Skip to main content

usha! u still have fantastic time! gooD timer! Be a master of your study!


bismillahirrahmanirahim..
~~^=^~~~
asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
kpd para sahabat-sahabat...
yang sentiasa ingiIN  berjuang dibawah langit ALLAH..
salam perjuangan kepada para saudara2 seislamku...
salam perjuangan kepada sahabat-sahabat
yang sentiasa berjuang menuntut ilmu ALLAH..
moga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan ALLAH
Mudah-mudahan...
...........................................................
~PERCUBAAN SPM~
lagi satu paper yang tinggal...
aku kena kuat..
sekuat yang mungkin untuk berjuang..
mesti!
YA ALLAH!kuatkan aku...lindungi aku dari putus asa!
biarlah butir-butir air mata aku menjadi penguat usaha ku..
ampuni khilaf dan salahku selama ini ..
yang mungkin menjadi penghalang kekuatan dalam diriku...
WAHAI PEMILIK NYAWA INI...
kuatkan aku...
jika itu yang KAU takdirkan..
aku terima  seaadanya...

.............................................................
macamna exam?
alhamdulillah..
ok la kalau macam tu abah nak tgk result nya macamna...
insyaallah..kakcik buat apa yang kakcik mampu bagi abah..
tapi abah jangan harapkan sangat..
kakcik takut abah kecewa nanti..
tak,bagi abah,kakcik buat yang semampu boleh..
abah,kalau kakcik tak dapat result yang baik kali ni
kakcik akan cuba buat yang lagi terbaik untuk spm betul2..
xpa,usaha lagi,semangat tu yang abah nak tengok dalam diri anak2 abah..
kakcik akan lebih semangat kalau abah sentiasa bagi semangat kat kakcik
insyaallah,abah sentiasa ada untuk sokong kakcik..
selagi abah hidup,abah nak tengok anak2 abah berjaya..

.........................................................
#insyaallah aku akan buat yang terbaik#
#kalau kali ini tak dapat buat yang baik,masih ada masa untuk berusaha#
#kan masih ada SPM SEBENAR#
INSYAALLAH, MOGA ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN KEKUATAN PADAKU AGAR TIDAK BERPUTUS ASA!
AMIN! 

~normalahayatinanyan/seindahmawarberduri~

Comments

Popular posts from this blog

cara kak nik nur madihah belajar !

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa. Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah) [W] Boleh saudari ceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri, keluarga dan pendidikan? [M] Pertama sekali, terima kasih kepada pihak ISMA kerana sudi mengunjung…

Allah sebaik-baik perancang! ^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hai hai kepada newcomer yang mungkin tiba-tiba terjumpa/terbaca blog saya atau yang dah lama mengikuti saya.

Lama dah kan saya tak update apa-apa. Berhabuk gila (jangan guna bahasa ni, ni bukan bahasa BM ok and tak sesuai nak buat karangan :P) blog sebab lama tak bukak. Lepas tu, design blog lama sangat tak tukar. Bila tengok balik dah tak menarik. Nantila saya tukar. Nak buat pembaharuan sikit. Tengok macam mana tahap kerajinan nanti.

Masa tu ada tapi ilham untuk menulis tu tak berapa nak datang. Ni la ilham ada datang sikit, so saya curi-curi masa untuk menulis. Berapa lama dah tak menulis dalam blog. Zaman kerajinan menulis blog masa sekolah menengah dah berlalu. Bila baca balik nak tergelak pun ada. Tapi takpe, itu semua kenangan dan pengalaman saya berjinak-jinak dalam penulisan (ada je penulisan lain yang saya dah buat tapi malu nak publish kat sini sebab kita tak pandai/ tak expert sangat nak menulis. Hehehe)

Okayy. Habis dah cerita pasa…

Bersabar lah wahai adikku.. Kuat dan cekalkanlah hatimu~

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
apa khabar semuanya..diharapkan semuanya sihat-sihat blako..
aku..alhamdulillah..masih meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar..
menuntut ilmu dan mengaut nya sebanyak yang mungkin..
semampu yang boleh..
ilmu takkan pernah habis dipelajari kerana ilmu amat luas ..
tak terhitung nilainya..
diharapkkan kamu semua juga ..jangan pernah jemu untuk mempelajari..
ilmu dunia dan juga ilmu akhirat..
jangan pernah putus asa yaa..
Pesanan ini juga buat diriku yang sering alpa ..
yang sering lalai..
yang sering leka..
kita sama-sama bangkit dan cuba untuk bergerak dan berjalan tanpa henti menuju kejayaan..
teringat pada kata-kata akak mas( kakak usrah ku) sewaktu kami berbual-bual..
katanya" kalau kita hanya mengejar dunia, maka kita hanya akan mendapat dunia sahaja..tetapi jika kita mengejar akhirat maka kita akan mendapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat"..
aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya..
sesungguhnya memang ada kebenarannya..
aku be…