ya ALLAH ya TUHANKU


Wednesday, February 25, 2015

Ada apa dengan seorang abah ?

assalamualaikum wbt..

"There are no perfect fathers, but a father will always love perfectly. Remember to care for those who care for you"




Abah? ayah ? papa? abi? daddy ?
Gelaran seorang insan yang patut kita kagumi..
insan yang sentiasa mencukupkan kita..memberikan segala apa yang dia punya..
sanggup korbankan segalanya..termasuk dirinya demi anak-anak..
Dirinya??
insan ini tanpa kita sedar telah melakukan apa sahaja demi anak-anak..
adakah kita sebagai anak sedar akan semua ini?
seorang ayah tidak akan pernah menunjukkan betapa dia lemah..
seorang ayah tidak akan pernah menunjukkan betapa tak berdaya..
seorang ayah tidak akan pernah menunjukkan betapa dia sakit..
hanya apa yang dia mahu adalah kebahagiaan anak-anaknya..
percayalah..
dia mahu kamu belajar untuk kuat..
dia mahu kamu belajar untuk tabah..
dia mahu kamu belajar untuk tidak menangis jika berat ujian yang kamu terima..
ALLAHU...
betapa mulianya seorang ayah...
sedangkan aku?
tanpa sedar seringkali menyakitinya...
tanpa sedar seringkali mengguris hatinya..
tanpa sedar seringkali mengecewakannya..



abah! I know that you love us perfectly!

aku dikurniakan seorang insan yang amat aku kagumi..
ABAH..ya seorang abah yang tak pernah lelah mendidik kami..
seorang abah yang sentiasa memberikan apa yang dia ada..
aku sangat menyayangi abah..sangat2
dia... sentiasa memberi semangat padaku..adik2 ku..kakak2ku
susah nak diungkapkan perasaan ini..
perasaan yang aku simpan terlalu lama...
abah yang sering ada sentiasa untuk anak-anaknya...
abah yang sentiasa berada dibelakang kami..
waktu kami menerima kejayaan mahupun kegagalan..
itulah seorang abah..
abah sangat mementingkan pelajaran ..
itu membuatkan aku sangat mengaguminya..
kata abah..ilmu lah yang akan membawa kita..
setiap kata-katanya aku percaya dan sentiasa aku pegang..
sehingga kini..
dia tak jemu memberi nasihat
walaupun abah bukan lah sesempurna ...because there are no perfect fathers..
di mata anakmu ini..abah dah cukup sempurna untuk kami..
terlalu..
abah mengajar kami erti kesusahan..
abah mengajar kami erti pengorbanan..
abah mengajar kami segala yang kami tak tahu..
sama seperti mak..
kalian tidak pernah jemu mendidik kami yang berbagai karenah..
meskipun begitu kalian tetap mencukupkan kami..

Bila berjauhan..rasa sayang itu makin menggunung...
dan..
membuatkan aku sering merindui kalian...
terlalu merindui kalian..
moga kedua mak dan abah sentiasa dibawah lindungan ALLAH..
sentiasa di bawah rahmat -Nya.
amin!





normalahayatinanyan.blogspot.com
usmkk
26/2/2015

Monday, February 23, 2015

come back with full of semangat !!!

