Skip to main content

Posts

Showing posts from November 17, 2017

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^
Bila mana kita berbicara mengenai ujian.
Tiada seorang manusia yang mampu untuk mengungkap kan pengertian sebenar sesebuah ujian. Aku juga. Ujian ada dalam setiap diri manusia. Tahapnya berbeza. Jenis nya berbeza. Waktunya berbeza.
Ya. Ujian kita berbeza-beza. Cara kita menerima ujian tersebut juga berbeza. Keikhlasan & ketabahan kita menerima setiap ujian tersebut juga berbeza.
Ada orang diuji dengan kekayaan. Ada oraang diuji dengan kemiskinan.
Ada orang diuji dalam perkahwinan. Ada orang diuji dalam persahabatan.
Dan tidak juga ketinggalan kepada ujian yang berbentuk kematian.
Ya. Pelbagai bentuk ujian. Berat, ringan dan apa jua tahap/bentuk ujian pasti akan dirasai dalam diri seseorang yang bernama manusia. Tiada yang terkecuali.
Bukan lah juga sesuatu yang mudah untuk kita sendiri menasihati orang lain untuk bersabar dalam setiap ujian yang ditempuhinya. Kerana pada ketika ini, mereka yang menempuhnya, dan buka…