Posts

YA ALLAH !

Image
ya ALLAH ... tetapkanlah hatiku pada Mu... aku selalu lalai dalam mengingatiMu... ya ALLAH.. ampuni aku... aku resah ya ALLAH... aku takut ya ALLAH... aku tidak mahu berpaling dari Mu... YA ALLAH... kadang-kadang sedikit dugaanMu membuatkan aku lemah... kuatkan aku ya ALLAH.... bantulah aku ya ALLAH aku hambaMu yang lemah ... dan penuh dengan dosa... ya ALLAH.. tetapkanlah imanku agar tetap taat kepadaMu.. insafkanlah aku ya ALLAH... kadang-kadang aku hilang arah.. aku tahu ..ENGKAU selalu disisiku... ya ALLAH betapa aku mencintaiMu... aku takut ya ALLAH jika KAU tidak redha dengan kehidupanku.... ampunkan dosa ku... ya ALLAH.. jika aku mati hari ini.. aku ingin mati dalam keredhaanMu ya ALLAH... aku ingin mati syahid dijalanMu ya ALLAH... tidak dapatku bayangkan hidupku tanpaMu ya ALLAH... aku sentiasa memerlukanMu disisiku amat..amat...amat memerlukan... YA ALLAH TERIMALAH AKU... REDHAILAH KEHIDUPANKU... RAHMATILAH KEHIDUPANKU...

TAUBAT !

wahai tuhan jauh sudah lelah kaki melangkah aku hilang tanpa arah rindu hati sinarmu wahai tuhan aku lemah hilang terumur noda hapuskanlah terangilah jiwa di hitam jalanku ampunkanlah aku terimalah taubatku sesungguhnya engkau  sang maha pengampun dosa Ya robbi, ijinkanlah  aku kembali padamu meski mungkin takkan sempurna aku sebagai hambamu ampunkanlah aku terimalah taubatku sesungguhnya engkau  sang maha pengampun dosa berilkanlah aku kesempaatn waktu aku ingin kembali kembali... dan meski aku tak layak sujud padamu dan sungguh tak layak aku...

KEHEBATAN MUSLIMAH & MUKMINAH !

Image
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya." (Riwayat Muslim) Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka." Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?" Rasulullah S.A.W bersabda: "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? "Rasulullah s.a.w bersabda: "Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama...

HALAWATUL IMAN !

Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang. Maha Pencipta, Maha Pengampun. Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat. Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat. Dialah al-Wadud, Yang Maha Mencintai. Katakanlah, ku cinta Dia. Mengapa Kita Mencintai Allah S.W.T? 1. Sebagai bukti bahawa kita adalah hamba yang  bersyukur وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Nahlu 16: Ayat 78) Alhamdulillah. Kita boleh mendengar. Tetapi ada insan yang dilahirkan pekak sekaligus bisu. Kita boleh melihat. Ada insan yang dilahirkan tidak mampu melihat. Ada yang kehilangan penglihatannya. Kita boleh berfikir secara waras. Ada insan yang perkembangan akalnya terban...

AL QURAN SEBAGAI PEMBELA !

Image
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian di...

KISAH NERAKA JAHANAM !

Image
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah as...

HIJRAH !

Image
hijrah... aku ingin berhijrah ke jalanmu.... ya ALLAH... bantulah dalam penghijrahanku... aku ingin menjadikan hidupku lebih baik daripada tahun sebelumnya... itu tekadku... tabahkan lah hatiku ya ALLAH... aku ingin mendekatkan diriku padamu ya ALLAH... aku sedar ya ALLAH... aku hanyalah insan kerdil.. yang sering melakukan kesilapan... terlalu banyak dosa yang aku lakukan... tanpaku sedari... kau ampunkan lah segala salah silapku... kepadaMu.. kepada abah dan mak.. kepada keluargaku... kepada sahabatku... kepada semua yang berada di sekelilingku... ya ALLAH kadang-kadang ... aku malu padamu... malu pada orang sekelilingku... atas kekhilafanku... aku tahu ENGKAU maha pengampun... terimalah aku ya ALLAH... hambamu yang jahil... aku ... ingin kembali padamu ... dalam keredhaanmu... ya ALLAH kurniakan aku penghijrahan dalam redhaMu... aku ingin sekali menjadi penghuni syurgamu... bersama keluarga ku... bersatu , serta jauh dari nerakaMu yang amat dasya...