Skip to main content

Bersyukur dengan setiap apa yang Tuhan beri.


Bersyukur dengan setiap apa yang Tuhan beri.

Assalamualaikum semuaaaa. Tak terlambat lagi kannn nak ucap. Selamat Tahun Baruuuu!
(Tapi sekarang dah masuk bulan 2. Heeee)
Moga tahun ini lebih baikkk dari tahunn -tahun sebelumnyaaa.
Moga hari ini lebih baik dari hari sebelumnyaa.
Moga Azam/wish list kalian tercapai dengannn jayanya tahun ini.

Aaaminnn.

Tak tahu nak mula dari mana,
Harapnya kalian sudi la baca kiriman aku kali ini.

Yep, aku sekarang memang dah ada dekat Uni! Setelah 3 minggu cuti sem duduk kat rumah.
I got to spend most of my time kat rumah with the familiaaaaa setelah beberapa bulan xbalik rumah. Huhu. Okay berapa bulan je (tak perlu diperbesarkan. Hehe)

Kat rumah memang totally aku lost and confused sebab banyak masa aku spend tak buat kerja (I mean thesis and such). Kadang-kadang rasa macam ada personality disorder. Perubahan yang normal/typical bagi student bila balik rumah kut (I got this disorder since matrikulasi lagi. Even balik rumah untuk study week pun aku takkan study. Aku tau diri aku dan berapa kali dah men-eksperimen diri sendiri. Sebab tu Mak tak pernah bagi aku study week kat rumah. Mak memang tau dah. Kat uni pun rasa malas juga tapi kemalasan dekat rumah ni macam over Hehehe. Seriously, aku tak serious buat thesis (walaupun Dr kata akan kena hukuman mandatori kalau xsiapkan chapter 1-3). Asal buka laptop ada je benda yang aku nak buat. Main game la, tengok movie la. Semuaaaa benda la aku nak buat. Sejenis tak boleh mengadap laptop lama lama bila dekat rumah. Ada sampai tahap aku buka henfon pun malas. Buka pun sebab nak baca Email dengan whatsapp ja sebab takut ketinggalan apa apa.

Adik-adik yang baru nak masuk matriculation/university and tengah google google cara nak belajar dekat matrics/uni janganla tiru tau sikap ni. Tak baik.

Okay.

Habis je Final Exam haritu, aku tak balik rumah terus. For the first time along my 4 years journey kat Univ, aku balik lambat.
Hahaha. Aku ni sejenis bila habis exam, kalau boleh malam tu juga aku nak sampai depan pintu rumah.
Tapi kali ni, banyak benda yang aku nak kena settle. So, aku spend almost two weeks dekat hostel, siapkannn kerja, collect data (Fyp), thesis, cari tajuk assignment dan sebagainya lah.

Okay, nak dijadikan cerita.

Banyak sangat benda yang berlaku pada aku dalam tempoh tu.
Dan alhamdulillah aku berjaya survive.

“Allah takkan berikan sesuatu yang hambanya tak mampu lakukan”

Benda ni ja yang aku pegang selama aku berdepan dengan masalah.
Allah bagi sebab Allah tahu aku mampu
Banyak benda yang Allah beri dan uji. Tapi apa pun aku bersyukur.
Syukur syukur syukur.


Okay. Hampa mesti curious kannn. Salah satu benda yang paling aku takut terjadi.
Salah satu benda yang aku paling takut dan selalu aku doa adalah “Jangan la bagi laptop aku buat masalah”

Dan hal itu telah pun terjadi. And I have no back up!

Laptop aku takleh nak onnn.
Masa tu banyak cara dah aku guna dengan berpandukan google (Hehehe)
Dua tiga hari juga la aku bergelumang membaiki laptopku dengan ilmu IT yang tak berapa nak ada dalam kepala ni. Bertanya orang sana sini. Daripada zero ilmu pasal IT kiranya ada juga la knowledge dalam kepala lepas kejadian tuu. Semua benda/ usaha aku menggunakan google tak jalan.

Akhirnya, aku decide untuk hantar laptop aku dekat kedai untuk baiki.
Nasib la kedai tu dekat depan HUSM ja. Jalan kaki kurang dari 5 minit dah sampai. So kat sini, dah jimat dah duit tambang. Kira Alhamdulillah la tuuu. Aku bersyukur.
Lepas tuu, Abang kedai computer tu kata laptop akuu kena format dan TAK BOLEH BACKUP. I still remember what I said to that Abang kedai Comp tu “Bang, takda cara lain ko” dengan muka minta simpati.

