Posts

Showing posts from December 4, 2011

HALAWATUL IMAN !

Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang. Maha Pencipta, Maha Pengampun. Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat. Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat. Dialah al-Wadud, Yang Maha Mencintai. Katakanlah, ku cinta Dia. Mengapa Kita Mencintai Allah S.W.T? 1. Sebagai bukti bahawa kita adalah hamba yang  bersyukur وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Nahlu 16: Ayat 78) Alhamdulillah. Kita boleh mendengar. Tetapi ada insan yang dilahirkan pekak sekaligus bisu. Kita boleh melihat. Ada insan yang dilahirkan tidak mampu melihat. Ada yang kehilangan penglihatannya. Kita boleh berfikir secara waras. Ada insan yang perkembangan akalnya terbantut