"Biar"

A really touching masterpiece

-scroll + baca sampai bawah tau-

“Biar”

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
….
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
…….
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
…..
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
……
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
…..
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
……
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
……..
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
……
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
……
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
…..
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
……
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

…………………………………………………………………..

Sekarang musim study weekL,
sambil tu tercari-cari juga aku lagu-lagu yang sedap didengar
Lagu yang sedap, bermakna (not typical lagu cinta) dan menjadi halwa telinga sambil- sambil menelaah pelajaran yang kadang-kadang masuk kadang-kadang keluar ikut suka hati. Hee
Mungkin juga boleh meringankan otak yang serabut akibat terlalu memikirkan FYP yang tak berkesudahan sampai la hujung sem 2. Hee

Bukan masalah-masalah yang aku hadapi ni yang aku nak bagitau, tapi lagu Fynn Jamal ni. Bermakna, inspiring sangat. Suka dan sampai dalam jiwa aku. Lagu yang berbentuk puisi, coming from deep inside her heart, ikhlas, halus. Suka. Yang tu yang aku dapat bagitau. Taktau nak describe macam mana. Cuba kalian dengar sambil hayati setiap lirik yang cuba dia sampaikan.

Lepas dengar je lagu ni teringat Abah dgn Mak kat rumah. Terus aku whatsapp abah. Tanya khabar Abah. Nak call, tapi typical Abah dia takkan cakap lama-lama melalui phone sebab topic sembang tak berapa nak ada kalau nak dibandingkan dengan Mak (Kalau dengan mak boleh je berjam-jam sembang sampai habis kredit J) dan abah lebih prefer nak mesej jugak. Kat situ la dia akan karang ayat-ayat puitis panjang dia. Kebiasaannya nasihat demi nasihat akan aku terima. Aku tak kisah. Aku senang dan gembira.

Kalau dengan Mak tak perlu difikirkan nak cakap pasal apa. Spontan je cakap, lama sangat sampai kadang-kadang terlupa sebenarnya tengah cakap melalui phone. Hehehe. Cakap pasal tengah buat apa , masak apa harini melalut sampai kemana. Hahaha. Tu la specialnya kalau cakap dengan seorang yang bernama mak. Tak perlu ada topik yang khusus. Kakcik sayang mak tau

Aku call jugak abah sebab kadang-kadang rindu nak dengar suara abah je. Sebab kebanyakannya kalau apa-apa benda aku akan contact dia melalui whatsapp je kecuali aku nak minta opinion dia ke  apa barula aku akan call. Bertuah gila aku rasa bila abah call aku sebab dia kata lama xdengar suara aku..Hahaha..yang tu rare..Kakcik sayang abah tau


Suatu hari nanti, aku harap abah akan baca each diary entry aku kat sini. “Biar” dia tahu dia sentiasa ada dalam hati aku walau ke mana aku berada dan sejauh mana aku pergi. Lelaki yang sentiasa ada dalam segenap hati aku. Tiada apa yang dapat mengganti. Mak juga. Selalu dalam hati kakcik. Kalian jiwa kakcik

“Wahai ayahanda
Berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar
Apa menyerabut”

Siapa yang kenal Abah,
pasti mereka tahu abah sejenis tak banyak bercakap dan tak juga kurang bercakap.
Bukannya abah pendiam.
Ramah, tetapi ada masa dia banyak berfikir dan selalu nampak Abah fikir sambil menung ke luar tingkap. Jauhnya pandangan abah. Dah kemana abah fikir..

Kadang-kadang aku selalu berfikir dan ingin tahu apakah di fikirannya.
Adakah abah sedang memikirkan masalah? Adakah abah bimbang? Apakah yang bermain dalam pemikiran abah?
Lama kelamaan, aku mulai faham
Aku kadang-kadang be like “Jauhnya abah fikir” “matangnya pemikiran abah”
Maybe, typical Lelaki.
Selalu berfikir dahulu, sebelum membuat apa-apa keputusan.
Itu yang aku Nampak pada Abah.
Tapi sekarang kakcik dah dewasa.
Yang macam abah cakap masa birthday kakcik tahun lepas “kakcik dah dewasa dan boleh buat dah keputusan sendiri”.

Next year dah masuk 23 tahun dah.
Kakcik dah boleh jadi kawan abah.
Kita boleh share-share pendapat/masalah dah.
Kakcik kan anak abah yang suka nangis tu.
Sampai bila-bila pun kakcik akan nangis depan Abah je.
Bila merajuk, nangis
Bila nak balik Uni, nangis
Bila tak dapat jawab exam dgn baik, nangis (yang ni zaman matrik ja, skrg dah insaf  :) )
Bila ada masalah, nangis 
Bila kena marah dengan mak, nangis
sebab kakcik kan selamanya anak Abah
(Kakcik dan air mata berpisah tiada walaupun adik ada lagi 3 orang kat bawah. Benda ni takleh ubah sebab air mata ni sudah di trained dari kecik. Hahaha. Takda la gurau je)

Akan datang nanti takleh nak bayang macam mana.
Sebab hidup kakcik selama 22 tahun ni banyak benda kakcik bergantung pada Abah. Hanya Abah. Tak ada yang lain. The only one is Abah.
Kalau dah sampai masa, kakcik nak cari orang yang macam Abah.
Tak perlu melebih-lebih, cukuplah seseorang yang mengambil berat/pentingkan keluarga/pentingkan agama/suka mendidik. Yang lain-lain tu bonus la.
Sebab tak semua manusia sempurna kan. Kita manusia banyak kelemahan dan kekurangan.
Sama macam abah. Sama macam Mak. Sama macam kakcik jugak.
Perkahwinan tu bukan jalan untuk mencari kesempurnaan tetapi ianya proses sama-sama memperbaiki ketidaksempurnaan masing-masing kearah yang lebih baik.
Hmmm. Abah dgn Mak ja laa yang tolong carikan nanti. Hahaha.

Apa-apa pun, cuba kalian hayati lirik-lirik tersebut sambil dengar lagunya.
Sangat bermakna. Apa yang aku rasa, sama dengan lagu tu L
Takleh nak tulis penjang-panjang lagi.
Kakcik sayang Abah dan Mak lillahi taala.
Nak taip lagi tapi kena stop sampai kat sini dulu sebab ada benda yang perlu difokuskan iaitu “Final Exam” Huwaaaa.
Doakan daku dan rakan-rakan yang lain moga dipermudahkan menjawab soalan semua ye.
Kalau rajin, daku akan sambung lagi.
Terima kasih sebab sudi membaca entry ku dengan ayat tunggang terbalik ni.
Moga Allah merahmati kita semua.

Assalamualaikum


Love,
Normala Hayati


normalahayatinanyan.blogspot.my
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
26/12/2017; 2:43 PM

Comments

Popular posts from this blog

Bangun saat kau Rebah dan tak mampu berdiri

cara kak nik nur madihah belajar !

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

KELEBIHAN SURAH AS SAJDAH