Kasihnya Mak dan Kasihnya Abah


Assalamualaikum w.b.t..
apa khabar semua..?
harapan agar semuanya sihat-sihat dan kita sentiasa hidup dalam keredhaan ALLAH..
amin..
dah lama rasa nya aku tak menulis ..
memang ada rasa nak menulis tetapi disebabkan terlalu busy hinggakan aku tak sempat menulis
untuk dikongsikan dengan para pembaca semua..
oleh sebab terlalu rindu nak menulis .aku ashik menulis sahaja tajuk2 yang aku rasa nak tulis(when somethings come out in my mind).. dengan harapan bila dah ada free time..bolehlah aku coretkan sesuatu..lawak rasanya..in shaa allah..coming soon... as im too busy with all my university's activities..busy with all the assingnment...presentations..programs..
actually all of this are part of my life..and im happy until now..haha


Sekarang baru aku faham tugas dan tanggungjawab seorang pelajar..
aku semakin hari semakin memahaminya..
moga dengan segala kesibukan kita dalam mengejar hal-hal dunia..
mohon dan doaku agar kita juga semakin sibuk dalam mengenali sang PENCIPTA..
Banyak sebenarnya yang nak diceritakan..tapi biarlah aku ceritakan satu persatu..
In shaa Allah..




Image result for motivational quotes parents





KASIHNYA ABAH DAN KASIHNYA MAK..

Pasti kalian yang selalu membaca kisah atau old post ku tahu bahawa aku selalu menceritakan tentang ibu dan bapaku..

ya.. seringkali aku menceritakan kerana perasaan sayangku pada mereka terlalu dan terlalu mendalam..
i don't know how to express that kind of feeling..but what i know is i love them more than myself..
more than what i earn or i get in this world..

okayy..back to business..

Abah seorang yang tabah,..tabah membesarkan kami semua yang banyak kerenah..
abah membesarkan kami semua 6 beradik dalam keadaan yang sederhana..
alhamdulillah..abah sentiasa cuba untuk mencukupkan kami walau dirinya seringkali berkorban..
until know..i am so grateful to ALLAH SWT for giving us of what we have know..
Allah gives us what we need, Not what we desire..
Dengan izin dan kehendakNya..kami semua 4 beradik telah berjaya masuk ke menara gading..
Aku tahu tanpa sokongan abah dan mak,,kami semua pasti takkan dapat sampai ketahap ini..
Aku gembira sebab abah tak pernah mematahkan semangat kami semua untuk terus maju kehadapan..

begitu juga dengan mak..

