Skip to main content

3 GOLONGAN YANG LEBIH AWAL MASUK NERAKA !


Pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah orang alim , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.
ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang tersebut menjawab, ”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. ALLAH SWT berfirman “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”. Orang itu menjawab, ”Benar wahai tuhan”. ALLAH SWT kemudian bertanya, ”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”, dia menjawab, ”Dengannya aku bersillaturrahir03;m dan juga bersedekah.” ALLAH SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta”. Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.” Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?” Dia menjawab, ”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.” Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,”Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu.” ALLAH SWT berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.
“Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.”

Comments

Popular posts from this blog

cara kak nik nur madihah belajar !

boleh ka aku jadi macam kak nik?
insyaallah...
kalau ada usaha,pasti ada kejayaan...
abah pernah kata..
'kak cik pon boleh jadi mcm kak nik madihah kalau usaha...
*tak pelik dan tak mustahil*
itu kuncinya jika nak berjaya...
spm adalah penentu segalanya...

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa. Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsi…

ujian...!

ya ALLAH..
kuatkan aku...
jika aku lemah..
kuatkan aku..
jika aku jatuh...
kuatkan aku..
jika aku tersungkur..
kuatkan aku...
apabila manusia berburuk sangkakan aku.
kuatkan aku
jika aku diuji dengan cinta manusia..
yang sememangnya tidak kekal..
ya ALLAH..
berikan kekuatan padaku..
agar aku sentiasa teguh padamu...
supaya diriku sentiasa beriman padamu...
ya ALLAH..
aku akan cuba sdaya upaya agar aku...
sentiasa teguh...
apabila dikurniakan ujian dariMu...
...

abah ku seorang yang sangat suka membaca !

assalamualaikum wbt..

.............

apa khabar semua ? 
semoga sihat-sihat sahaja dan kita semua dibawah keredhaan ALLAH..
amin..





ABAH KU SEORANG YANG SUKA MEMBACA .

ya..abah sangat suka membaca..
dari kecil aku suka memerhati abah yang sangat suka membaca .
abah kata jika kita membaca ..lagi banyak ilmu yang kita perolehi..
aku sentiasa ingat akan kata-katanya .
seingat aku ..buku pertama yang abah belikan pada aku dan kakak ku..
^^ adalah... si kecil bertudung merah ..
buku yang meninggalkan nostalgia..
waktu tu aku baru boleh membaca buku..
jadi ..aku sering mengulang-ulang bacaan aku agar lebih lancar . haha
aku sangat menyayangi buku tersebut . sangat .
sungguhpun begitu aku sangat sukakn warna pada setiap helaian buku itu .
kadang-kadang aku akan cuba melukis gambar yang terdapat dalam buku tersebut .
ya..aku akui bahawa aku suka melukis semasa aku kanak-kanak .
sampaikan apa yang aku lihat akan aku tafsirkan dalam bentuk lukisan..
kadang-kadang apabila abah sedang duduk atas kerusi mengadap komput…