Skip to main content

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

Bila mana kita berbicara mengenai ujian.

Tiada seorang manusia yang mampu untuk mengungkap kan pengertian sebenar sesebuah ujian.
Aku juga. Ujian ada dalam setiap diri manusia. Tahapnya berbeza. Jenis nya berbeza. Waktunya berbeza.

Ya. Ujian kita berbeza-beza. Cara kita menerima ujian tersebut juga berbeza. Keikhlasan & ketabahan kita menerima setiap ujian tersebut juga berbeza.

Ada orang diuji dengan kekayaan. Ada oraang diuji dengan kemiskinan.

Ada orang diuji dalam perkahwinan. Ada orang diuji dalam persahabatan.

Dan tidak juga ketinggalan kepada ujian yang berbentuk kematian.

Ya. Pelbagai bentuk ujian. Berat, ringan dan apa jua tahap/bentuk ujian pasti akan dirasai dalam diri seseorang yang bernama manusia. Tiada yang terkecuali.

Bukan lah juga sesuatu yang mudah untuk kita sendiri menasihati orang lain untuk bersabar dalam setiap ujian yang ditempuhinya. Kerana pada ketika ini, mereka yang menempuhnya, dan bukan dirimu. Ya berat untuk ditanggung dan bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya melibatkan bukan sekadar perkataan dimulut tapi ianya melibatkan hati, perasaan, jiwa.

Perkara ini yang sentiasa berlaku disekeliling kita. Atas dasar kau tidak berada ditempatnya. Bukan kau yang merasa pedihnya terseksa, dilukai, kehilangan, kematian. Bukan kau.Tapi dia.

Aku sendiri merasanya dan aku sendiri juga sebagaimana manusia lain. Tidak tahu bagaimana untuk menahan dan menghilangkan sakitnya penderitaan orang lain. Dan aku juga sedar bahawa aku juga bakal melaluinya sebagaimana kau melaluinya. Pedih, sakit. Aku tahu.

Beberapa hari yang lepas, aku menerima berita kematian ibu kepada sahabatku yang meninggal dunia. Allahyarhamah meninggal disebabkan kanser.

Aku akui berat ujian yang diterimanya pada ketika ini. Ibu yang melahirkan dan membesarkan dia akhirnya pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Pergi dan takkan kembali lagi ke dunia ini.

Aku sendiri tak mempunyai kuasa untuk menghilangkan pedihnya luka itu. Sungguh aku tidak mampu. Tidak juga aku berani mengatakan/menasihatinya untuk tabah dan sabar atas ujian itu. Dia wanita yang hebat dan dia tahu dia seharusnya kuat, dan sabar pada saat dia diduga. Dan aku sendiri tahu bahawa dia juga seorang wanita yang cekal dan tabah. Doaku agar dengan ujian yang diterima pada ketika ini menjadikan dia lebih kuat daripada sebelum ini. Kerana Ujian sentiasa mengajar kita menjadi lebih KUAT dan lebih berdikari. Allah memberikan ujian hidup kepada kita, ini merupakan tanda bahawa Dia sangat sangat menyayangi kita. Terlalu.

Tapi, satu perkara yang kita kena ingat. Bila kita rasa berat dengan sesuatu ujian yang Allah beri. Ingatlah, Allah takkan uji kita dengan ujian yang tak mampu kita hadapi ^^

Juga, seseorang manusia sedang berbohong jika dia mengatakan dia tidak sedih kerana dia sekarang sedang tabah menghadapi ujian hidupya, Menangislah, kerana air mata itu perlu. Air mata itu kadangkala menguatkan. Kau juga manusia. Sama seperti aku. Sama seperti orang lain.

Aku sendiri juga. Perlu bersiap sedia kerana aku juga bakal menempuhnya. Kita semua akan menempuhinya. Itulah yang bernama Ujian.


Image result for ujian motivational quotes

Disebalik Ujian, pasti ada hikmahnya

Pasti akan ada hikmah di sebalik kejadian. Percayalah Allah takkan menjadikan sesuatu perkara sia-sia. Kerana Dia Maha Mengerti. Dia Maha Tahu yang terbaik untuk hambaNya.

Hikmah datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada kita sedar atau tidak.

“Ujian merupakan hadiah yang berbentuk hikmah”

Banyak hikmah di sebalik ujian.

Sekeliling kita.

