Skip to main content

Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.

Doaku sentiasa ada dan takkan putus buat kalian. Terima kasih melahirkan dan membesarkan ku.

Pada saat aku menulis ini, aku sebenarnya rindu sangat pada Abah dan Mak di Kampung.
Lama tak berjumpa, rindu nak makan masakan mak, rindu nak berborak panjang dengan Abah, rindu nak masak sama-sama, rindu yang bermacam.

Doaku agar ALLAH sentiasa memelihara kalian, menjaga kalian, mengurniakan kebahagiaan, menghilangkan kedukaan pada diri kalian. Doaku sentiasa ada dan takkan pernah putus buat kalian. Kerana kalian lah aku hidup pada hari ini. Kerana kalian lah aku berdiri teguh di Bumi ini. Syukur pada Allah. Terima kasih pada Abah dan Mak.

Syukur pada Allah kerana mengurniakan aku  Insan yang bernama Abah dan Mak. Sesungguhnya aku seorang yang bertuah! Kita semua sangat bertuah kerana kita mempunyai Mak Ayah. Cuba kalian bayangkan kalau hidup kita tanpa mereka. Seorang diri. Tiada siapa yang membimbing. Tiada siapa yang menjaga mahupun mendidik. Pasti kucar kacir kan.


Image result for parenting quotes inspirational

Sayang perlu ditunjuk, bukan untuk dipendam, bukan untuk disimpan

Aku dulu selalu malu nak luahkan rasa sayang/cinta/ rindu pada Abah dan Mak.
Yalah, pada masa tu bagi aku sesuatu yang agak besar untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Malu, segan, ego. Dahlah selalu buat salah pada mereka. Semua perasaan ni bercampur.

Tapi, aku mulai sedar. Sampai bila nak simpan perasaan ini tanpa luahkan. Mereka tahu kita sayangkan mereka tapi tak salah jugakan kalau kita sendiri menyatakan bahawa kita sayangkan mereka. Dan aku juga sedar, mereka semakin tua. Sementara mereka masih ada, mereka patut tahu perasaan kita. Semasa kita sibuk dengan aktiviti harian kita sendiri, adakah kita masih peduli, adakah kita masih ingat mereka, adakah kita masih sayang pada mereka. Ini sebenarnya yang bermain di fikiran mereka.

“Along/Angah/Acik dan adik-adik…Sayang sangat pada Abah & Mak”. Ungkapan ini yang selalu aku nak ungkapkan. Biar mereka tahu kita anak-anak sayang pada mereka walau sesibuk mana pun kita.

Aku ada satu quote yang aku sukaaa sangat. Kata-kata ni sebenarnya aku dapat melalui drama  kekeluargaan dekat tv dan ayat ni memang menarik bagi aku. Dah lama dah sebenarnya aku tengok cerita ni. 6 tahun yang lalu tapi, entah kenapa ayat ni memang betul-betul buat aku mendalami apa yang cuba disampaikan. Terima kasih kepada insan yang menulis skrip ni. The whole scene dalam drama memang  ada mesej. Awak dah berjaya memberi inspirasi kepada orang lain. Moga amal yang dilakukan mengalirkan pahala-pahala yang tiada henti buat dirimu.

“Kalau sayang tak payahlah marah-marah. Kalau rindu tak payahlah benci-benci. Luahkan saja. Supaya tak ada yang merana”

Aku banyak belajar daripada kata-kata ni. Ayat ni selalu buat aku nak menghargai Abah dan Mak. Ayat ini terlalu mendalam bagi aku. Ayat ni membuatkan aku rasa cinta aku pada kalian berdua masih belum cukup aku penuhkan. Masih banyak ketidaksempurnaan aku, aku kadang-kadang tak memenuhi cintaku pada kalian sebagaimana kalian mencintai aku. Tak dapat ku bayangkan hidupku tanpa kalian kelak.

Ya Allah, ampunkan aku dan keluargaku. Pertemukan kami di syurga kelak.

Anak-anakmu akan sentiasa Ada untukmu. Kalian tidak akan berkeseorangan.

Kalau sayang katakan sayang. Kalau rindu luahkan rindu.

Alhamdulillah. Aku sentiasa diberi peluang untuk mengucapkan sayang/rindu kepada Abah dan Mak. Mula-mula rasa malu, tetapi lama kelamaan dah menjadi kebiasaan. Aku bersyukur.

Sayang bukan hanya diungkapkan dengan perkataan tetapi juga perbuatan. Perbuatan sebenarnya pembuktian kepada perkataan atau pengucapan kita. Kedua-duanya sama penting.

