Welcome Baby Fayha Hanaa to our family!!!

   


Assalamualaikum..
Selamat sejahtera everyone!

Sebenarnya lama dah nak post benda ni.  Sesuatu yang sangat istimewa. Istimewa dalam hidupku dan keluargaku.

And this time baru ada masa nak post.

Noor Fayhaa Hanna Bt Mohd Hisyam


Image result for welcome baby girl


Baby Fayha Anugerah Allah yang sangat Indah kepada kami.

Sekarang baru aku tahu bagaimana susahnya seorang ibu mengandungkan serta melahirkan anak..
Semuanya aku lihat betapa susahnya buat along untuk mengandungkan Baby Fayha..Anak sedara ku yang dilahirkan pada 1 mac 2016..

" Along sedang menjalani pembedahan untuk bersalin. Harap anak-anak abah berdoa agar along selamat menjalani pembedahan dan baby bakal lahir sihat. Kalau ada masa baca Al-quran mengiringinya ".

Pagi tu, abah whatsapp group family kami, Along bakal melahirkan seorang baby dan abah meminta kami mendoakan nya. Aku dalam masa  yang sangat berasa sangat gembira dan mendoakan agar Along selamat melahirkan baby nya. Ya aku tahu, itu semua bukan mudah kerana aku melihat sendiri bagaimana along begitu tabah dan sabar berada selama satu bulan di Hospital. Berpindah-randah hospital juga. Hal ini kerana along mengalami masalah kandungannya. Hospital Bentong----> Hospital Sungai Bakap-----> Hospital Seberaang Jaya. Inilah pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anaknya. Aku terharu...Bayangan Along merupakan bayangan aku pada Mak yang telah melahirkan kami 6 beradik.

Dan alhamdulillah. Aku dan family bersyukur atas setiap apa yang Allah berikan. Semua tu anugerah.
And its a girl!

Yang sedihnya, beberapa bulan kemudian baru la aku dapat berjumpa dengan baby. Tapi takpa sebab baby Comel sangat. Tembam.

And now,

She is growing up! Dah 1 tahun 8 bulan tau. Alhamdulillah membesar dengan sihat. Walau cik Mala selalu tak ada dengan Fayhaa tapi cik Mala sayang Fayhaa sangat-sangat tau..

Fayhaa memang melengkapkan keluargaku. Mengikat kasih sayang sesama kami.
Yang paling penting aku gembira melihat abah dan mak begitu gembira. Ya, aku hampir menitis air mata kerana kasih mereka.

Mak pernah mengalir air mata dan risau tahap yang aku sendiri tak boleh gambarkan bila Fayhaa sakit dan bila along takdapat nak cari pengasuh yang sesuai.

Aku nampak semua tu dan aku yakin mak begitu menyayangi cucunya. :)

Dan aku gembira dengan lahirnya bidadari kecil itu. Ya, penyeri hidup kami. Anugerah Allah takkan pernah mengecewakan dan sentiasa melengkapkan.

Doakan Fayhaa Hanna menjadi anak yang solehah ya. Terima kasih.

Love,
Normala Hayati

normalahayatinanyan.blogspot.my
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.
3/11/2017; 10.43 PM

Comments

Popular posts from this blog

Bangun saat kau Rebah dan tak mampu berdiri

cara kak nik nur madihah belajar !

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

KELEBIHAN SURAH AS SAJDAH