Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.
Doaku
sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan
membesarkan ku.
Pada saat aku menulis
ini, aku sebenarnya rindu sangat pada Abah dan Mak di Kampung.
Lama tak berjumpa,
rindu nak makan masakan mak, rindu nak berborak panjang dengan Abah, rindu nak
masak sama-sama, rindu yang bermacam.
Doaku agar ALLAH sentiasa
memelihara kalian, menjaga kalian, mengurniakan kebahagiaan, menghilangkan
kedukaan pada diri kalian. Doaku sentiasa ada dan takkan pernah putus
buat kalian. Kerana kalian lah aku hidup pada hari ini. Kerana kalian lah aku
berdiri teguh di Bumi ini. Syukur pada Allah. Terima kasih pada Abah dan Mak.
Syukur pada Allah
kerana mengurniakan aku Insan yang bernama Abah dan Mak.
Sesungguhnya aku seorang yang bertuah! Kita semua sangat bertuah kerana kita
mempunyai Mak Ayah. Cuba kalian bayangkan kalau hidup kita tanpa mereka. Seorang diri.
Tiada siapa yang membimbing. Tiada siapa yang menjaga mahupun mendidik. Pasti
kucar kacir kan.
Sayang
perlu ditunjuk, bukan untuk dipendam, bukan untuk disimpan
Aku dulu selalu malu
nak luahkan rasa sayang/cinta/ rindu pada Abah dan Mak.
Yalah, pada masa tu
bagi aku sesuatu yang agak besar untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Malu, segan,
ego. Dahlah selalu buat salah pada mereka. Semua perasaan ni bercampur.
Tapi, aku mulai sedar.
Sampai bila nak simpan perasaan ini tanpa luahkan. Mereka tahu kita sayangkan
mereka tapi tak salah jugakan kalau kita sendiri menyatakan bahawa kita
sayangkan mereka. Dan aku juga sedar, mereka semakin tua. Sementara mereka
masih ada, mereka patut tahu perasaan kita. Semasa kita sibuk dengan aktiviti
harian kita sendiri, adakah kita masih peduli, adakah kita masih ingat mereka,
adakah kita masih sayang pada mereka. Ini sebenarnya yang bermain di fikiran
mereka.
“Along/Angah/Acik dan
adik-adik…Sayang sangat pada Abah & Mak”. Ungkapan ini yang selalu aku nak
ungkapkan. Biar mereka tahu kita anak-anak sayang pada mereka walau sesibuk
mana pun kita.
Aku ada satu quote yang
aku sukaaa sangat. Kata-kata ni sebenarnya aku dapat melalui drama kekeluargaan dekat tv dan ayat ni memang menarik bagi aku. Dah lama dah
sebenarnya aku tengok cerita ni. 6 tahun yang lalu tapi, entah kenapa ayat ni
memang betul-betul buat aku mendalami apa yang cuba disampaikan. Terima
kasih kepada insan yang menulis skrip ni. The whole scene dalam drama memang ada mesej. Awak dah berjaya memberi inspirasi
kepada orang lain. Moga amal yang dilakukan mengalirkan pahala-pahala yang
tiada henti buat dirimu.
“Kalau sayang tak payahlah marah-marah. Kalau rindu tak payahlah benci-benci. Luahkan
saja. Supaya tak ada yang merana”
Aku banyak belajar
daripada kata-kata ni. Ayat ni selalu buat aku nak menghargai Abah dan Mak.
Ayat ini terlalu mendalam bagi aku. Ayat ni membuatkan aku rasa cinta aku pada
kalian berdua masih belum cukup aku penuhkan. Masih banyak ketidaksempurnaan
aku, aku kadang-kadang tak memenuhi cintaku pada kalian sebagaimana kalian
mencintai aku. Tak dapat ku bayangkan hidupku tanpa kalian kelak.
Ya Allah, ampunkan aku
dan keluargaku. Pertemukan kami di syurga kelak.
Anak-anakmu
akan sentiasa Ada untukmu. Kalian tidak akan berkeseorangan.
Kalau sayang katakan sayang. Kalau rindu luahkan
rindu.
Alhamdulillah. Aku sentiasa diberi peluang untuk
mengucapkan sayang/rindu kepada Abah dan Mak. Mula-mula rasa malu, tetapi lama
kelamaan dah menjadi kebiasaan. Aku bersyukur.
Sayang bukan hanya diungkapkan dengan perkataan
tetapi juga perbuatan. Perbuatan sebenarnya pembuktian kepada perkataan atau
pengucapan kita. Kedua-duanya sama penting.
Aku, kalau dengan Mak lebih prefer ucap sayang secara
lisan. Cakap berdepan. Berbual. Sebab mak adalah orang yang kita akan
cerita semua benda pada dia. Takkan ada yang berselindung. Sebab tu aku selesa
kalau bercakap dengan mak. Tanpa perlu rasa malu.
Lain pula dengan Abah. Aku sebenarnya agak rapat
dengan abah. Semua benda aku akan bagitahu abah. Minta pendapat Abah. Aku selalu berborak panjang dengan Abah. Berborak pasal masa
depan aku. Berborak pasal pelajaran. Berborak pasal kebun Abah, Berborak pasal perancangan
Abah. Bertukar-tukar pendapat. Macam-macam lah. Perbincangan aku dengan abah
selalu ja panjang kadang-kadang sampai larut malam. Sampaikan abah cakap “Dah
la, pukul berapa dah ni. Esok sambung pulak”. Hahaha. Rinduuunya.