Aku, kalau dengan Mak lebih prefer ucap sayang secara lisan. Cakap berdepan. Berbual. Sebab mak adalah orang yang kita akan cerita semua benda pada dia. Takkan ada yang berselindung. Sebab tu aku selesa kalau bercakap dengan mak. Tanpa perlu rasa malu.

Lain pula dengan Abah. Aku sebenarnya agak rapat dengan abah. Semua benda aku akan bagitahu abah. Minta pendapat Abah. Aku selalu berborak panjang dengan Abah. Berborak pasal masa depan aku. Berborak pasal pelajaran. Berborak pasal kebun Abah, Berborak pasal perancangan Abah. Bertukar-tukar pendapat. Macam-macam lah. Perbincangan aku dengan abah selalu ja panjang kadang-kadang sampai larut malam. Sampaikan abah cakap “Dah la, pukul berapa dah ni. Esok sambung pulak”. Hahaha. Rinduuunya.

Okay. Kalau bab ungkapkan sayang. Abah lebih prefer ucap melalui mesej/whatsapp. Bukan berdepan macam mak. Abah punya bahasa aku memang kagum. Tajam dan tepat. Mesti selalu dapat A waktu sekolah/universiti dulu. Kan kan kan. Nanti kalau aku ada kesempatan aku ceritakan (bahasa) mesej yang abah selalu gunakan. Memang lebih tajam daripada pedang. Menusuk kalbu. Hehehe.

Masa abah kerja dekat Kuantan pun abah selalu Email aku. Selalu update pada aku apa-apa benda melalui Email. Aku selalu tunggu Email dia. Happy betul masa tu. Sampai sekarang email tu masih ada. Penulisan sebenarnya kadang-kadang lebih tajam daripada perkataan yang diluahkan secara lisan.

Even masa birthday aku pun abah tak nak ucap kat aku secara berdepan. Dia lebih memilih nak mesej jugak dan siap attach gambar lagi. Karangan dia Masha Allah memang agak panjang dan aku tak pernah padam. Yang paling rare sekali yang abah pernah buat masa aku nak SPM. Abah hantar surat penuh satu muka surat pada aku untuk bagi kata-kata semangat, harapan, tips-tips menghadapi peperiksaan dan segala macam tips lah. Surat tu jauh datang dari Pahang, ditaip, berstem dan dihantar oleh Posmen. Tahap gembira tu hanya Allah sahaja yang tahu terima surat sendiri dari Pakcik Posmen. Surat tu masih ada aku simpan. Terharu sangat masa tu. Yalah, zaman 2012 mana ada orang hantar surat yang tak formal dah. Kiranya kiriman surat pertama pada aku lah. Ala-ala surat dari sahabat pena. Hehehe.Itu semua memori bagi aku. Banyak aku belajar dari abah. Mungkin aku suka menulis turun daripada Abah kut. Hehehe.

Bulan lepas Birthday Abah. Aku memang grab peluang yang ada ni untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni. Dan waktu ni aku ada sebab lebih sikit untuk aku karang ayat cinta yang panjang pada dia. Kalian pun boleh guna taktik ni kalau nak. Hehehe.

“Selamat hari lahir Abah. Semoga Allah panjangkan umur abah dalam keberkatan. Murahkan rezeki abah. Bahagiakan abah dunia dan akhirat. Moga Allah pertemukan dan himpunkan keluarga kita di akhirat kelak. Terima kasih mendidik kakcik dan adik2, along dan angah. Susah payah abah dan mak besarkan kami 6 beradik takkan kakcik lupakan sampai bila2. Abah dan mak sentiasa cukupkan kami. Semua pengorbanan abah dan mak semuanya kakcik nampak dan kakcik harap kakcik dapat balas semuanya kelak. Usaha abah berikan kakcik pelajaran dan sentiasa ingatkan kakcik tentang pentingnya pelajaran takkan kakcik lupakan. Kakcik bersyukur sebab ada Abah dan Mak dalam hidup kakcik. Sekali lagi, moga Abah berbahagia di hari ulang tahun kelahiran abah yang ke-54. Along, angah, kakcik, umi, abang, & man semua sayang Abah.❤❤👧🏻👧🏻👨👩👦👦👧🏻👧🏻❤”

Bila mana Abah balas whatsapp tu. Aku menitis air mata kerana aku terharu. Baru aku sedar perasaan sayang itu  perlu diungkapkan dan bukan untuk dipendam. Itu yang aku belajar.

