Posts

Showing posts from November, 2011

AL QURAN SEBAGAI PEMBELA !

Image
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian di

KISAH NERAKA JAHANAM !

Image
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah as

HIJRAH !

Image
hijrah... aku ingin berhijrah ke jalanmu.... ya ALLAH... bantulah dalam penghijrahanku... aku ingin menjadikan hidupku lebih baik daripada tahun sebelumnya... itu tekadku... tabahkan lah hatiku ya ALLAH... aku ingin mendekatkan diriku padamu ya ALLAH... aku sedar ya ALLAH... aku hanyalah insan kerdil.. yang sering melakukan kesilapan... terlalu banyak dosa yang aku lakukan... tanpaku sedari... kau ampunkan lah segala salah silapku... kepadaMu.. kepada abah dan mak.. kepada keluargaku... kepada sahabatku... kepada semua yang berada di sekelilingku... ya ALLAH kadang-kadang ... aku malu padamu... malu pada orang sekelilingku... atas kekhilafanku... aku tahu ENGKAU maha pengampun... terimalah aku ya ALLAH... hambamu yang jahil... aku ... ingin kembali padamu ... dalam keredhaanmu... ya ALLAH kurniakan aku penghijrahan dalam redhaMu... aku ingin sekali menjadi penghuni syurgamu... bersama keluarga ku... bersatu , serta jauh dari nerakaMu yang amat dasya

PENAWAR JIWA

Image
Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan walaa aqwaa ‘alannaaril jahimi fahabli taubatan waghfir dzunuubi fa innaka ghoofiruddzambil ‘adziimi Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh tuhan ku Wahai tuhan selamatkan kami ini Dari segala kejahatan dan kecelakaan Kami takut kami harap kepada mu Suburkanlah cinta kami kepada Mu Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu

MUHASABAH MAAL HIJRAH

Di awal tahun baru hijrah, Ku sujud menghambakan diri pada-Mu, Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu, Kotornya diri dengan maksiat dan noda, Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia, Lalainya diri dari mengingati-Nya, Astaghfirullahal 'adzim.... Banyaknya kekurangan diri, Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah. Aku sedar, Jiwa yang tandus taqwa, Terdorong lakukan apa sahaja, Sanggup menentang arus kehendak Ilahi, Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri, Maka, pabila dosa telah larut, Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri, Itulah fitrah sang pendosa, Yang leka dari pencipta-Nya. Namun, bila iman hadir di jiwa, Mata hati mula bekerja, Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan, Asyik sibuk untuk dunia, Hinggakan solat sering kutunda, Al-Quran pun malas dibaca, Lidahku kotor dengan kata-kata dusta, Mata ini tak kujaga dari perkara dosa, Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya, Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha. Ya Allah, Jauh sekali diriku dengan peribadi keka

HIJRAH SEBELUM TERLAMBAT*

Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumit pun ku rasakan perasaan seindah ini. Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hamba-Mu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merindui-Mu. Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepada-Mu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah. Syukur pada-Mu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cinta-Mu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandangan-Mu. Betapa dosaku luas meliputi ruang langit dan bumi. Kosongnya amalanku ini untukku persembahkan kepada-Mu nanti. Terlalu banyak sifat mazmumah dalam diriku sehinggakan tidak mampu ku perhitungkan lagi. Kerasnya hatiku sehingga hidayah-Mu sukar untukku menerimanya. Ku tahu tiada nilaianku di s

ABAH !

Image
HADIAH BUAT ABAH* cawan ni kuhadiahkan khusus buat abah..~untuk hari lahir abah~ abah terharu.... itu yang membuatkan aku hampir mengalirkan air mata... aku sebak dengan kata-kata abah... "la,ni hadiah untuk abah?buat susah-susah ja...mesti mahal ni....." *"takdalah abah,murah jaa..ni semua dari anak-anak abah...bacalah kad tu... Kata-kata inilah yang membuatkan aku gembira... Aku teringat lagi  petang sebelum abah balik pahang.... "abah,bawak balik tau cawan tu...." *"abah ingat nak tinggal cawan tu..abah simpan dalam almari...sayang nak guna... "laa....abah bawak la balik...gunalah cawan tu..abah boleh minum guna cawan tu... *ok,nanti abah letak dalam beg siap-siap... terharu aku.......................... petang tu aku sengaja bawak keluar cawan tu dalam almari dan letak atas meja dalam bilik abah dan mak.... aku saja uji abah lupa ke tak bawak balik pahang... bila aku tengok balik... cawan tu tinggal sebiji atas meja... rupany

KELEBIHAN SURAH AS SAJDAH

Image
SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam. Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak. Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini. 1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk. 2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur. 3. Mendap

KAIFIAT SURAH AL MULK

Image
Kelebihan  Surah  Al Mulk Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik. “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan  tidur  melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah  Al Mulk .” Di antara kelebihan Surah ini ialah: 1. Surah ini akan menjadi  penyelamat. 2. P enegah  pembacanya dari  seksa kubur. 3. Berada di bawah  naungan  sayap  malaikat  (mendapat rahmat Allah). 4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik). 5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik. Menyelamatkan daripada seksa kubur Di dalam kubur orang yang telah mati para  malaikat azab  datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata;  “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk” . Kemudian mereka datang dari sis

JIWA !

Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup Cukup cintai dari kejauhan kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga Cukup cintai dengan kesederhanaan Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan Cintailah dengan keikhlasan Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?? “.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al Baqarah : 216 ) Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bak

BERSABARLAH DUHAI HATI*

Image
Sabarlah duhai hati… Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara. Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu. Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui. Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan. Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk. Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan. Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji. Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya. Ujian datang dalam pelbagai cara. Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya. Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah. Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah. Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya. Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang

SURAT CINTA UNTUK SANG JIWA....*

Image
KONGSIKAN! Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses. Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika

DOA KUDUS UNTUK ABAH DAN MAK*

Image
Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda. Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpu

SAHABAT*

Image
sahabat* satu pentakrifan yang amat mahal buatku... menyintai sahabat - sahabat ku. ..merupakan perkara yang sangat manis yang pernah ada dalam hidupku.... moga persahabatan kita *MA*AI*YA* kekal buat selamanya... ...kalaulah kalian mengerti akan semua ini.... aku amat menyayangi kalian... kadangkala kita bergaduh...kita tidak berjumpa... adakah kalian tahu hatiku ini terasa amat pedih dan sedih... tapi aku bersyukur dengan kehadiran kalian yang sentiasa berada disisi ku ketika susah dan senang... TERIMA KASIH SAHABAT! *sahabat bangunlah bersama ku... untuk mempertahankan persahabatan yang kita sama-sama bina selama ini... YA ALLAH bantulah kami ... membetulkan salah silap  kami.. kami sering alpa... ya ALLAH berkatilah kami dalam mencari ilmu.... semoga kami sama-sama berjaya dalam mencapai cita-cita kami kau teguhkan lah persahabatan kami... YA ALLAH kau jauhilah kami dari tipu daya syaitan yang ingin meleraikan persahabatan ini... s

DUGAAN ALLAH ITU ADALAH UJIAN YANG SANGAT MANISS*

Image
*orang kata ALLAH selalu bg ujian yang tak henti2 kpada hambanya... *orang juga slalu kata ALLAH tak pernah adil... ~SEBENARNYA bukan  begitu,,,ALLAH sangat menyayangi hamba-hambanya....   sayangnya pada kita tidak terhitung banyaknya... jika ALLAH berikan banyak dugaan,sesungguhnya ALLAH amat menyayangi.kita... HIKMAH nya pasti ada tersembunyi yang mugkin sekali kita tidak akan perasan... *sesungguhnya,setiap apa yang ALLAH lakukan,semuanya ada hikmah...  jangan lah kita mengeluh dikala kita diberi dugaan sama ada besar atau kecil kerana semua itu datang dari ALLAH... *rakan 2...renung2 kanlah...kita sebenarnya insan yang kerdil... yang sentiasa mengharapkan pertolongan dari ALLAH dan hanya padanya lah kita meminta... *moga kehidupan kita sentiasa mendapat keberkatan darinya....

CINTA yang SETULUSNYA...*ALLAH*MAK*ABAH*

Image
bagiku....   cinta kepada ALLAH yang teragung...   cinta kepada abah dan mak lebih bermakna...   cinta kepada sahabat mendidik akhlak...    *sesungguhnya cinta kepada ketiga2 ini membawa kita ke syurga*  aku ingin menjadi hamba yang sentiasa taat kepada penciptaNya...  aku ingin menjadi anak yang soleh Kepada dua orang tuaku iaitu mak   dan abah      *makkk..     pengorbanan makkk tidak terperinya...     tidak terhitung nilainya     tak dapat dibayar dengan wang....     hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya...     terima kasih untuk segalanya....     mak  menjaga ku semenjak kecil dan,tak pernah mengeluh....     sedangkan aku,,,seringkali alpa atas jasamu...     makk...maafkan ku atas kealpaan ku...     jika kau tiada nanti,kan ku ingatimu selalu..     mendoakan kesejahteraanmu disana...     YA ALLAH ampunkan dosaku...     dosa makku...     kau sayangilah dia seperti mana dia menyayangiku sejak kecil...       YA ALLAH kau berkat