Okay. Kalau bab ungkapkan sayang. Abah lebih
prefer ucap melalui mesej/whatsapp. Bukan berdepan macam mak. Abah punya bahasa
aku memang kagum. Tajam dan tepat. Mesti selalu dapat A waktu sekolah/universiti
dulu. Kan kan kan. Nanti kalau aku ada kesempatan aku ceritakan (bahasa) mesej
yang abah selalu gunakan. Memang lebih tajam daripada pedang. Menusuk kalbu.
Hehehe.
Masa abah kerja dekat Kuantan pun abah selalu Email
aku. Selalu update pada aku apa-apa benda melalui Email. Aku selalu tunggu Email
dia. Happy betul masa tu. Sampai sekarang email tu masih ada. Penulisan
sebenarnya kadang-kadang lebih tajam daripada perkataan yang diluahkan secara
lisan.
Even masa birthday aku pun abah tak nak ucap
kat aku secara berdepan. Dia lebih memilih nak mesej jugak dan siap attach
gambar lagi. Karangan dia Masha Allah memang agak panjang dan aku tak pernah padam. Yang paling rare sekali yang abah pernah buat masa aku nak SPM. Abah hantar surat penuh satu muka surat pada aku untuk bagi kata-kata semangat, harapan, tips-tips menghadapi peperiksaan dan segala macam tips lah. Surat tu jauh datang dari Pahang, ditaip, berstem dan dihantar oleh Posmen. Tahap gembira tu hanya Allah sahaja yang tahu terima surat sendiri dari Pakcik Posmen. Surat tu masih ada aku simpan. Terharu sangat masa tu. Yalah, zaman 2012 mana ada orang hantar surat yang tak formal dah. Kiranya kiriman surat pertama pada aku lah. Ala-ala surat dari sahabat pena. Hehehe.Itu semua memori bagi aku. Banyak aku belajar dari abah. Mungkin aku suka
menulis turun daripada Abah kut. Hehehe.
Bulan lepas Birthday Abah. Aku memang grab peluang
yang ada ni untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni. Dan waktu ni
aku ada sebab lebih sikit untuk aku karang ayat cinta yang panjang pada dia.
Kalian pun boleh guna taktik ni kalau nak. Hehehe.
“Selamat hari lahir
Abah. Semoga Allah panjangkan umur abah dalam keberkatan. Murahkan rezeki abah.
Bahagiakan abah dunia dan akhirat. Moga Allah pertemukan dan himpunkan keluarga
kita di akhirat kelak. Terima kasih mendidik kakcik dan adik2, along dan angah.
Susah payah abah dan mak besarkan kami 6 beradik takkan kakcik lupakan sampai
bila2. Abah dan mak sentiasa cukupkan kami. Semua pengorbanan abah dan mak
semuanya kakcik nampak dan kakcik harap kakcik dapat balas semuanya kelak.
Usaha abah berikan kakcik pelajaran dan sentiasa ingatkan kakcik tentang
pentingnya pelajaran takkan kakcik lupakan. Kakcik bersyukur sebab ada Abah dan
Mak dalam hidup kakcik. Sekali lagi, moga Abah berbahagia di hari ulang tahun
kelahiran abah yang ke-54. Along, angah, kakcik, umi, abang, & man semua
sayang Abah.❤❤👧🏻👧🏻👨👩👦👦👧🏻👧🏻❤”
Bila mana Abah balas
whatsapp tu. Aku menitis air mata kerana aku terharu. Baru aku sedar perasaan sayang itu perlu diungkapkan dan bukan untuk dipendam. Itu yang aku belajar.
“Assalamualaikum. Abah
ucapkan berbanyak terima kasih pada semua anak2 dan isteri abah atas ucapan dan
doa menjelang tarikh ulang tahun kelahiran abah. Kita sama2 berdoa agar hidup
kita semua mendapat berkat. Amin...Abah sayang kamu semua.”
Waktu aku whatsapp tu
memang seikhlas hati aku luahkan. Tiada yang berselindung. Aku Cuma mahu dia
tahu. Dia takkan pernah keseorangan. Kami akan sentiasa disisi nya di masa
susah atau senang.
Apabila kalian berasa
tidak tenteram, berdepan dengan masalah atau ujian. Berbaliklah pada hubungan
kita dengan Mak Ayah kita. Mintalah pada mereka agar doakan kita supaya Allah
permudahkan segala urusan kita pada hari ini dan yang akan datang. In shaa
Allah, doa mereka yang
mengiringi akan memudahkan perjalanan kita. Dengan Izin Allah.
Setakat ini dahulu penulisan
saya, kalau ada kelapangan dan kerajinan, Hehehe, In shaa Allah saya akan
menulis lagi. Penulisan ini hanyalah luahan ikhlas hati saya sendiri dengan
harapan sedikit sebanyak boleh mengisnpirasikan kalian. Saya gembira dapat
kongsikan sesuatu dengan kalian. Kita sama-sama belajar. Walau tak banyak,
moga ia bermanfaat buat hidup kita. Terima kasih kerana sudi membaca.
"IbuBapa adalah sekolah pertama kita didunia" - In love with this quote
Love,
Normala Hayati
normalahayatinanyan.blogspot.my
Universiti Sains Malaysia,
Kubang Kerian, Kelantan
1/12/2017; 4:20 pm
Comments
Post a Comment