Aku mempunyai bapa saudara yang pekak dan bisu. Dia mempunyai kecacatan tersebut sejak dilahirkan. Sejak lahir, dia tidak mengetahui apa itu pengertian bunyi. Bunyi suara manusia? Bunyi burung berkicauan? Dia sama sekali tidak mengerti. Tapi, tidak pernah sekali pun kulihat dia mengeluh dan merendah diri. Malah dia sangat yakin pada diri semasa berkomunikasi  dengan  orang lain (komunikasi dengan caranya sendiri). Aku berbangga dengan dia dan malu pada Allah kerana kadang kala aku sendiri tidak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada ku. Padaku, kejadian Allah tak pernah sia-sia. Bapa saudaraku seorang yang beruntung/bertuah di dunia ini, Allah melindunginya dan begitu menyayanginya kerana disebalik ujian (kecacatan) ada hikmahnya kerana dia tidak perlu mendengar perkara-perkara yang tak baik, dia tak perlu berbual tentang perkara yang sia-sia. Allah memelihara telinganya dan mulutnya/suaranya. Bukankah itu merupakah ujian berbentuk hikmah? Allah adalah sebaik-baik perancang.

Allah juga Maha Pemurah dan Penyayang.

Allah mengurniakan bapa saudaraku seorang isteri yang melengkapkan hidupnya. Dan wanita itu juga mempunyai kecacatan bisu dan pekak tetapi dia masih boleh mendengar bunyi walaupun tidak se-normal orang biasa. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Allah mengurniakan kasih-sayang diantara mereka. Hadiah yang tak terhingga nilainya.
Inilah Ujian berbentuk Hikmah!

“If you feel that you’re very down. Just close your eyes and say, This is my journey. He puts me here. It’s His Plan. So, I have just to carry on and trust Him.”

Dan,

Aku masih ingat nasihat kawan aku at that time (about 10 years ago, when the Ujian really hit me and I really feel lost),

“Bersabarlah, mesti ada hikmah disebalik perkara itu. Itu adalah ujian darpada Allah, mesti tabahkan hati”

Dan,

Aku masih ingat sampai sekarang dan akan sentiasa ingat sampai bila-bila. Thank You.

The End.

Thank you sebab sudi baca sampai habis ^^. Glad to share with you all about ujian because I love to share everything that I feel or anything that I get and hoping that my writing could inspire people (with my own way) out there! It is came from deeeppp inside my heart. (Maaf jika bahasa yang digunakan kasar dan penulisan ini hanyalah sekadar perkongsian sahaja)

Love,
Normala Hayati

normalahayatinanyan.blogspot.my
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
17/11/2017; 9.49 pm

Comments

Popular posts from this blog

cara kak nik nur madihah belajar !

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa. Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah) [W] Boleh saudari ceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri, keluarga dan pendidikan? [M] Pertama sekali, terima kasih kepada pihak ISMA kerana sudi mengunjung…

Bersabar lah wahai adikku.. Kuat dan cekalkanlah hatimu~

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
apa khabar semuanya..diharapkan semuanya sihat-sihat blako..
aku..alhamdulillah..masih meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar..
menuntut ilmu dan mengaut nya sebanyak yang mungkin..
semampu yang boleh..
ilmu takkan pernah habis dipelajari kerana ilmu amat luas ..
tak terhitung nilainya..
diharapkkan kamu semua juga ..jangan pernah jemu untuk mempelajari..
ilmu dunia dan juga ilmu akhirat..
jangan pernah putus asa yaa..
Pesanan ini juga buat diriku yang sering alpa ..
yang sering lalai..
yang sering leka..
kita sama-sama bangkit dan cuba untuk bergerak dan berjalan tanpa henti menuju kejayaan..
teringat pada kata-kata akak mas( kakak usrah ku) sewaktu kami berbual-bual..
katanya" kalau kita hanya mengejar dunia, maka kita hanya akan mendapat dunia sahaja..tetapi jika kita mengejar akhirat maka kita akan mendapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat"..
aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya..
sesungguhnya memang ada kebenarannya..
aku be…

Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.

Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.
Pada saat aku menulis ini, aku sebenarnya rindu sangat pada Abah dan Mak di Kampung. Lama tak berjumpa, rindu nak makan masakan mak, rindu nak berborak panjang dengan Abah, rindu nak masak sama-sama, rindu yang bermacam.
Doaku agar ALLAH sentiasa memelihara kalian, menjaga kalian, mengurniakan kebahagiaan, menghilangkan kedukaan pada diri kalian. Doaku sentiasa ada dan takkan pernah putus buat kalian. Kerana kalian lah aku hidup pada hari ini. Kerana kalian lah aku berdiri teguh di Bumi ini. Syukur pada Allah. Terima kasih pada Abah dan Mak.
Syukur pada Allah kerana mengurniakan aku  Insan yang bernama Abah dan Mak. Sesungguhnya aku seorang yang bertuah! Kita semua sangat bertuah kerana kita mempunyai Mak Ayah. Cuba kalian bayangkan kalau hidup kita tanpa mereka. Seorang diri. Tiada siapa yang membimbing. Tiada siapa yang menjaga mahupun mendidik. Pasti kucar kacir kan.


Sayang perlu ditunjuk, bukan…