Posts

Showing posts from December 25, 2017

"Biar"

A really touching masterpiece -scroll + baca sampai bawah tau- “Biar” mata tua yang memandang aku itu-- bundar pudar …. dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya “biar” katanya, “biar”. ……. wahai ayahanda berhentilah walau sebentar dan renungkan mataku yang melaut khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut? ….. wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu akukan lemahmu perikan penatmu kisahkan jerihmu aku mahu tahu …… mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu-- harum senyum ….. dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan “biar” katanya lagi, “biar” …… wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali izinkan aku menumpangkan bahu berikan aku seperca dari beban kamu …….. wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini melompat tinggi setiapnya kerna kau tak pernah pergi …… ah, apa masih ingat lagi aku suka lari-lari? kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati …… ah, apa