Assalamualaikum. Abah ucapkan berbanyak terima kasih pada semua anak2 dan isteri abah atas ucapan dan doa menjelang tarikh ulang tahun kelahiran abah. Kita sama2 berdoa agar hidup kita semua mendapat berkat. Amin...Abah sayang kamu semua.”

Waktu aku whatsapp tu memang seikhlas hati aku luahkan. Tiada yang berselindung. Aku Cuma mahu dia tahu. Dia takkan pernah keseorangan. Kami akan sentiasa disisi nya di masa susah atau senang.

Apabila kalian berasa tidak tenteram, berdepan dengan masalah atau ujian. Berbaliklah pada hubungan kita dengan Mak Ayah kita. Mintalah pada mereka agar doakan kita supaya Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini dan yang akan datang. In shaa Allah, doa mereka yang mengiringi akan memudahkan perjalanan kita. Dengan Izin Allah.

Setakat ini dahulu penulisan saya, kalau ada kelapangan dan kerajinan, Hehehe, In shaa Allah saya akan menulis lagi. Penulisan ini hanyalah luahan ikhlas hati saya sendiri dengan harapan sedikit sebanyak boleh mengisnpirasikan kalian. Saya gembira dapat kongsikan sesuatu dengan kalian. Kita sama-sama belajar. Walau tak banyak, moga ia bermanfaat buat hidup kita. Terima kasih kerana sudi membaca.

"IbuBapa adalah sekolah pertama kita didunia" - In love with this quote

Love,
Normala Hayati

normalahayatinanyan.blogspot.my
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
1/12/2017; 4:20 pm


Comments

Popular posts from this blog

cara kak nik nur madihah belajar !

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa. Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah bersama wartawan-wartawan ISMA (Muadz Mohammed Zain, Norzafry Norhalim dan Mohd Rusman Arief A Rahman) yang berkesempatan mendengar sendiri rahsia-rahsia di sebalik kejayaan luar biasa beliau. (W – Wartawan ISMA, M – Nik Nur Madihah) [W] Boleh saudari ceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri, keluarga dan pendidikan? [M] Pertama sekali, terima kasih kepada pihak ISMA kerana sudi mengunjung…

Bersabar lah wahai adikku.. Kuat dan cekalkanlah hatimu~

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
apa khabar semuanya..diharapkan semuanya sihat-sihat blako..
aku..alhamdulillah..masih meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar..
menuntut ilmu dan mengaut nya sebanyak yang mungkin..
semampu yang boleh..
ilmu takkan pernah habis dipelajari kerana ilmu amat luas ..
tak terhitung nilainya..
diharapkkan kamu semua juga ..jangan pernah jemu untuk mempelajari..
ilmu dunia dan juga ilmu akhirat..
jangan pernah putus asa yaa..
Pesanan ini juga buat diriku yang sering alpa ..
yang sering lalai..
yang sering leka..
kita sama-sama bangkit dan cuba untuk bergerak dan berjalan tanpa henti menuju kejayaan..
teringat pada kata-kata akak mas( kakak usrah ku) sewaktu kami berbual-bual..
katanya" kalau kita hanya mengejar dunia, maka kita hanya akan mendapat dunia sahaja..tetapi jika kita mengejar akhirat maka kita akan mendapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat"..
aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya..
sesungguhnya memang ada kebenarannya..
aku be…

Allah sebaik-baik perancang! ^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hai hai kepada newcomer yang mungkin tiba-tiba terjumpa/terbaca blog saya atau yang dah lama mengikuti saya.

Lama dah kan saya tak update apa-apa. Berhabuk gila (jangan guna bahasa ni, ni bukan bahasa BM ok and tak sesuai nak buat karangan :P) blog sebab lama tak bukak. Lepas tu, design blog lama sangat tak tukar. Bila tengok balik dah tak menarik. Nantila saya tukar. Nak buat pembaharuan sikit. Tengok macam mana tahap kerajinan nanti.

Masa tu ada tapi ilham untuk menulis tu tak berapa nak datang. Ni la ilham ada datang sikit, so saya curi-curi masa untuk menulis. Berapa lama dah tak menulis dalam blog. Zaman kerajinan menulis blog masa sekolah menengah dah berlalu. Bila baca balik nak tergelak pun ada. Tapi takpe, itu semua kenangan dan pengalaman saya berjinak-jinak dalam penulisan (ada je penulisan lain yang saya dah buat tapi malu nak publish kat sini sebab kita tak pandai/ tak expert sangat nak menulis. Hehehe)

Okayy. Habis dah cerita pasa…