Skip to main content

END OF DEGREE LIFE ^^



Alhamdulillah, syukur pada Allah. Dapat juga aku menamatkan pelajaran aku.

Ya, selamat empat tahun merantau di tempat kiranya asing bagi aku.

Dan aku survive. Kebanyakannya, bila tamat. Orang akan tanya, “best tak habis” “Lega tak”

Aku kurang pasti dengan setiap jawapan yang aku berikan. Sebab selama ni, hidup aku dan aku membesar dengan asuhan abah untuk belajar dan belajar (I mean aku, buku, peperiksaan, area belajar, environment pembelajaran, guru, pensyarah adalah benda yang tak pernah berpisah dengan aku dan aku suka semua yang aku buat). Jadi, aku masih belum dapat adapt dengan perpisahan aku dengan semua ni. Dramatis la pulak ayat ni. Tapi, ni la yang aku rasa since aku tak ahu nak buat proper ayat bagi menggambarkan perasaan aku masa ni. Hehehe (Hampa yang sama perasaan macam aku mungkin dapat faham dengan apa yang aku cuba nak sampaikan ni)


Convocation bulan 10 ni dan aku masih mencari part time job. Almaklumlah, takkan nak jadi penganggur bertauliah pulak kan. Tak biasa pulak duduk saja dekat rumah. Aku fikir kena cari duit sendiri jugak. Kalau dulu takpe la sebab belajar, bila cuti duduk rumah goyang kaki. Bila dah tamat belajar ni, kena ada kesedaran la cari duit sendiri, sedikit sebanyak boleh la tolong Abah & Mak yang mana patut. Doakan lah aku, Moga Allah mudahkan urusan aku dan kawan kawan aku yang lain  mencari kerja Buat masa sekarang aku tak kisah kerja apa pun. Asalkan aku tak duduk saja. Hehehe.


Adik aku sorang lagi masih belajar jugak. Dekat UMK. Alhamdulillah, dah nak masuk tahun empat dah. Dia balik cuti kali ni, busy jugak la dengan FYP dia. Project dia Lab based so aku dapat imagine macam mana. Serabutnya memikir FYP ni aku tahu sebab dah pernah rasa hahaha. Somehow, aku rasa cemburu dengan kesibukan dia. Ya, mungkin aku rindu akan kesibukan aku masa belajar. Aku suka dan enjoy dengan kesibukan aku. Its not that aku ni workaholic or what. It just aku enjoy dengan apa yang aku buat. I love the environment huhuhu.


Aku pernah cerita dekat abah. Tentang macam mana aku suka nya apa yang aku buat dan sayangkan apa yang aku buat. Abah cakap, itu bermaksud aku sayangkan suasaana belajar, academic, teaching, learning dan seumpama dengan nya. Abah memang galakkan aku sambung belajar lagi. Master. Ya, aku tak pernah menidakkan penyataan Abah. Malah aku menggangguk tanda setuju. Itulah impian aku selama ni untuk terus mengejar cita cita aku sejauh yang mungkin. Abah kata tak payah fikir fikir lagi. Teruskan sahaja. Aku perlu berfikir secara dewasa kali ini. In Shaa Allah, ada rezeki takkan kemana kan.


Sesambil google cari kerja, saja-saja aku cari scholarship untuk buat Master. Korang doakanlah aku. Manatahu ada rezeki kan.


Yang penting, sepanjang pencarian aku mencari kerja ni. Aku belajar banyak benda.


Pertama, banyak perkara aku kena buat keputusan untuk diri aku sendiri. Perasaan dia tu lain sikit dari sebelum ni. Aku mesti fikir untuk haluan hidup aku sendiri. Orang sekeliling hanya mampu menyokong. Aku mesti bertanggungjawab dengan diri aku.

Kedua, kejayaan takkan datang bergolek. Semuanya kena sertakan dengan usaha yang keras. Teori yang sama yang patut diaplikasikan semasa belajar. Buat masa sekarang (untuk Master nanti jugaaa aminnn), aku guna benda ni untuk cari kerja. Contohnya, takkan la,bangun bangun tidur je, kerja datang sendiri tanpa dipohon atau berpusu-pusu dia datang tanpa dipinta.

