Allah sebaik-baik perancang! ^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Hai hai kepada newcomer yang mungkin tiba-tiba terjumpa/terbaca blog saya atau yang dah lama mengikuti saya.

Lama dah kan saya tak update apa-apa. Berhabuk gila (jangan guna bahasa ni, ni bukan bahasa BM ok and tak sesuai nak buat karangan :P) blog sebab lama tak bukak. Lepas tu, design blog lama sangat tak tukar. Bila tengok balik dah tak menarik. Nantila saya tukar. Nak buat pembaharuan sikit. Tengok macam mana tahap kerajinan nanti.

Masa tu ada tapi ilham untuk menulis tu tak berapa nak datang. Ni la ilham ada datang sikit, so saya curi-curi masa untuk menulis. Berapa lama dah tak menulis dalam blog. Zaman kerajinan menulis blog masa sekolah menengah dah berlalu. Bila baca balik nak tergelak pun ada. Tapi takpe, itu semua kenangan dan pengalaman saya berjinak-jinak dalam penulisan (ada je penulisan lain yang saya dah buat tapi malu nak publish kat sini sebab kita tak pandai/ tak expert sangat nak menulis. Hehehe)

Okayy. Habis dah cerita pasal blog. Hehe.

Sekarang, saya dah tahun 4. Lagi satu sem je berbaki. Sayang tu memang sayang. Sayang nak tinggal USM yang kira-kira dah jadi rumah kedua saya sepanjang 4 tahun ni.

Saya sayang USM dan rasa tak nak tinggalkan tempat ni. Nak belajar lagi. Tak puas. Kejap je masa berlalu. Tapi bila fikir balik, takkan la sampai bila-bila nak bertapa kat sini.

At this moment, saya baru je lepas siapkan research proposal dan baru sangat je present. Perasaan lega tu hanya Allah saja yg tahu. Bukanlah kerja senang nak siap kan sebuah proposal. Berhempas pulas memikir sorang-sorang :( Tapi nak kata lega tu, tak boleh jugak sebab nya saya kena tunggu correction dulu. Lepas tu baru boleh proceed. Nanti kalau turn korang nanti. Buat la elok-elok ye. Doakan saya dapat siapkan dengan baik dan on time.


Image result for motivational quotes for students




Lepas ni haluan ke mana pula?
Kalau orang tanya saya. Saya pun tak tahu nak bagi jawapan. Saya tak ada jawapan untuk soalan tu. Itu semua rahsia Allah. Kita hanya mampu merancang, tapi jangan kita lupa Allah adalah sebaik-baik perancang. Apa pulak rancangan saya?

Hmmm..

Abah nak sangat saya sambung Master. Dia sangat insist dan sangat menyokong. Impian abah sama dengan impian saya. Sama. Tak kurang langsung. Setiap kali balik rumah, tak pernah lupa bagi nasihat pada saya supaya sambung belajar. Dan setiap kali tu juga lah saya akan dengar dan berfikir. Sebenarnya kalau abah tak cakap pun otak saya ni sentiasa berfikir perkara tu. Kalau duduk saja tu tak pernah tak fikir.

Tapi yang macam saya cakap. Kita hanya mampu merancang kan.
Mungkin rezeki kerja datang dulu. Kemudian baru sambung belajar pulak ke? Mungkin kerja sambil study ke? Mungkin further study overseas ke? (Tak salahkan pasang impian. Hahaha) dan mungkin kah berkahwin dulu. Mungkin kah?

Haaaa, bab kahwin ni kalau boleh nak hold on dulu. Buat masa ni, perkataan “kahwin” tak ada dalam wishlist saya dalam beberapa tahun ni. Sekarang ni saya nak focus 100 % pada Mak dan Abah dulu In Shaa Allah.
Buat masa ni, they are my only priority. Banyak tugas saya yang belum selesai. Lepas selesai semuanya baru la saya nak fikir diri dan kehidupan saya. This is only a plan but who knows,J Allah plan is better than mine kan kan kann.
I wish to be a lecturer actually as I love academic so so so much. Saya suka sangat sangat mengajar dan kalau jadi cikgu/pensyarah ni boleh jadi pendidik yang tegasssss yet penyayang..Wekk (dengan nada sekali.. Hahaha)

Nak jadi pensyarah pun kena la ada ilmuuuuuu. Sebab tu kena belajar berterusan. In shaa Allah. Kalau ada usaha, pasti Allah tunjuk jalan kannnn.
Kalian pun mesti ada target kan dalam hidup. I am sure semua orang ada target masing-masing. Saya juga mendoakankan agar semua urusan kalian dipermudahkan. Apa yang dapat saya katakan adalah jika kalian mahukan sesuatu, berusahalah (yang ni perkara wajibb) lepas tu bertawakal lah pada yang Esa. In Shaa Allah, semuaaa nya dipermudahkan.


“Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves”


Baiklah, sampai disini dulu.. Kalau ada kelapangan, saya akan menulis lagi.

Love,
Normala Hayati

normalahayatinanyan.blogspot.my
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
3/11/2017; 9:03 PM


Comments

Popular posts from this blog

Bangun saat kau Rebah dan tak mampu berdiri

cara kak nik nur madihah belajar !

Ujian itu Hadiah daripada Allah! Setiap ujian ada hikmah di sebaliknya ^^

KELEBIHAN SURAH AS SAJDAH