Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^
Ujian
itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^
Bila
mana kita berbicara mengenai ujian.
Tiada
seorang manusia yang mampu untuk mengungkap kan pengertian sebenar sesebuah
ujian.
Aku
juga. Ujian ada dalam setiap diri manusia. Tahapnya berbeza. Jenis nya berbeza.
Waktunya berbeza.
Ya.
Ujian kita berbeza-beza. Cara kita menerima ujian tersebut juga berbeza.
Keikhlasan & ketabahan kita menerima setiap ujian tersebut juga berbeza.
Ada
orang diuji dengan kekayaan. Ada oraang diuji dengan kemiskinan.
Ada
orang diuji dalam perkahwinan. Ada orang diuji dalam persahabatan.
Dan
tidak juga ketinggalan kepada ujian yang berbentuk kematian.
Ya.
Pelbagai bentuk ujian. Berat, ringan dan apa jua tahap/bentuk ujian pasti akan
dirasai dalam diri seseorang yang bernama manusia. Tiada yang terkecuali.
Bukan
lah juga sesuatu yang mudah untuk kita sendiri menasihati orang lain untuk
bersabar dalam setiap ujian yang ditempuhinya. Kerana pada ketika ini, mereka
yang menempuhnya, dan bukan dirimu. Ya berat untuk ditanggung dan bukanlah
sesuatu yang mudah. Ianya melibatkan bukan sekadar perkataan dimulut tapi ianya
melibatkan hati, perasaan, jiwa.
Perkara
ini yang sentiasa berlaku disekeliling kita. Atas dasar kau tidak berada
ditempatnya. Bukan kau yang merasa pedihnya terseksa, dilukai, kehilangan,
kematian. Bukan kau.Tapi dia.
Aku
sendiri merasanya dan aku sendiri juga sebagaimana manusia lain. Tidak tahu
bagaimana untuk menahan dan menghilangkan sakitnya penderitaan orang lain. Dan
aku juga sedar bahawa aku juga bakal melaluinya sebagaimana kau melaluinya.
Pedih, sakit. Aku tahu.
Beberapa
hari yang lepas, aku menerima berita kematian ibu kepada sahabatku yang meninggal
dunia. Allahyarhamah meninggal disebabkan kanser.
Aku
akui berat ujian yang diterimanya pada ketika ini. Ibu yang melahirkan dan
membesarkan dia akhirnya pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Pergi dan
takkan kembali lagi ke dunia ini.
Aku
sendiri tak mempunyai kuasa untuk menghilangkan pedihnya luka itu. Sungguh aku
tidak mampu. Tidak juga aku berani mengatakan/menasihatinya untuk tabah dan
sabar atas ujian itu. Dia wanita yang hebat dan dia tahu dia seharusnya kuat, dan
sabar pada saat dia diduga. Dan aku sendiri tahu bahawa dia juga seorang wanita
yang cekal dan tabah. Doaku agar dengan ujian yang diterima pada ketika ini
menjadikan dia lebih kuat daripada sebelum ini. Kerana Ujian sentiasa mengajar
kita menjadi lebih KUAT dan lebih berdikari. Allah memberikan ujian hidup
kepada kita, ini merupakan tanda bahawa Dia sangat sangat menyayangi kita. Terlalu.
Tapi,
satu perkara yang kita kena ingat. Bila kita rasa berat dengan sesuatu ujian
yang Allah beri. Ingatlah, Allah takkan uji kita dengan ujian yang tak mampu
kita hadapi ^^
Juga,
seseorang manusia sedang berbohong jika dia mengatakan dia tidak sedih kerana
dia sekarang sedang tabah menghadapi ujian hidupya, Menangislah, kerana air
mata itu perlu. Air mata itu kadangkala menguatkan. Kau juga manusia. Sama seperti aku. Sama seperti orang lain.
Aku
sendiri juga. Perlu bersiap sedia kerana aku juga bakal menempuhnya. Kita semua
akan menempuhinya. Itulah yang bernama Ujian.
Disebalik Ujian, pasti ada
hikmahnya
Pasti
akan ada hikmah di sebalik kejadian. Percayalah Allah takkan menjadikan sesuatu
perkara sia-sia. Kerana Dia Maha Mengerti. Dia Maha Tahu yang terbaik untuk
hambaNya.
Hikmah
datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada kita sedar atau tidak.
“Ujian
merupakan hadiah yang berbentuk hikmah”
Banyak
hikmah di sebalik ujian.
Sekeliling
kita.
Aku
mempunyai bapa saudara yang pekak dan bisu. Dia mempunyai kecacatan tersebut
sejak dilahirkan. Sejak lahir, dia tidak mengetahui apa itu pengertian bunyi.
Bunyi suara manusia? Bunyi burung berkicauan? Dia sama sekali tidak mengerti.
Tapi, tidak pernah sekali pun kulihat dia mengeluh dan merendah diri. Malah dia
sangat yakin pada diri semasa berkomunikasi dengan orang lain (komunikasi dengan caranya sendiri). Aku
berbangga dengan dia dan malu pada Allah kerana kadang kala aku sendiri tidak bersyukur
dengan apa yang Allah kurniakan kepada ku. Padaku, kejadian Allah tak pernah sia-sia.
Bapa saudaraku seorang yang beruntung/bertuah di dunia ini, Allah melindunginya dan begitu
menyayanginya kerana disebalik ujian (kecacatan) ada hikmahnya kerana dia tidak perlu mendengar perkara-perkara yang tak baik,
dia tak perlu berbual tentang perkara yang sia-sia. Allah memelihara telinganya
dan mulutnya/suaranya. Bukankah itu merupakah ujian berbentuk hikmah? Allah
adalah sebaik-baik perancang.
Allah
juga Maha Pemurah dan Penyayang.
Allah
mengurniakan bapa saudaraku seorang isteri yang melengkapkan hidupnya. Dan
wanita itu juga mempunyai kecacatan bisu dan pekak tetapi dia masih boleh
mendengar bunyi walaupun tidak se-normal orang biasa. Mereka saling melengkapi
antara satu sama lain. Allah mengurniakan kasih-sayang diantara mereka. Hadiah
yang tak terhingga nilainya.
Inilah
Ujian berbentuk Hikmah!
“If
you feel that you’re very down. Just close your eyes and say, This is my
journey. He puts me here. It’s His Plan. So, I have just to carry on and trust
Him.”
Dan,
Aku
masih ingat nasihat kawan aku at that time (about 10 years ago, when the Ujian
really hit me and I really feel lost),
“Bersabarlah,
mesti ada hikmah disebalik perkara itu. Itu adalah ujian darpada Allah, mesti
tabahkan hati”
Dan,
Aku
masih ingat sampai sekarang dan akan sentiasa ingat sampai bila-bila. Thank
You.
The
End.
Thank
you sebab sudi baca sampai habis ^^. Glad to share with you all about ujian because
I love to share everything that I feel or anything that I get and hoping that
my writing could inspire people (with my own way) out there! It is came from
deeeppp inside my heart. (Maaf jika bahasa yang digunakan kasar dan penulisan
ini hanyalah sekadar perkongsian sahaja)
Love,
Normala Hayati
normalahayatinanyan.blogspot.my
Universiti Sains
Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
17/11/2017; 9.49
pm
Comments
Post a Comment