Ketiga, berdoa. Aku masih banyak kena belajar pasal benda ni. Banyak lagi aku lacking dalam part ni. Aku pun manusia biasa. Masih banyak yang alpa. Tapi Mak selalu jadi alarm untuk diri aku. Alhamdulillah, mak selalu ingatkan aku jangan putus untuk berdoa. Selepas solat dan buat apa pun, jangan lupa untuk berdoa moga Allah mudahkan urusan kita sekarang dan akan datang ni. Terima kasih Mak sebab selalu ingatkan kakcik dan selalu doakan perjalanan hidup kakcik.

Korang jugak, doakanlah aku. Moga Allah mudahkan juga urusan korang sekarang dan dimasa akan datang.

Lain kali, aku menulis lagi since masa aku panjang dan banyak terluanggg. Hehehe.
Lain kali perkongsian aku, aku bagi yang berilmiah sikitlah. Mungkin aku boleh share some tips on pemakanan kesihatan (Nutrition), bila lagi lah kan nak gunakan platform yang ada ni untuk aku share knowledge yang aku belajar dekat university.
Okay teman teman. Sehingga berjumpa lagi ya. Happy blogging!

27 July 2018
Normala Hayati Nanyan

Comments

Popular posts from this blog

cara kak nik nur madihah belajar !

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa. Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah) [W] Boleh saudari ceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri, keluarga dan pendidikan? [M] Pertama sekali, terima kasih kepada pihak ISMA kerana sudi mengunjung…

Bersabar lah wahai adikku.. Kuat dan cekalkanlah hatimu~

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
apa khabar semuanya..diharapkan semuanya sihat-sihat blako..
aku..alhamdulillah..masih meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar..
menuntut ilmu dan mengaut nya sebanyak yang mungkin..
semampu yang boleh..
ilmu takkan pernah habis dipelajari kerana ilmu amat luas ..
tak terhitung nilainya..
diharapkkan kamu semua juga ..jangan pernah jemu untuk mempelajari..
ilmu dunia dan juga ilmu akhirat..
jangan pernah putus asa yaa..
Pesanan ini juga buat diriku yang sering alpa ..
yang sering lalai..
yang sering leka..
kita sama-sama bangkit dan cuba untuk bergerak dan berjalan tanpa henti menuju kejayaan..
teringat pada kata-kata akak mas( kakak usrah ku) sewaktu kami berbual-bual..
katanya" kalau kita hanya mengejar dunia, maka kita hanya akan mendapat dunia sahaja..tetapi jika kita mengejar akhirat maka kita akan mendapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat"..
aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya..
sesungguhnya memang ada kebenarannya..
aku be…

Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.

Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.
Pada saat aku menulis ini, aku sebenarnya rindu sangat pada Abah dan Mak di Kampung. Lama tak berjumpa, rindu nak makan masakan mak, rindu nak berborak panjang dengan Abah, rindu nak masak sama-sama, rindu yang bermacam.
Doaku agar ALLAH sentiasa memelihara kalian, menjaga kalian, mengurniakan kebahagiaan, menghilangkan kedukaan pada diri kalian. Doaku sentiasa ada dan takkan pernah putus buat kalian. Kerana kalian lah aku hidup pada hari ini. Kerana kalian lah aku berdiri teguh di Bumi ini. Syukur pada Allah. Terima kasih pada Abah dan Mak.
Syukur pada Allah kerana mengurniakan aku  Insan yang bernama Abah dan Mak. Sesungguhnya aku seorang yang bertuah! Kita semua sangat bertuah kerana kita mempunyai Mak Ayah. Cuba kalian bayangkan kalau hidup kita tanpa mereka. Seorang diri. Tiada siapa yang membimbing. Tiada siapa yang menjaga mahupun mendidik. Pasti kucar kacir kan.


Sayang perlu ditunjuk, bukan…