asalamualaikum wbt...
lama tak post sesuatu..
aku baru balik shj ke universiti setelah cuti sebulan..
cuti sebulan?
sangat seronok..
dapat jumpa family dan dapat kumpul sama2..
nikmat yang paling best dan alhamdulillah...
aku sangat2 bersyukur sebab dapat jumpa mak dan abah..
rindu sangat stelah berapa bulan tak balik...
.....really miss that moment.....
cuti sebulan sbnarnya banyak benda yang aku belajar...
trlalu banyak...
bila dapat tengok muka makk...
baru aku tahu bahawasanya ..wanita ini banyak berkorban untukk aku..adik2 dan kakak2 ku...
betapa aku terhutang budi padanya...
betapa aku kadang2 lalai untuk menyayanginya..
betapa aku kadang2 lalai untuk memahaminya..
"makk..kakcik minta maaf...sebab selalu lupa..bila kita brjauhan..
baru kakcik ingat bahawa kakcik sangat menyayangi mak,,,terlalu..
maafkan kakcik sbb kakcik banyak menyakiti hati mak tanpa kakcik sedar..
maafkan kakcik..kakcik selalu lupa bahawa terlalu besar pengorbanan mak terhadap kami "
Adalah hari tu..sambil tengok tv ..aku ada brsembang dengan makk..
" mak..dulu masa kecik2 ..waktu lahir siapa yang paling berat?"
"man yang paling berat( adik bongsuku )..
"oh"
"aahh..tengok sekarang..semua dah besar2..dulu..mak bagi mandi..mak jaga tak bagi nyamuk gigit"
aku pandang muka mak lama2 sambil fikir...begitu besar pengorbanan seorang mak..aku dah 20 tahun..hmmm
"Jadi ..kakcik banyak berhutang lah dengan mak ya?'
"haaaa...selama-lamanya hutang seorang anak takkan habis untuk mak dia..itu la pengorbanan seorang makk..kakcik jangan lupa"
aku sedihh..:(
sangat sedih..
sedangkan aku..
sering lupaaa...
in shaa Allah..
kakcik takkan lupa..
Abah pun samaa..jasa abah kakcik takkan lupa..
maafkan kakcik juga sebab mungkin tanpa kakcik sedar ..kakcik telah lukakn hati abah..
maafkan kakcik yaaa..
kakcik selalu lalai..
maafkan kakcik..
kakcik tahu dari riak muka abah..
abah amat2 menyayngi kami...
kakcik akan belajar bersungguh2 sungguh...
seperti yang selalu abah nyatakan pada kami..
kata2 aabah takkan kakcik lupa..
in shaa allah..





COME BACK WITH FULL OF SEMANGAT..

semalam bermulalah suatu hari yang baru bagiku..
sem-2
aku baru balik shj dari penang to Kelantan...
usm-akan ku teruskan perjuanganku...
in shaa Allah..
dengan iringan doa mak dan abah..
akan ku teruskan perjuangan ku
seperti harapan mak dan abah..
balik shj..
shbat2 sibuk bercerita tentang keputusan exam dan sebagainya...
aku..
alhamdulillah..bersyukur atas segalanya yang ALLAH kurniakan padaku..
hanya pada ALLAH aku bertawakal..
walaupun keputusan tersasar sedikit pada target..tapi aku tetap bersyukur..
alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...
Lepas ni..lupakan yang lama dan buka buku baru..
bina semangat yang baru..
bina harapan baru..
bina segala impian yang aku inginkan disini..
kerana jalan masih panjang untuk aku tempuhi....
harapan aku pada sem ni..untuk sentiasa memperbanyakkkan ilmu yang ada..
ilmu dunia dan akhirat...
in shaa ALLAH..mak..abah..doakan perjuangan kakcik di sini..
ALLAH pasti akan membantu perjuangan aku disini..
"usah berputus asa..selagi nyawa tersimpan"
ALLAH pasti akan membantu hambanya yang berusaha..
ya ..aku pasti dan akan trus berusaha...
aku yakin dengan janji ALLAH...
in shaa ALLAH...

BERUSAHA! BERUSAHA ! BERUSAHA ! JANGAN BERPUTUS ASA !
             TERUSKAN PERJUANGAN ! JANGAN BERHENTI !


normalahayatinanyan.blogspot.com
usmkk
23/2/2015






Thursday, December 11, 2014

Bersabar lah wahai adikku.. Kuat dan cekalkanlah hatimu~

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
apa khabar semuanya..diharapkan semuanya sihat-sihat blako..
aku..alhamdulillah..masih meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar..
menuntut ilmu dan mengaut nya sebanyak yang mungkin..
semampu yang boleh..
ilmu takkan pernah habis dipelajari kerana ilmu amat luas ..
tak terhitung nilainya..
diharapkkan kamu semua juga ..jangan pernah jemu untuk mempelajari..
ilmu dunia dan juga ilmu akhirat..
jangan pernah putus asa yaa..
Pesanan ini juga buat diriku yang sering alpa ..
yang sering lalai..
yang sering leka..
kita sama-sama bangkit dan cuba untuk bergerak dan berjalan tanpa henti menuju kejayaan..
teringat pada kata-kata akak mas( kakak usrah ku) sewaktu kami berbual-bual..
katanya" kalau kita hanya mengejar dunia, maka kita hanya akan mendapat dunia sahaja..tetapi jika kita mengejar akhirat maka kita akan mendapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat"..
aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya..
sesungguhnya memang ada kebenarannya..
aku begitu tersentuh..dan aku cuba untuk muhasabahkan diriku..
dimana sebenarnya aku berada di antara dua situasi tersebut..
Ya ALLAH ..ampunkanlah kekhilafan aku andai aku sering alpa dalam mengingatimu..
ampunkan aku..
jika aku seringkali mengejar dunia hingga aku sering lupa akan kewujudanmu..
In Shaa Allah...apa-apa pun sahabat-sahabat marilah kita sama-sama tajdid niat kita agar kita tak lari daripada cinta hakiki..
cinta sejati..
cinta yang satu..
cinta yang pertama...

