END OF DEGREE LIFE ^^
Alhamdulillah, syukur
pada Allah. Dapat juga aku menamatkan pelajaran aku.
Ya, selamat empat tahun
merantau di tempat kiranya asing bagi aku.
Dan aku survive.
Kebanyakannya, bila tamat. Orang akan tanya, “best tak habis” “Lega tak”
Aku kurang pasti dengan
setiap jawapan yang aku berikan. Sebab selama ni, hidup aku dan aku membesar
dengan asuhan abah untuk belajar dan belajar (I mean aku, buku, peperiksaan,
area belajar, environment pembelajaran, guru, pensyarah adalah benda yang tak
pernah berpisah dengan aku dan aku suka semua yang aku buat). Jadi, aku masih
belum dapat adapt dengan perpisahan aku dengan semua ni. Dramatis la pulak ayat
ni. Tapi, ni la yang aku rasa since aku tak ahu nak buat proper ayat bagi
menggambarkan perasaan aku masa ni. Hehehe (Hampa yang sama perasaan macam aku
mungkin dapat faham dengan apa yang aku cuba nak sampaikan ni)
Convocation bulan 10 ni
dan aku masih mencari part time job. Almaklumlah, takkan nak jadi penganggur
bertauliah pulak kan. Tak biasa pulak duduk saja dekat rumah. Aku fikir kena
cari duit sendiri jugak. Kalau dulu takpe la sebab belajar, bila cuti duduk
rumah goyang kaki. Bila dah tamat belajar ni, kena ada kesedaran la cari duit
sendiri, sedikit sebanyak boleh la tolong Abah & Mak yang mana patut.
Doakan lah aku, Moga Allah mudahkan urusan aku dan kawan kawan aku yang
lain mencari kerja Buat masa sekarang
aku tak kisah kerja apa pun. Asalkan aku tak duduk saja. Hehehe.
Adik aku sorang lagi
masih belajar jugak. Dekat UMK. Alhamdulillah, dah nak masuk tahun empat dah.
Dia balik cuti kali ni, busy jugak la dengan FYP dia. Project dia Lab based so
aku dapat imagine macam mana. Serabutnya memikir FYP ni aku tahu sebab dah
pernah rasa hahaha. Somehow, aku rasa cemburu dengan kesibukan dia. Ya, mungkin
aku rindu akan kesibukan aku masa belajar. Aku suka dan enjoy dengan kesibukan
aku. Its not that aku ni workaholic or what. It just aku enjoy dengan apa yang
aku buat. I love the environment huhuhu.
Aku pernah cerita dekat
abah. Tentang macam mana aku suka nya apa yang aku buat dan sayangkan apa yang
aku buat. Abah cakap, itu bermaksud aku sayangkan suasaana belajar, academic,
teaching, learning dan seumpama dengan nya. Abah memang galakkan aku sambung
belajar lagi. Master. Ya, aku tak pernah menidakkan penyataan Abah. Malah aku
menggangguk tanda setuju. Itulah impian aku selama ni untuk terus mengejar cita
cita aku sejauh yang mungkin. Abah kata tak payah fikir fikir lagi. Teruskan
sahaja. Aku perlu berfikir secara dewasa kali ini. In Shaa Allah, ada rezeki
takkan kemana kan.
Sesambil google cari
kerja, saja-saja aku cari scholarship untuk buat Master. Korang doakanlah aku.
Manatahu ada rezeki kan.
Yang penting, sepanjang
pencarian aku mencari kerja ni. Aku belajar banyak benda.
Pertama, banyak perkara
aku kena buat keputusan untuk diri aku sendiri. Perasaan dia tu lain sikit dari
sebelum ni. Aku mesti fikir untuk haluan hidup aku sendiri. Orang sekeliling
hanya mampu menyokong. Aku mesti bertanggungjawab dengan diri aku.
Kedua, kejayaan takkan
datang bergolek. Semuanya kena sertakan dengan usaha yang keras. Teori yang
sama yang patut diaplikasikan semasa belajar. Buat masa sekarang (untuk Master
nanti jugaaa aminnn), aku guna benda ni untuk cari kerja. Contohnya, takkan
la,bangun bangun tidur je, kerja datang sendiri tanpa dipohon atau berpusu-pusu
dia datang tanpa dipinta.
Ketiga, berdoa. Aku masih
banyak kena belajar pasal benda ni. Banyak lagi aku lacking dalam part ni. Aku
pun manusia biasa. Masih banyak yang alpa. Tapi Mak selalu jadi alarm untuk diri
aku. Alhamdulillah, mak selalu ingatkan aku jangan putus untuk berdoa. Selepas
solat dan buat apa pun, jangan lupa untuk berdoa moga Allah mudahkan urusan
kita sekarang dan akan datang ni. Terima kasih Mak sebab selalu ingatkan kakcik
dan selalu doakan perjalanan hidup kakcik.
Korang jugak, doakanlah
aku. Moga Allah mudahkan juga urusan korang sekarang dan dimasa akan datang.
Lain kali, aku menulis
lagi since masa aku panjang dan banyak terluanggg. Hehehe.
Lain kali perkongsian
aku, aku bagi yang berilmiah sikitlah. Mungkin aku boleh share some tips on
pemakanan kesihatan (Nutrition), bila lagi lah kan nak gunakan platform yang
ada ni untuk aku share knowledge yang aku belajar dekat university.
Okay teman teman.
Sehingga berjumpa lagi ya. Happy blogging!
27
July 2018
Normala
Hayati Nanyan
Comments
Post a Comment