Posts

HIJRAH !

Image
hijrah... aku ingin berhijrah ke jalanmu.... ya ALLAH... bantulah dalam penghijrahanku... aku ingin menjadikan hidupku lebih baik daripada tahun sebelumnya... itu tekadku... tabahkan lah hatiku ya ALLAH... aku ingin mendekatkan diriku padamu ya ALLAH... aku sedar ya ALLAH... aku hanyalah insan kerdil.. yang sering melakukan kesilapan... terlalu banyak dosa yang aku lakukan... tanpaku sedari... kau ampunkan lah segala salah silapku... kepadaMu.. kepada abah dan mak.. kepada keluargaku... kepada sahabatku... kepada semua yang berada di sekelilingku... ya ALLAH kadang-kadang ... aku malu padamu... malu pada orang sekelilingku... atas kekhilafanku... aku tahu ENGKAU maha pengampun... terimalah aku ya ALLAH... hambamu yang jahil... aku ... ingin kembali padamu ... dalam keredhaanmu... ya ALLAH kurniakan aku penghijrahan dalam redhaMu... aku ingin sekali menjadi penghuni syurgamu... bersama keluarga ku... bersatu , serta jauh dari nerakaMu yang amat dasya...

PENAWAR JIWA

Image
Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan walaa aqwaa ‘alannaaril jahimi fahabli taubatan waghfir dzunuubi fa innaka ghoofiruddzambil ‘adziimi Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh tuhan ku Wahai tuhan selamatkan kami ini Dari segala kejahatan dan kecelakaan Kami takut kami harap kepada mu Suburkanlah cinta kami kepada Mu Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu

MUHASABAH MAAL HIJRAH

Di awal tahun baru hijrah, Ku sujud menghambakan diri pada-Mu, Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu, Kotornya diri dengan maksiat dan noda, Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia, Lalainya diri dari mengingati-Nya, Astaghfirullahal 'adzim.... Banyaknya kekurangan diri, Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah. Aku sedar, Jiwa yang tandus taqwa, Terdorong lakukan apa sahaja, Sanggup menentang arus kehendak Ilahi, Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri, Maka, pabila dosa telah larut, Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri, Itulah fitrah sang pendosa, Yang leka dari pencipta-Nya. Namun, bila iman hadir di jiwa, Mata hati mula bekerja, Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan, Asyik sibuk untuk dunia, Hinggakan solat sering kutunda, Al-Quran pun malas dibaca, Lidahku kotor dengan kata-kata dusta, Mata ini tak kujaga dari perkara dosa, Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya, Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha. Ya Allah, Jauh sekali diriku dengan peribadi keka...

HIJRAH SEBELUM TERLAMBAT*

Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumit pun ku rasakan perasaan seindah ini. Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hamba-Mu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merindui-Mu. Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepada-Mu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah. Syukur pada-Mu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cinta-Mu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandangan-Mu. Betapa dosaku luas meliputi ruang langit dan bumi. Kosongnya amalanku ini untukku persembahkan kepada-Mu nanti. Terlalu banyak sifat mazmumah dalam diriku sehinggakan tidak mampu ku perhitungkan lagi. Kerasnya hatiku sehingga hidayah-Mu sukar untukku menerimanya. Ku tahu tiada nilaianku di s...

ABAH !

Image
HADIAH BUAT ABAH* cawan ni kuhadiahkan khusus buat abah..~untuk hari lahir abah~ abah terharu.... itu yang membuatkan aku hampir mengalirkan air mata... aku sebak dengan kata-kata abah... "la,ni hadiah untuk abah?buat susah-susah ja...mesti mahal ni....." *"takdalah abah,murah jaa..ni semua dari anak-anak abah...bacalah kad tu... Kata-kata inilah yang membuatkan aku gembira... Aku teringat lagi  petang sebelum abah balik pahang.... "abah,bawak balik tau cawan tu...." *"abah ingat nak tinggal cawan tu..abah simpan dalam almari...sayang nak guna... "laa....abah bawak la balik...gunalah cawan tu..abah boleh minum guna cawan tu... *ok,nanti abah letak dalam beg siap-siap... terharu aku.......................... petang tu aku sengaja bawak keluar cawan tu dalam almari dan letak atas meja dalam bilik abah dan mak.... aku saja uji abah lupa ke tak bawak balik pahang... bila aku tengok balik... cawan tu tinggal sebiji atas meja... rupany...

KELEBIHAN SURAH AS SAJDAH

Image
SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam. Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak. Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini. 1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk. 2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur. 3. Mendap...

KAIFIAT SURAH AL MULK

Image
Kelebihan  Surah  Al Mulk Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik. “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan  tidur  melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah  Al Mulk .” Di antara kelebihan Surah ini ialah: 1. Surah ini akan menjadi  penyelamat. 2. P enegah  pembacanya dari  seksa kubur. 3. Berada di bawah  naungan  sayap  malaikat  (mendapat rahmat Allah). 4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik). 5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik. Menyelamatkan daripada seksa kubur Di dalam kubur orang yang telah mati para  malaikat azab  datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata;  “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana ora...