Posts

Showing posts from March 10, 2012

RaBI'ah binti ismail al - adAWIYAH~~

Image
Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali. Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawu

SITI khaDIJAH srikandi sejati

Image
Kaulah lambang cinta sejati Srikandi pertama tika islam bermula Hatimu menyalakan keyakinan Hartamu membuktikan pengorbanan Rasul keseorangan engkaulah teman Dia tersisih engkau memilihnya Dia terbuang engkau menyayanginya Kerana iman kau sanggup berjuang O wo... Siti Khadijah namamu indah Qudwah hasanah tauladan ummah Jikalau rasul terpinggir Engkaulah insan terhampir Siti Khadijah mujahidah solehah Agung jasamu dipersada sejarah Pemergianmu ditangisi nabi Hingga kini tiada pengganti Sunyi jalan menuju Allah Menggamit hati mencari teman Indah jalan menuju allah Jika teman seperti Khadijah Masih ada lagi...