"Biar"
A really touching masterpiece
-scroll + baca sampai bawah tau-
-scroll + baca sampai bawah tau-
“Biar”
mata
tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
….
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa
usangnya
“biar”
katanya,
“biar”.
…….
wahai
ayahanda
berhentilah
walau sebentar
dan
renungkan mataku yang melaut
khabarkan
yang jujur dan ujar
apa
menyerabut?
…..
wahai
ayahanda
bercukuplah
menggagah tulang rapuhmu
akukan
lemahmu
perikan
penatmu
kisahkan
jerihmu
aku
mahu tahu
……
mata
tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
…..
dipukaukan
aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya
lagi, “biar”
……
wahai
ayahanda
bisikkanlah
walau sekali
izinkan
aku menumpangkan bahu
berikan
aku seperca dari beban kamu
……..
wahai
ayahanda
lihatkanlah
aku
berlari
kini
melompat
tinggi
setiapnya
kerna kau tak pernah pergi
……
ah,
apa masih ingat lagi
aku
suka lari-lari?
kau
bagaikan tak peduli
ku
biar kau patah hati
……
ah,
apa masih tidak lupa
tengking
jerit sama-sama?
makan
tak mahu semeja
sahabat
lebih berharga
…..
ah,
apa mampu kau sudikan
ampun
maaf ku sujudkan?
bisa
tidak kau teruskan
ku
sesat kau tunjuk jalan?
……
ah,
apa layak aku bagi?
tak
terbalas sampai mati
kau
sungguh yang paling tinggi
istanamu
syurga nanti
…………………………………………………………………..
Sekarang
musim study weekL,
sambil
tu tercari-cari juga aku lagu-lagu yang sedap didengar
Lagu
yang sedap, bermakna (not typical lagu cinta) dan menjadi halwa telinga sambil-
sambil menelaah pelajaran yang kadang-kadang masuk kadang-kadang keluar ikut
suka hati. Hee
Mungkin
juga boleh meringankan otak yang serabut akibat terlalu memikirkan FYP yang tak
berkesudahan sampai la hujung sem 2. Hee
Bukan
masalah-masalah yang aku hadapi ni yang aku nak bagitau, tapi lagu Fynn Jamal
ni. Bermakna, inspiring sangat. Suka dan sampai dalam jiwa aku. Lagu yang
berbentuk puisi, coming from deep inside her heart, ikhlas, halus. Suka. Yang
tu yang aku dapat bagitau. Taktau nak describe macam mana. Cuba kalian dengar
sambil hayati setiap lirik yang cuba dia sampaikan.
Lepas
dengar je lagu ni teringat Abah dgn Mak kat rumah. Terus aku whatsapp abah. Tanya
khabar Abah. Nak call, tapi typical Abah dia takkan cakap lama-lama melalui
phone sebab topic sembang tak berapa nak ada kalau nak dibandingkan dengan Mak
(Kalau dengan mak boleh je berjam-jam sembang sampai habis kredit J)
dan abah lebih prefer nak mesej jugak. Kat situ la dia akan karang ayat-ayat puitis panjang dia. Kebiasaannya nasihat demi nasihat akan aku terima. Aku tak kisah. Aku senang dan gembira.
Kalau dengan Mak tak perlu difikirkan nak cakap pasal apa. Spontan je cakap, lama sangat sampai kadang-kadang terlupa sebenarnya tengah cakap melalui phone. Hehehe. Cakap pasal tengah buat apa , masak apa harini melalut sampai kemana. Hahaha. Tu la specialnya kalau cakap dengan seorang yang bernama mak. Tak perlu ada topik yang khusus. Kakcik sayang mak tau
Aku call jugak abah sebab kadang-kadang rindu nak dengar suara abah je. Sebab kebanyakannya kalau apa-apa benda aku akan contact dia melalui whatsapp je kecuali aku nak minta opinion dia ke apa barula aku akan call. Bertuah gila aku rasa bila abah call aku sebab dia kata lama xdengar suara aku..Hahaha..yang tu rare..Kakcik sayang abah tau

Suatu
hari nanti, aku harap abah akan baca each diary entry aku kat sini. “Biar” dia
tahu dia sentiasa ada dalam hati aku walau ke mana aku berada dan sejauh mana
aku pergi. Lelaki yang sentiasa ada dalam segenap hati aku. Tiada apa yang
dapat mengganti. Mak juga. Selalu dalam hati kakcik. Kalian jiwa kakcik
“Wahai
ayahanda
Berhentilah
walau sebentar
Dan
renungkan mataku yang melaut
Khabarkan
yang jujur dan ujar
Apa
menyerabut”
Siapa
yang kenal Abah,
pasti
mereka tahu abah sejenis tak banyak bercakap dan tak juga kurang bercakap.