Aku mengucap banyak banyak dah masa tuuu. Banyak benda dalam tuuuu.
Notes, Assignment, report, thesis (benda that Im working on.Oh myyyy), SPSS, ENDNOTE yang baru je lepas install. Semua benda ada dalam tu. Dari first year sampai fourth year. Dan aku bukan la seorang yang cepat panik. Tapi kali ni this type of problem really hit me. Masaaa tu mula la menyesal plus terkilan macam macam bendaaa.

Dengan kaki longlai takda semangat jalan kaki balik hostel (masa jalan tu rasa macam tak pijak tanah). Tapi, dalam hati aku cakap dekat diri aku AKU KENA REDHA. Yang tu ja benda yang aku kena buat. Kalau aku tak redha, aku akan terus berfikir dan masalah takkan selesai. Lagipun, masalah/ujian yang Allah bagi ni terlalu kecil kalau nak dibandingkan ujian orang-orang terdahulu. Ayat ayat ni la membantu untuk tenangkan hati aku yang tak berapa nak tenang masa tuuu. Hehehe

Dalam fikiran aku ni semua positif laa. Aku cuba tepis semua yang negative. Roomate aku banyak bantu bagi semangat. Dia macam memahami dan mendalami perasaaan aku walaupun aku tak tunjuk kesedihan aku. Huhuhuhu.Thanks roommate. Sebabnya, data hilang dalam laptop adalah suatu perkara yang menyedihkan bagi seorang student. Segala data, files, maklumat yang bagaikan nyawa dan kehilangannya diibaratkan macam putus cinta! Ni lah gambaran diri aku masa tuuu.

Balik ja daripada kedai tuuu, aku tak terus naik bilik. Ingat nak call mak. Saja nak share dengan Mak apa yang berlaku harini. Im not a typical girl yang akan cerita semua benda especially masalah dekat mak. Tak nak bagi depa risau. Bagi aku, kalau ada benda yang aku boleh selesaikan sendiri. Aku akan cuba buat sendiri semampu aku. Tapi, entah rasa macam nak bagitau benda ni kali dekat Mak. Saja. Dan aku dah janji kat diri aku supaya tak nangis dan jangan nangis. My intention is only to share something. Hmm.

But, the conversation did not turn well. I did talking to both of them. Belum mula cakap apa air mata dah keluar. Mulut terkunci. Tahan tak nak bagi depa dengar bunyi.
Mula-mula aku cakap dengan mak guna number Abah.
Aku masih ingat lagi perkataan keluar dari mulut mak
“Abah, tak dengar apa-apa pun. Senyap ja”
Hahhahaha. Memang laaaa. Masaaaa tu mulut takleh keluar apa-apa. Aku tengah test air mata. Hahaha. Air mata berjurai-jurai.
Bila fikir balik memang lawak. Macam budak-budak laaa. Umur 23 tahunnnn dah tapi…. Haishhhh. Agak memalukannn.

Lepas aku call tu sebenarnya aku rasa legaaaa.
I got something to share with and most important thing is they really support me in and out.
Abah kata “takpa takpa”, “Jangan nangis jangan nangis” “Buat slow slow, jangan kalut2.
Abah tak marah aku sebab aku lalai (Means aku yang salah sebab xbuat backup plan awal-awal)

Alhamdulillah. Ujian/masalah ni bagi aku berat, tapi perlahan-lahan aku rasa jadi ringan.
Nasihat abah masa tu really made my Dayyyy.
Masalah tu semacam bertukar jadi somethinggg yang lainnn. Tak tau nak cakap macam mana.
By the way, masalah tu tetap adalah sesuatu masalah. Tapi cara macam mana kita handle tu la yang at least akan membantu kita punya emotion masa tu.  In Shaa Allah semuanya akan okay. Benda ni yang aku cakap masa tu pada diri aku. Believe yourself, everything will be okay.

“Everything will be okay”

So, slow slow aku cari files files yang maybe aku save kat mana-mana. Cari jurnal-jurnal yang berlambak-lambak yang aku saved sebelum ni dengan menggunakan ingatan aku yang ada plus few references. And Alhamdulillah benda yang paling “penting” aku selamat. Tu pun dah syukur sangat sangat dah. Ini la dikatakan bersyukur dengan apa yang ada. Huhuhu.