Bangkitlah semula adikku..aku akan sentiasa bersamamu..
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..
segala puji bagi ALLAH yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambanya..
Kenapakah jika kau terasa sakitnya..pedihnya..pilunya hati..aku juga berasa begitu..
mengapakah jika kau bersedih..kecewa..aku juga begitu..
Adakah ini dikatakan nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita berdua wahai adiikku..
Jangan bersedih wahai adikku..bangkitlah semula..aku akan sentiasa bersamamu...
juga abah..mak..along..angah..dan adik-adik..
dan yang paling utama..
penciptaMu..
Allah S.W.T..
dia lah yang memberikan ujian ini padamu..
Sebagai tanda dia amat menyayangimu wahai adikku...
Terlalu menyayangi..
hingga dia mengujimu dengan berbagai dugaan..
kerana dia amat merindui tangisan mu berdoa pada Nya..
Merintih padaNya..
memohon padaNya..
Aku pinta agar kau tetap tabah dan sabar dalam mengharungi hidup ini..
kerana jalan masih panjang untuk kau tempuhi..
Bersabarlah..
tabahlah..
kuatlah..
ingatlah..
abah kita sangat kuat dalam menempuhi ujiannya..
terlalu kuat sehingga aku tidak sanggup untuk melihat kesungguhannya..
wahai adikku..


kau sering tertanya paadaku..mengapakah aku bisa menjadi kuat dalam apa jua yang aku lakukan..
Sebenarnya..aku tidaklah sekuat itu..aku tidaklah sekuat yang kau sangkakan..
aku juga manusia yang lemah yang sering menangisi jika ujian melanda..
tetapi aku belajar untuk kuat..
belajar untuk tidak menangis jika  berat perkara yang aku hadapi..
Belajar untuk menerima seadanya..
belajar daripada abah yang kuat dalam menerima apa juaperkara pun..
belajar daripada abah yang sering mengajar anak-anaknya untuk kuat dalam menghadapi apa jua punn..
kan abah selalu pesan pada kita ..selalu dan tak jemu..
ingatlah adikku.
masih aku simpan lagi surat yang abah kirimkan padaku sebelum aku hadapi peperiksaan spm..
dan aku akan sentiasa membaawanya kemana pun aku pergi..
dari penang ke pahang dan ke kelantan kini..
surat itu menjadi saksi aku pada abah..bahawasanya..
aku takkan pernah jemu untuk menuntut ilmu..
takkan pernah lupa untuk menuntut ilmu..
wahai adikku..
percayalah..
jalanmu masih panjang..
cekalkan hatimu..
kuatkan dirimu..
dan yakin lah  bahawa kami akan sentiasa bersamamu..


11 december 2014
#normalahayatinanyan.blogspot.com
usmkk kelantan..

Saturday, November 15, 2014

SELANGKAH UNTUK BERJUANG...

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

apa khabar anda semua ?

