Posts

Showing posts from 2017

"Biar"

A really touching masterpiece -scroll + baca sampai bawah tau- “Biar” mata tua yang memandang aku itu-- bundar pudar …. dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya “biar” katanya, “biar”. ……. wahai ayahanda berhentilah walau sebentar dan renungkan mataku yang melaut khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut? ….. wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu akukan lemahmu perikan penatmu kisahkan jerihmu aku mahu tahu …… mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu-- harum senyum ….. dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan “biar” katanya lagi, “biar” …… wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali izinkan aku menumpangkan bahu berikan aku seperca dari beban kamu …….. wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini melompat tinggi setiapnya kerna kau tak pernah pergi …… ah, apa masih ingat lagi aku suka lari-lari? kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati …… ah, apa

Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.

Image
Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku. Pada saat aku menulis ini, aku sebenarnya rindu sangat pada Abah dan Mak di Kampung. Lama tak berjumpa, rindu nak makan masakan mak, rindu nak berborak panjang dengan Abah, rindu nak masak sama-sama, rindu yang bermacam. Doaku agar ALLAH sentiasa memelihara kalian, menjaga kalian, mengurniakan kebahagiaan, menghilangkan kedukaan pada diri kalian. Doaku sentiasa ada dan takkan pernah putus buat kalian. Kerana kalian lah aku hidup pada hari ini. Kerana kalian lah aku berdiri teguh di Bumi ini. Syukur pada Allah. Terima kasih pada Abah dan Mak. Syukur pada Allah kerana mengurniakan aku  Insan yang bernama Abah dan Mak. Sesungguhnya aku seorang yang bertuah! Kita semua sangat bertuah kerana kita mempunyai Mak Ayah. Cuba kalian bayangkan kalau hidup kita tanpa mereka. Seorang diri. Tiada siapa yang membimbing. Tiada siapa yang menjaga mahupun mendidik. Pasti kucar kacir kan.

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

Image
Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^ Bila mana kita berbicara mengenai ujian. Tiada seorang manusia yang mampu untuk mengungkap kan pengertian sebenar sesebuah ujian. Aku juga. Ujian ada dalam setiap diri manusia. Tahapnya berbeza. Jenis nya berbeza. Waktunya berbeza. Ya. Ujian kita berbeza-beza. Cara kita menerima ujian tersebut juga berbeza. Keikhlasan & ketabahan kita menerima setiap ujian tersebut juga berbeza. Ada orang diuji dengan kekayaan. Ada oraang diuji dengan kemiskinan. Ada orang diuji dalam perkahwinan. Ada orang diuji dalam persahabatan. Dan tidak juga ketinggalan kepada ujian yang berbentuk kematian. Ya. Pelbagai bentuk ujian. Berat, ringan dan apa jua tahap/bentuk ujian pasti akan dirasai dalam diri seseorang yang bernama manusia. Tiada yang terkecuali. Bukan lah juga sesuatu yang mudah untuk kita sendiri menasihati orang lain untuk bersabar dalam setiap ujian yang ditempuhinya. Kerana pada ket

Angah's Convocation Day! I am truly happy for you ^^

Image
Today is Angah’s convocation day! And I’m truly sooo happy for her. Congratulations Angah! And please make du’a for her so that she could success in her coming soon interviews (Alhamdulillah, she got two interviews for now) and get the job quickly. (Walaupun Angah gembira dengan kerja Angah sekarang, kakcik harap Angah dapat kerja yang lebih membuat angah gembira dan selesa dan juga seiring dengan impian angah, Aamiin) Thank you! Angah, I don’t know how I should express this kind of feelings as I am so happy for you. Sincerely. Angah pun tahu kakcik tak tahu nak tunjuk betapa kakcik gembira. Dan kakcik betul2 sebak after you sent those photos to us. And sorry because we are not there on your Big Day. Abah jadi saksi, Mak jadi saksi, Along jadi saksi, Kakcik jadi saksi dan adik –adik jadi saksi betapa angah struggle dalam hidup angah dan tak kenal erti putus asa. Angah betul-betul ambil semangat abah. Kakcik dapat rasakan angah ni memang betul- betul sabar. Ka

Allah sebaik-baik perancang! ^_^

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hai hai kepada newcomer yang mungkin tiba-tiba terjumpa/terbaca blog saya atau yang dah lama mengikuti saya. Lama dah kan saya tak update apa-apa. Berhabuk gila (jangan guna bahasa ni, ni bukan bahasa BM ok and tak sesuai nak buat karangan :P) blog sebab lama tak bukak. Lepas tu, design blog lama sangat tak tukar. Bila tengok balik dah tak menarik. Nantila saya tukar. Nak buat pembaharuan sikit. Tengok macam mana tahap kerajinan nanti. Masa tu ada tapi ilham untuk menulis tu tak berapa nak datang. Ni la ilham ada datang sikit, so saya curi-curi masa untuk menulis. Berapa lama dah tak menulis dalam blog. Zaman kerajinan menulis blog masa sekolah menengah dah berlalu. Bila baca balik nak tergelak pun ada. Tapi takpe, itu semua kenangan dan pengalaman saya berjinak-jinak dalam penulisan (ada je penulisan lain yang saya dah buat tapi malu nak publish kat sini sebab kita tak pandai/ tak expert sangat nak menulis. Hehehe) Okayy. Habis