aku bersyukur..Abah dan Mak amat mementingkan ilmu pengetahuan..Kami adik beradik sentiasa diiringi dengan semangat serta dorongan yang tak pernah putus-putus dari mereka berdua..
Dari kecil sampai sekarang..
abah sering pesan dan nasihat kepada kami semua..
dan pesanan itu lah yang membuatkan aku terasa ingin bangkit dan terus maju kehadapan..
Abah selalu pesan untuk aku terus belajar hingga sampai ke universiti dan mencapai cita-citaku..
Abah terpaksa berhenti belajar semasa di universiti dan terpaksa melupakan hasratnya untuk mencapai ijazah...
aku kasihan pada abah jika dia menceritakan pada kami semua..
aku tahu..dilubuk hatinya, dia begitu sedih mengenangkan kenangan lalu..
Tetapi, dia tidak pernah menunjukkannya dan sering meminta kami untuk menyambung semula apa yang tidak dapat dicapainya..
abah tak pernah mengeluh..
Pada waktu itu, dia harus memilih untuk menyara anak-anak atau memilih untuk meneruskan pengajiannya..
Abah masuk universiti ketika kami masih kecil lagi dan aku masih mengingatinya bagaimana abah  ke kelas setiap sabtu dan ahad yang terletak memang jauh dari rumah kami..
aku masih ingat lagi, abah sering kali berada di hadapan komputernya menyiapkan assingment ..
abah sering membaca buku waktu dia tidak bekerja atau tidak ke kelas..kadangkala dia bekerja lebih masa..untuk menyara kami dan juga pengajiannya...Buku-buku dirumahku penuh dengan buku-bukunya..dan aku masih ingat lagi aku selalu memerhatikan tingkah laku dia dalam melakukan apa pun..Kata-kata semngat yang ditampal di dinding pada masa itu, masih ku ingat hingga sekarang..
dan aku takkan pernah lupaa..Buku-bukunya dirumah berkotak-kotak dan masih tersimpan dirumah..
Kalian tahukah mengapakah aku merasakan pengorbanan abah ku terlalu besar?
kerana...abah mengambil STPM berulangkali dan jika tidak salah sebanyak enam kali..
aku terkedu jika abah menceritakan semua..bagaimana  abah begitu tekad untuk mengambilnya sebanyak 6 kali sedangkan aku..ujian sedikit pun sudah rebah dan tak mampu bangun..
Abah begitu mahu dan tekad untuk masuk universiti dan mengubah hidupnya..
Tetapi, Allah lebih baik dalam mengatur kehidupan hambanya..Abah terpaksa berhenti belajar apabila dia sudah dapat masuk ke universiti..Ini semua kerana apa?
Kerana..kami anak-anaknya..abah memilih untuk menyara kami..aku terharu dengan segala pengorbanan abah terhadap kami..moga Allah memberikan ganjaran yang selayaknya untuk abah..
aku sangat dan sangat menyanyanginya..
Bayangkan siang malam bekerja bagi membahagiakan kami..
sungguh..aku terharuuu
Duluuu,,,abah bekerja pada hari biasa dan belajar pada hujung minggu...aku lihat semua pengorbanannya dan sehingga saat ini aku masih mengingatinya..
Kiniiii...
aku,,,kakak2 dan adikk ku sudah sampai ke menara gading..
Kami hadiahkan semua ni untuk abah yang sudah penat lelah menjaga kami..
menyokong kami..
Dulu,Abah tak dapat nak menamatkan ijazah abah..
sekarang ni kakcik ..angah dan umi sedang menghadiahkan dan menggantikan pengajian abah yang tergendala..
Along sudah tamatkan pengajiannya dan kini berkhidmat sebagai jururawat..
angah sedang menyusul dan menyambung pengajiannya di Universiti Teknologi Mara..
aku..sedang menyambung pengajianku di Universiti Sains Malaysia..
Umi juga sedang menyambung pengajiannya di Universiti Malaysia Kelantan...
Dan tidak dilupakan juga dua orang adik lelakiku Amirul dan Lukman yang kini masih bersekolah..
doaku agar mereka juga bersemangat dalam menuntut ilmu dan mengikut jejak langkah kakak2..:)
The best part is :)
Aku masih menyimpan lagi kad matrik abah sewaktu abah belajar di Uitm..
dan ianya pada tahun 1995 dimana tahun aku dilahirkan..
aku selalu bertanyakan hal tersebut kepada abah..
abah kata waktu tu aku abah baru saja daftar masuk Uitm..
Dan abah kata waktu aku dilahirkan abah takada disisi mak..
Setelah itu..barulah abah rushing baalik ke rumah..
Dan sejak tu lah aku sedar yang aku sebenarnya sering memerhati dan melihat pengorbanan abah..
sungguh aku terharu..

Dann Mak pulak.
Sentiasa membahagiakan aku..
kasihnya Mak sungguh membahagiakan aku..
Mengandungkan kami 9 bulan dengan peritnya..
tetapi seorang mak tidak akan pernah mengeluh..
Kerana apa?
KERANAAA..
Kami anaknya..
Terima kasih Mak kerana sentiasa berada disisi Abah ketika susah dan senang..
mendidik kami dengan segala penuh kasih sayang..
Pengorbana mak takkan boleh terucap dengan kata-kata dan jika diceritakan disini takkan pernah habis..

Terima Kasih MAK !!! Dan juga ABAH!!!
Kakcik amat menyayngi kalian!!

Love, 
Kakcik

normalahayatinanyan.blogspot.my
usmkk
kelantan
16/10/2015

Comments

Popular posts from this blog

Bangun saat kau Rebah dan tak mampu berdiri

cara kak nik nur madihah belajar !

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

KELEBIHAN SURAH AS SAJDAH