ya ALLAH ya TUHANKU


Thursday, March 19, 2015

abah ku seorang yang sangat suka membaca !

assalamualaikum wbt..

.............

apa khabar semua ? 
semoga sihat-sihat sahaja dan kita semua dibawah keredhaan ALLAH..
amin..





ABAH KU SEORANG YANG SUKA MEMBACA .

ya..abah sangat suka membaca..
dari kecil aku suka memerhati abah yang sangat suka membaca .
abah kata jika kita membaca ..lagi banyak ilmu yang kita perolehi..
aku sentiasa ingat akan kata-katanya .
seingat aku ..buku pertama yang abah belikan pada aku dan kakak ku..
^^ adalah... si kecil bertudung merah ..
buku yang meninggalkan nostalgia..
waktu tu aku baru boleh membaca buku..
jadi ..aku sering mengulang-ulang bacaan aku agar lebih lancar . haha
aku sangat menyayangi buku tersebut . sangat .
sungguhpun begitu aku sangat sukakn warna pada setiap helaian buku itu .
kadang-kadang aku akan cuba melukis gambar yang terdapat dalam buku tersebut .
ya..aku akui bahawa aku suka melukis semasa aku kanak-kanak .
sampaikan apa yang aku lihat akan aku tafsirkan dalam bentuk lukisan..
kadang-kadang apabila abah sedang duduk atas kerusi mengadap komputer .
aku akan lukis abah darpada pandangan belakang .
abah gembira melihat lukisan aku .
dan kata-katanya membuatkan aku gembira
" pandainya kakcik lukis . cantik ."



abah kata jika aku besar . pasti aku akan lagi pandai lukis .
tapi sekarang aku tidak tahu minat melukis aku itu sudah hilang ke mana . hehe
berbalik kepada membaca ...
abah memang sentiasa mendidik aku ..kakak2 dan adikku minat membaca..
aku masih ingat lagi abah sering menampal kata- kata semangat di dinding rumah kami..
kata-kata semangat itu abah beli dan abah tampal mungkin supaya kami boleh sentiasa membacanya.. di setiap sudut rumah kami penuh dengan kata-kata..
aku senang dengan setiap kata-kata tersebut memenuhi isi rumah kami..
aku dan kakakku kadang-kadang boleh menghafal kata-kata semangat itu..
apabila aku merasa kecewa atau sedih .. aku sering memandang dan membaca kata-kata tersebut...meskipun  aku pada waktu itu kurang memhami maksud di sebalik ayat-ayat tersebut..
mungkin abah faham .
oleh itu..aku dapat merasakan abah sentiasa bersama dengan kata-kata semangatnya itu..
aku faham mengapa abah sentiasa tabah dan tak pernah putus asa ..
aku faham semua itu..
abah sangat menyayangi buku-bukunya..
terlalu meyayangi..
aku hairan..
lama kelamaan aku pun mulai faham..
abah masih lagi menyimpan buku-bukunya ..
buku-buku semasa stpm..universiti...
rumah kami penuh dengan buku-buku abah..
abah tidak membenarkan mak untuk membuang atau menjual buku-buku tersebut..
abah sangat sayang kan buku-bukunya..
bukunya masih elok disimpan dalam kotak..
kadang-kadang aku ambil buku-buku tersebut dan membelek-belek..
dapat aku  bayangkan betapa abah sangat rajin membaca..
mak pernah meyatakan hasrat untuk membuangkan buku-bukunya..
tetapi..
abah tetap tak benarkan..
abah kata ilmu sukar untuk dicari..
sayang ilmu jika nak dibuang..
aku terdiam .
Ada satu masa itu..
aku baru menghabiskan sem 1 di matrikulasi..dalam sibuk-sibuk mengemas barang untuk pulang..
aku terpaksa membuangkan kertas-kertas nota dan tutorial aku...
terlalu banyak..
nota kuliah..nota yang aku buat sendiri plus dengan kertas tutorial yang berlambak di bilik..
aku bertanya kan pada kawan bilikku..
" syafiqa..nk kna buang ke nota-nota ni?"
hmm..
aku terpaksa membuang kesemua nota...nota-nota yang aku sayang sahja yang masih tinggal..
lagipun..
disebabkan aku balik dengan bas..terpaksa aku buang..pahang ke penang bukannya dekat..
masa di stesen bas..
abah ada tanya padaku nota-nota kuliah aku..
"nota kuliah kakcik buat macamna? simpan kat mana?"
glurppp..
"abah............kakcik buang..sebab susah nak bawa balik..tapi bukan semua kakcik buang"
lepas tu abah mula memarahi aku..sbnarnya bukan marah tetapi lebih kepada menasihati..
" ilmu tak baik kita buang..takkan la lepas belajar kita lupakan ilmu tu..lagipun kakcik nanti boleh guna lagi untuk rujukan.................................."
aku tersenyum kelat..
hehe



abah suka pergi ke perpustakaan dan ke kedai buku..
abah suka membeli buku...
buku-buku yang ada di rumah ku..
abah yang belikan terutama nya buku rujukan pelajaran..
semuanya abah belikan..
jika aku minta dibelikan buku..
abah akan membelikannya walau kadang terpaksa menunggu musim gaji..
tapi abah akan menepati janji untuk membelikan kepada aku..
aku masih ingat lagi..
abah sering bertanya pada ku..
"kakcik dah cukup ka buku-buku pelajaran..kalau tak cukup nanti abah usahakan"
perkataan USAHAKAN itu membuatkan aku menghargai buku-buku tersebut..
betapa abah bekerja keras untuk membelikan aku buku..
terima kasih abah..
Abah suka membaca buku dan akan cuba untuk menghabiskan bacaannya..
ada satu malam tu..
aku lihat lampu bilik abah dan mak masih terbuka..
oleh kerana pintu terbuka luas..aku pun lalu di situ..
ku lihat abah sedang menghabiskn bacaan nya..
aku kagum dengan abah..
dengan usia nya yang begini..dia masih sentiasa mempunyai semangat untuk membaca..
yang best nya..abah akan cerita buku yang dibacanya..^^
Part yang paling best adalah apabila kami semua mendapat baucer buku..
haha .
abah seronok...
abah kata boleh beli buku banyak-banyak..
kadang - kadang abah membaca buku yang kami belikan .
kadang - kadang kami akan membelikan buku khas untuk abah..hehe..hadiah
hari tu angah ada mesej..
angah kata abah bawa pergi beli buku..waktu tu baucar buku baru je dapat.
angah cakap abah sangat seronok dan muka abah berseri-seri bila sampai di kedai buku..
betapa abah amat menyintai buku-buku yang berada di hadapannya..
angah hadiahkan abah baucar buku dan abah memilih untuk membeli al quran yang bertulisan besar..
abah cakap supaya senang nak baca dan tak perlu memakai spect(sebab abah rabun dekat)..
aku gembira . angah gembira dapat mengembirakan abah ..
Jadi... sahabat-sahabat di luar sana..
jangan jemu untuk menuntut ilmu..
tambahkan ilmu kita dengan sentiasa memperbanyakkan bacaan..
juga peringatan kepada diri saya ..^^
ayuh sahabat...jom lebih memperbanyakkan bacaan 
moga kita sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan ALLAH...

normalahayatinanyan.blogspot.com
19/3/2015
usmkk
kelantan