Bukannya
abah pendiam.
Ramah,
tetapi ada masa dia banyak berfikir dan selalu nampak Abah fikir sambil menung ke luar tingkap. Jauhnya pandangan abah. Dah kemana abah fikir..
Kadang-kadang
aku selalu berfikir dan ingin tahu apakah di fikirannya.
Adakah
abah sedang memikirkan masalah? Adakah abah bimbang? Apakah yang bermain dalam
pemikiran abah?
Lama
kelamaan, aku mulai faham
Aku
kadang-kadang be like “Jauhnya abah fikir” “matangnya pemikiran abah”
Maybe,
typical Lelaki.
Selalu
berfikir dahulu, sebelum membuat apa-apa keputusan.
Itu
yang aku Nampak pada Abah.
Tapi
sekarang kakcik dah dewasa.
Yang
macam abah cakap masa birthday kakcik tahun lepas “kakcik dah dewasa dan boleh
buat dah keputusan sendiri”.
Next
year dah masuk 23 tahun dah.
Kakcik
dah boleh jadi kawan abah.
Kita
boleh share-share pendapat/masalah dah.
Kakcik
kan anak abah yang suka nangis tu.
Sampai
bila-bila pun kakcik akan nangis depan Abah je.
Bila merajuk, nangis
Bila nak balik Uni, nangis
Bila tak dapat jawab exam dgn baik, nangis (yang ni zaman matrik ja, skrg dah insaf :) )
Bila ada masalah, nangis
Bila kena marah dengan mak, nangis
sebab kakcik kan selamanya anak Abah
(Kakcik dan air mata berpisah tiada walaupun adik ada lagi 3 orang kat bawah. Benda ni takleh ubah sebab air mata ni sudah di trained dari kecik. Hahaha. Takda la gurau je)
Akan datang nanti takleh nak bayang macam mana.
Sebab hidup kakcik selama 22 tahun ni banyak benda kakcik bergantung pada Abah. Hanya Abah. Tak ada yang lain. The only one is Abah.
Kalau dah sampai masa, kakcik nak cari orang yang macam Abah.
Tak perlu melebih-lebih, cukuplah seseorang yang mengambil berat/pentingkan keluarga/pentingkan agama/suka mendidik. Yang lain-lain tu bonus la.
Sebab tak semua manusia sempurna kan. Kita manusia banyak kelemahan dan kekurangan.
Sama macam abah. Sama macam Mak. Sama macam kakcik jugak.
Perkahwinan tu bukan jalan untuk mencari kesempurnaan tetapi ianya proses sama-sama memperbaiki ketidaksempurnaan masing-masing kearah yang lebih baik.
Hmmm. Abah dgn Mak ja laa yang tolong carikan nanti. Hahaha.

Apa-apa
pun, cuba kalian hayati lirik-lirik tersebut sambil dengar lagunya.
Sangat
bermakna. Apa yang aku rasa, sama dengan lagu tu L
Takleh
nak tulis penjang-panjang lagi.
Kakcik
sayang Abah dan Mak lillahi taala.
Nak
taip lagi tapi kena stop sampai kat sini dulu sebab ada benda yang perlu
difokuskan iaitu “Final Exam” Huwaaaa.
Doakan
daku dan rakan-rakan yang lain moga dipermudahkan menjawab soalan semua ye.
Kalau
rajin, daku akan sambung lagi.
Terima
kasih sebab sudi membaca entry ku dengan ayat tunggang terbalik ni.
Moga
Allah merahmati kita semua.
Assalamualaikum
Love,
Normala Hayati
Normala Hayati
normalahayatinanyan.blogspot.my
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
26/12/2017; 2:43 PM
Comments
Post a Comment