Memang kejadian ni bagi pelajaran yang baikkk punya dekat aku supaya jangan semata-mata save file dekat laptop. So hampa pun kena belajar daripada cerita aku ni. Save la dekat banyak tempat macam dekat google drive ke, pendrive, email and so on. In shaa Allah kalau ada apa apa masalah. At least hampa ada back up plan lain. Nasib la thesis aku ni baru berjalan dalam 40 % dan Alhamdulillah terselamat.

Walaupun 4/5 hari juga kerja aku tergendala. Allah memudahkan kerja aku. Banyak benda juga aku dapat buat sebelum balik rumah.

Aku bersyukur. Itu semua kerja Tuhan. Dia yang Maha tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Jadi, jangan kita cepat mengeluh Okay J

Jadi, kalau nak diikut banyak benda yang berlaku, tapi tak larat nak cerita semuaaa.

Apa apa pun, apa yang aku belajar adalah bersyukur dengan setiap apa yang Tuhan beri
Segala bentuk ujian sebenarnya mematangkan kita.
Jangan kita cepat mengeluh dengan setiap masalah/ujian yang kita hadapi.
Hadapinya dengan tenang dan cuba selesaikan dengan menggunakan emosi yang stabil dan terkawal.
Masalah juga takkan selesai jika kita terlalu beremosi dengan perasaan kesal/sedih malah mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

Alhamdulillah

Mala,

“You did it well”

Okay, yang tu je yang aku nak share kali ni. Lain kali aku sambung ya.

Harap hampa juga dapat sesuatu daripada post aku kali ni. Kalau tak banyak dapat sikit pun jadi la kannn. Dapat pahala sikit pun takpala. Bersyukur sangat dah.

Love,
Normala Hayati


normalahayatinanyan.blogspot.my
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
12/2/2018; 10:51 AM













Comments

Popular posts from this blog

cara kak nik nur madihah belajar !

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa. Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah) [W] Boleh saudari ceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri, keluarga dan pendidikan? [M] Pertama sekali, terima kasih kepada pihak ISMA kerana sudi mengunjung…

Bersabar lah wahai adikku.. Kuat dan cekalkanlah hatimu~

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
apa khabar semuanya..diharapkan semuanya sihat-sihat blako..
aku..alhamdulillah..masih meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar..
menuntut ilmu dan mengaut nya sebanyak yang mungkin..
semampu yang boleh..
ilmu takkan pernah habis dipelajari kerana ilmu amat luas ..
tak terhitung nilainya..
diharapkkan kamu semua juga ..jangan pernah jemu untuk mempelajari..
ilmu dunia dan juga ilmu akhirat..
jangan pernah putus asa yaa..
Pesanan ini juga buat diriku yang sering alpa ..
yang sering lalai..
yang sering leka..
kita sama-sama bangkit dan cuba untuk bergerak dan berjalan tanpa henti menuju kejayaan..
teringat pada kata-kata akak mas( kakak usrah ku) sewaktu kami berbual-bual..
katanya" kalau kita hanya mengejar dunia, maka kita hanya akan mendapat dunia sahaja..tetapi jika kita mengejar akhirat maka kita akan mendapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat"..
aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya..
sesungguhnya memang ada kebenarannya..
aku be…

Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.

Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.
Pada saat aku menulis ini, aku sebenarnya rindu sangat pada Abah dan Mak di Kampung. Lama tak berjumpa, rindu nak makan masakan mak, rindu nak berborak panjang dengan Abah, rindu nak masak sama-sama, rindu yang bermacam.
Doaku agar ALLAH sentiasa memelihara kalian, menjaga kalian, mengurniakan kebahagiaan, menghilangkan kedukaan pada diri kalian. Doaku sentiasa ada dan takkan pernah putus buat kalian. Kerana kalian lah aku hidup pada hari ini. Kerana kalian lah aku berdiri teguh di Bumi ini. Syukur pada Allah. Terima kasih pada Abah dan Mak.
Syukur pada Allah kerana mengurniakan aku  Insan yang bernama Abah dan Mak. Sesungguhnya aku seorang yang bertuah! Kita semua sangat bertuah kerana kita mempunyai Mak Ayah. Cuba kalian bayangkan kalau hidup kita tanpa mereka. Seorang diri. Tiada siapa yang membimbing. Tiada siapa yang menjaga mahupun mendidik. Pasti kucar kacir kan.


Sayang perlu ditunjuk, bukan…