Posts

Showing posts from July 3, 2020

SAMA

PUISI KECIL 1 : DEDIKASI BUAT ABAH SAMA Kata mereka, kita sama, aku tersenyum bangga, berdiri, memanggilmu ABAH. Takkan jemu. Cukup bahagia, walau cuma memiliki gaya, adapun warna kulitmu. Alangkah lebih bahagia, Jika aku punya santunmu, baikmu. Mungkin dimata mereka, kau kurang, dimataku, kau anugerah sempurna, hadiah dari Tuhan. Tulusnya kasih mu, Tika aku terleka, kau ada, menegurku, tegas sebagai bapa. Tika aku gagal, kau setia disisi sebagai bapa, menyapa, menyeka pipi, menitipkan semangat, Mengembalikan senyuman, yang hilang. Masih jelas dan segar, setiap bait-bait yang kau titipkan, kiriman surat yang penuh makna, puitis indah kata-katamu, penuh hikmat, ditaip dan dikirim, masih ada, ku kumpul, simpan kemas-kemas, ku bawa bersama jiwa mu, kemana sahaja kaki ini melangkah. Ku akui tiada apa yang kekal, kau juga pinjaman Tuhan, aku akur, dan, aku juga takut , kerana belum benar-benar bersedia, untuk melepaskan. Kau segalanya,