dan sentiasa aku pegang..
sehingga kini..
dia tak jemu memberi nasihat
walaupun abah bukan lah sesempurna ...because there are no perfect fathers..
di mata anakmu ini..abah dah cukup sempurna untuk kami..
terlalu..
abah mengajar kami erti kesusahan..
abah mengajar kami erti pengorbanan..
abah mengajar kami segala yang kami tak tahu..
sama seperti mak..
kalian tidak pernah jemu mendidik kami yang berbagai karenah..
meskipun begitu kalian tetap mencukupkan kami..

Bila berjauhan..rasa sayang itu makin menggunung...
dan..
membuatkan aku sering merindui kalian...
terlalu merindui kalian..
moga kedua mak dan abah sentiasa dibawah lindungan ALLAH..
sentiasa di bawah rahmat -Nya.
amin!





normalahayatinanyan.blogspot.com
usmkk
26/2/2015

Comments

Popular posts from this blog

Bangun saat kau Rebah dan tak mampu berdiri

cara kak nik nur madihah belajar !

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

KELEBIHAN SURAH AS SAJDAH