Allah sebaik-baik perancang! ^_^
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera semua.
Hai
hai kepada newcomer yang mungkin
tiba-tiba terjumpa/terbaca blog saya atau yang dah lama mengikuti saya.
Lama
dah kan saya tak update apa-apa. Berhabuk gila (jangan guna bahasa ni, ni bukan
bahasa BM ok and tak sesuai nak buat karangan :P) blog sebab lama tak bukak.
Lepas tu, design blog lama sangat tak tukar. Bila tengok balik dah tak menarik.
Nantila saya tukar. Nak buat pembaharuan sikit. Tengok macam mana tahap
kerajinan nanti.
Masa
tu ada tapi ilham untuk menulis tu tak berapa nak datang. Ni la ilham ada
datang sikit, so saya curi-curi masa untuk menulis. Berapa lama dah tak menulis
dalam blog. Zaman kerajinan menulis blog masa sekolah menengah dah berlalu. Bila
baca balik nak tergelak pun ada. Tapi takpe, itu semua kenangan dan pengalaman
saya berjinak-jinak dalam penulisan (ada je penulisan lain yang saya dah buat tapi malu nak publish kat sini sebab kita tak pandai/ tak expert sangat nak menulis. Hehehe)
Okayy.
Habis dah cerita pasal blog. Hehe.
Sekarang,
saya dah tahun 4. Lagi satu sem je berbaki. Sayang tu memang sayang. Sayang nak
tinggal USM yang kira-kira dah jadi rumah kedua saya sepanjang 4 tahun ni.
Saya
sayang USM dan rasa tak nak tinggalkan tempat ni. Nak belajar lagi. Tak puas. Kejap
je masa berlalu. Tapi bila fikir balik, takkan la sampai bila-bila nak bertapa kat sini.
At
this moment, saya baru je lepas siapkan research
proposal dan baru sangat je present.
Perasaan lega tu hanya Allah saja yg tahu. Bukanlah kerja senang nak siap kan sebuah
proposal. Berhempas pulas memikir sorang-sorang :( Tapi nak kata lega tu, tak boleh jugak sebab nya saya kena
tunggu correction dulu. Lepas tu baru
boleh proceed. Nanti kalau turn
korang nanti. Buat la elok-elok ye. Doakan saya dapat siapkan dengan baik dan on time.
Lepas ni haluan ke mana pula?
Kalau
orang tanya saya. Saya pun tak tahu nak bagi jawapan. Saya tak ada jawapan
untuk soalan tu. Itu semua rahsia Allah. Kita hanya mampu merancang, tapi
jangan kita lupa Allah adalah sebaik-baik perancang. Apa pulak rancangan saya?
Hmmm..
Abah
nak sangat saya sambung Master. Dia sangat insist dan sangat menyokong. Impian
abah sama dengan impian saya. Sama. Tak kurang langsung. Setiap kali balik
rumah, tak pernah lupa bagi nasihat pada saya supaya sambung belajar. Dan
setiap kali tu juga lah saya akan dengar dan berfikir. Sebenarnya kalau abah
tak cakap pun otak saya ni sentiasa berfikir perkara tu. Kalau duduk saja tu
tak pernah tak fikir.
Tapi
yang macam saya cakap. Kita hanya mampu merancang kan.
Mungkin
rezeki kerja datang dulu. Kemudian baru sambung belajar pulak ke? Mungkin kerja
sambil study ke? Mungkin further study
overseas ke? (Tak salahkan pasang
impian. Hahaha) dan mungkin kah berkahwin dulu. Mungkin kah?
Haaaa,
bab kahwin ni kalau boleh nak hold on
dulu. Buat masa ni, perkataan “kahwin” tak ada dalam wishlist saya dalam beberapa tahun ni. Sekarang ni saya nak focus 100 % pada Mak dan Abah dulu In
Shaa Allah.
Buat
masa ni, they are my only priority.
Banyak tugas saya yang belum selesai. Lepas selesai semuanya baru la saya nak fikir
diri dan kehidupan saya. This is only a
plan but who knows,J Allah
plan is better than mine kan kan kann.
I wish to be a lecturer actually as
I love academic so so so much. Saya suka sangat
sangat mengajar dan kalau jadi cikgu/pensyarah ni boleh jadi pendidik yang tegasssss yet penyayang..Wekk (dengan nada sekali.. Hahaha)
Nak
jadi pensyarah pun kena la ada ilmuuuuuu. Sebab tu kena belajar berterusan. In
shaa Allah. Kalau ada usaha, pasti Allah tunjuk jalan kannnn.
Kalian
pun mesti ada target kan dalam hidup. I am
sure semua orang ada target masing-masing. Saya juga mendoakankan agar
semua urusan kalian dipermudahkan. Apa yang dapat saya katakan adalah jika kalian
mahukan sesuatu, berusahalah (yang ni perkara wajibb) lepas tu bertawakal lah
pada yang Esa. In Shaa Allah, semuaaa nya dipermudahkan.
“Allah
will not change the condition of a people until they change what is in
themselves”
Baiklah,
sampai disini dulu.. Kalau ada kelapangan, saya akan menulis lagi.
Love,
Normala Hayati
Love,
Normala Hayati
normalahayatinanyan.blogspot.my
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
3/11/2017; 9:03 PM
Comments
Post a Comment