Dah lama tak menulis sesuatu dalam blog ni..
Rasanya sejak aku habis spm...
Bahasa ku pun rasa nya dah jadi lain..
maklumlah dah lama sangat tak menulis...
maaf ye jika bahasa yang digunakan tak tepat atau mungkin tak berapa faham...
Dah 2 tahun tak silap aku..aku dah tak menulis macam dulu..
aku dah 19 sekarang..
Aahh...mmg dah lama aku tak menulis..
Sejak habis matrik aku dah tak menulis macam dulu...
ada penulisan yang aku buat..
tapi semuanya tergantung.
tak dapat nak habiskan semuanya...
Insyaallah..
aku akn habiskan nya jugak suatu hari nanti...
dah lama aku tak bergiat dalam penulisan blog ni..
dan dah lama aku tak explore semua benda dalam blog..
sebabnya kekangan waktu..
actually..aku sangat suka baca blog...
at least aku akan dapat ilmu yang bermanfaat dari sahabat-sahabat...
dekat matrik aku amek sains..so..mmg takda masa lansung nak menulis..
after habis matrik baru aku menulis  semula..tapi..banyak yang tak habis..
Sebut je matrik...mmg mengingatkan aku banyak perkara...
kat matrik lah aku belajar banyak perkara..
banyak berkorban..
berkorban segalanya..
masa tidurku..
masa rehatku..
waktu ku sentiasa diisi dengan ilmu..
wahhh..aku sangat merindui saat itu...
saat bersama sahabat-sahabat bersengkang mata menuntut ilmu..
ingkatkah kalian akan waktu itu sayang ?
syafika, ayuni..shuhada..
aku sangat merindui kalian...
tersangat merindui kalian....
Kmph sentiasa dihatiku..
kalian sentiasa bersamaku tika susah dan senang..
meski kalian jauh dari ku..persahabatan bersama kalian akan sentiasa dihatiku...
moga kita akan terus berjaya di dunia dan akhirat..
terima kalian kerana sudi menjadi sahabat ku...
saat yang paling manis yang akan ku ingati ialah pabila kita sama2 membuat coklat milo(di iron) dan
makan maggi sedapp bersama-sama selepas habis peperiksaan..
saat manis itu lah yang akan ku ingati selamanya...
bila terkenang kan itu semua..
hatiku membuakk-buak untuk bertemu kalian..
berbual-bual..
makan bersama-sama..
riadah..
berbasikal..
dan belajar bersama-sama..
walau kadang-kadang kita sering berselisih faham..
tapi saat itu lah yang merapatkan kita,,,
menjadikan kita saling mengenali antara satu sama lain..
maafkan aku kalian jika aku pernah menyakitii hati kalian..
sesungguhnya kalian sagat baik padaku...

After kmph ... what's next ?

Alhamdulillah..
selepas habis je belajar kat matrik ..
aku dapat menyambungkan pelajaran di usm...
usm kubang kerian, kota bharu...tempat aku belajar sekarang...
aku seronok dan gembira..
walaupun jauh dari rumahku..
mak kata.. bila belajar jauh lagi luas pengalaman kita ..
aku teringat lagi bila keputusan upu keluar...
abah sangat gembira...begitu juga dengan mak..
aku rasa sangat bahagia waktu tu dapat menggembirakan mak dan abah..
aku rasa terharu..sama perasaan dengan apa yang mak dan abah rasa masa tuu..
sebenarnya..aku dapat upm dan usm..
alhamdulillah aku diberi peluang untuk memilih.. 
aku memilih untuk pergi ke usm...tempat yang aku berada kini...
sebabnya..course yang aku nakk dapat di usm..
nutrition..
inshaallah..
 doakanku agar dapat menjadi nutritionist yang dapat berbakti kepada masyarakat...
kat sini.. alhamdulillah..
banyak jugak yang aku lalui..
walaupun banyak yang aku perlu belajar..since aku baru 1st year kat sini..
aku akan tetap kuatkan tekad ku..
sebagaimana di matrik..
aku akan kuatkan semngat ku kat sini..
bersama -sama dengan doa mak dan abah kat sini...
" mak dan abah doakan kakcik kat sini..agar kakcik kuat menempuh segala cubaan dan dugaan kat sini.....macam mana susah pun kat sini..kakcik akn tetap berjuang demi mak dan abah..
mak dan abah penguat kakcik kat sini...doakan kakcik.....mak dan abah dah terlalu banyak berusaha untuk membesarkan kakcik, along, angah, umi,amirul dan lokman..kakcik teringin nak balas segala-galanya kembali..tunggu kakcik"
Back to usm..
Banyak yang aku perlu pelajari..
dari doktor2 dan prof2 yang hebat2 kat sini..
banyak ilmu yang perlu aku ambil dan serap dalam hidupku..
rakan-rakan kat sini jugak baik2 belaka..
aku mula untuk menyayngi kalian sepeerti mana aku menyayangi sahabat2 aku yang lain..
kak ika..aku sudah mula untuk menyayangimu..
kamu sama seperti angah..
bila aku melihatmu..
teringat pada angah yang selalu memberi nasihat padaku..
moga ukhuwah yang terbina ini berkekalan...
bantu aku dalam mencari ALLAH..
moga persahabtan kita kekal hingga akhir hayat...
akhir kata ..
aku harap sangat dapat buat yang terbaik disini..
doakan ku kalian..agar aku tetap kuat..
kuat untuk menuntut imu..
kuat untuk menempuh segalanya..
kuat untuk beribadah..
kuat untuk berjaya dan 
kuat untuk sentiasa istiqamah dalam apa jua yang aku lakukan sekarang...
dan..
tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu...
inshaallah..
moga kalian juga sentiasa bersemngat untuk sentiasa menuntut ilmu..
Ayuh lah kita sama-sama berjuang...
penuhi ilmu di dada..
moga kita menjadi hamba yang diredhai ALLAH..
aminn..
#normalahayatinanyan.blogspot.com

