Posts

Showing posts from 2020

KEMBARA

Puisi kecil 2: Dedikasi buat para pengembara kehidupan Kembara kali ini, ku kira agak panjang, beribu liku. Laluan kali ini, benar-benar kelam, batuan keras jelas mencengkam, duri tajam betul menikam, Luka jelas menggenggam. Ku leka, terus dibuai kicauan alam, tidak sekali kusedar, kaki yang penuh debuan pasir, sedang menapak di bumi yang asing, suara yang pernah menyinggah, kian menghilang, hanya bunyi angin kedengaran, menumpang butir-butir debu berterbangan, sunyi dan sepi. Ku terdiam, ku mengorak langkah tanpa tujuan, episode indah seperti hilang makna, destinasi asal seperti bayangan mimpi, pandangan makin kelam dan gelap. Ku tunduk, air jernih mula gugur, halus dan lurus, membasah bumi, serentak dan hilang kemudian, emosi yang menerpa, jelas menggesa air mata menyapa, dan dalam sepi, sejuta persoalan menapak lalu fikiran mula bertuhankan rasa. Ku alpa, dalam sibuk mencari jalan keluar, cahaya yang hadir bertalu, ku abaikan, padahal ia ada bertebaran, beri sinar pada jiwa-jiw

SAMA

PUISI KECIL 1 : DEDIKASI BUAT ABAH SAMA Kata mereka, kita sama, aku tersenyum bangga, berdiri, memanggilmu ABAH. Takkan jemu. Cukup bahagia, walau cuma memiliki gaya, adapun warna kulitmu. Alangkah lebih bahagia, Jika aku punya santunmu, baikmu. Mungkin dimata mereka, kau kurang, dimataku, kau anugerah sempurna, hadiah dari Tuhan. Tulusnya kasih mu, Tika aku terleka, kau ada, menegurku, tegas sebagai bapa. Tika aku gagal, kau setia disisi sebagai bapa, menyapa, menyeka pipi, menitipkan semangat, Mengembalikan senyuman, yang hilang. Masih jelas dan segar, setiap bait-bait yang kau titipkan, kiriman surat yang penuh makna, puitis indah kata-katamu, penuh hikmat, ditaip dan dikirim, masih ada, ku kumpul, simpan kemas-kemas, ku bawa bersama jiwa mu, kemana sahaja kaki ini melangkah. Ku akui tiada apa yang kekal, kau juga pinjaman Tuhan, aku akur, dan, aku juga takut , kerana belum benar-benar bersedia, untuk melepaskan. Kau segalanya,