SAMA



PUISI KECIL 1 : DEDIKASI BUAT ABAH

SAMA

Kata mereka,
kita sama,
aku tersenyum bangga,
berdiri,
memanggilmu ABAH.
Takkan jemu.

Cukup bahagia,
walau cuma memiliki gaya,
adapun warna kulitmu.
Alangkah lebih bahagia,
Jika aku punya santunmu,
baikmu.

Mungkin dimata mereka,
kau kurang,
dimataku,
kau anugerah sempurna,
hadiah dari Tuhan.

Tulusnya kasih mu,
Tika aku terleka,
kau ada, menegurku,
tegas sebagai bapa.
Tika aku gagal,
kau setia disisi sebagai bapa,
menyapa,
menyeka pipi,
menitipkan semangat,
Mengembalikan senyuman,
yang hilang.

Masih jelas dan segar,
setiap bait-bait yang kau titipkan,
kiriman surat yang penuh makna,
puitis indah kata-katamu,
penuh hikmat,
ditaip dan dikirim,
masih ada,
ku kumpul, simpan kemas-kemas,
ku bawa bersama jiwa mu,
kemana sahaja kaki ini melangkah.

Ku akui tiada apa yang kekal,
kau juga pinjaman Tuhan,
aku akur,
dan,
aku juga takut ,
kerana belum benar-benar bersedia,
untuk melepaskan.
Kau segalanya,
tulang belakang,
jiwa kami.

Akan ku khabarkan kepada Tuhan,
bahawa kau telah lakukan
yang terbaik
akan ku titipkan doa buatmu
Sentiasa.
Terima kasih Tuhan atas kiriman ini.


Kata mereka,
kita sama.
Ya, masih sama,
dan akan kekal sama,
kasih ini
Syurgaku.

N. M. H. N






Comments

Popular posts from this blog

Bangun saat kau Rebah dan tak mampu berdiri

cara kak nik nur madihah belajar !

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

KELEBIHAN SURAH AS SAJDAH