Posts

Showing posts from December 1, 2017

Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.

Image
Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku. Pada saat aku menulis ini, aku sebenarnya rindu sangat pada Abah dan Mak di Kampung. Lama tak berjumpa, rindu nak makan masakan mak, rindu nak berborak panjang dengan Abah, rindu nak masak sama-sama, rindu yang bermacam. Doaku agar ALLAH sentiasa memelihara kalian, menjaga kalian, mengurniakan kebahagiaan, menghilangkan kedukaan pada diri kalian. Doaku sentiasa ada dan takkan pernah putus buat kalian. Kerana kalian lah aku hidup pada hari ini. Kerana kalian lah aku berdiri teguh di Bumi ini. Syukur pada Allah. Terima kasih pada Abah dan Mak. Syukur pada Allah kerana mengurniakan aku  Insan yang bernama Abah dan Mak. Sesungguhnya aku seorang yang bertuah! Kita semua sangat bertuah kerana kita mempunyai Mak Ayah. Cuba kalian bayangkan kalau hidup kita tanpa mereka. Seorang diri. Tiada siapa yang membimbing. Tiada siapa yang menjaga mahupun mendidik. Pasti kucar kacir kan.