Wednesday, April 24, 2013

"walaupun perjuangan itu pahit,tetapi kejayaan itu manis...."

asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
berlari menggapai kejayaan..
bukan masanya lagi untuk berjalan kerana kejayaan tidak akan datang bergolek..
adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berlari mendapatkannya..
alhamdulillah..aku sedang berlari mendapatkannya...^_6
moga doa abah dan mak sentiasaa mengiringi perjalanan ku...
amiin..
keputusan exam spm?
alhamdulillah...
hatiku benar!
sesungguhnya semua itu hanya pinjaman dari allah..
aku terima+bersyukur...
^_^
maksudnya ..
selepas ni, maka aku akan berpisah dengan kkawan seperjuangan ku..
sedih?
ya memang aku sedih dengan perpisahan ini...
insyaallah akan ada hikmah nya suatu hari nanti...
takkan ada lagi gelak tawa sahabat2 ku yang sentiasa dengan keramahan mereka..
kelas akasia yang aku duduki yang mempertemukan aku dan sahabat2,
semuanya mengembalikan nostalgia yang takkan dilupakan...
terkenang kata-kataku pada seorang sahabat beberapa hari sebelum spm,ketika kami
berbual-bual bersama..
"hari ini hari isnin kan?takkan muncul hari isnin macam hari ni pada tahun depan"
mereka hanya tergelak mendengar kata2 ku...
aku memang bermaksud dengan kata-kataku..
kerinduan yang sentiasa bertamu dalam hatiku...
kawan-kawan mungkin sentiasa berasa pelik dengan diriku..
tetapi hakikatnya memang begini kerana aku amat menyayngi kalian...
"jika aku menyayangi seseorang,,aku akan tetap dan tetap menyayanginya..."
itulah diriku...  
sahabat2,ayuhlah sama 2 kita bangkit menuju kejayaan..
"walaupun perjuangan itu pahit,tetapi kejayaan itu manis...."
#normalahayatinanyan.blogspot.com#

Saturday, March 16, 2013

kejayaan~aku sedang mengejarmu!

kejayaan..!aku sedang mengejarmu...
sekuat mana kau berlari...
kau akan tetap ku temui..
walaupun sehabis nafas ku...
tunggu diriku di batas waktu..
kerana,,,kau akan kucapai seumur hidupku....
sekeras-kerasnya aku akan mencapaimu...
walau dihujung dunia sekalipun..
tunggu diriku..
nantikan aku..
usha yang kuat akan mendatangkan hasil yang baik...
in syaa allah
.................
abah:   kakcik dah sedia ka nak ambil keputusan nanti..
kakcik: abah macam mana?
abah: abah redha dengan segala keputusannya..
kakcik: memang kakcik rasa berdebar,tapi kakcik akan kuat menghadapi segala kemungkinan nanti...
           abah jangan lupa doakan..
abah: abah sentiasa doakan anak2 abah..moga kecermelangan akan sentiasa dalam diri anak2 abah...
kakcik:amin!insyaallah...
..................
keputusan spm bakal keluar tak lama lagi...aku bagaimana?
insyaallah...hanya pada ALLAH aku bertawakal..
usha+tawakal=kejayaan
-dengan izin ALLAH-
aku perlu kuat..sabar
dan jadi diriku sendiri kerana selepas ini aku akan 
memulakan perjalanan ku,,,, bagi berlari mengejar kejayaan ..
insyaallah..
moga redha ALLAH sentiasa bersamaku..
juga keampunan ALLAH sentiasa ada untuk diriku..
yang sentiasa penuh dengan kekhilafan....dan dosa 
amin!

*normalahayatinanyan.blogspot.com

menjadi diriku~aku adalah apa yang ada...

asalamualaikum...warahmatullahiwabarakatuh...
menjadi diriku..aku adalah apa yang aku ada...
"tak seperti bintang di langit"..
"tak seperti indah pelangi"..
kerana aku adalah apa adanya...
...ini mengingatkan ku akan bait-bait lagu  ..
yang amat menyentuh hatiku..
kerana aku adalah apa adanya...
terimalah aku seperti apa adanya..
kerana aku adalah insan biasa..
diriku bukan lah insan yang sempurna...
aku ... menjadi diriku dengan
segala kekurangan...
juga menjadi diriku atas
segala  kelebihan...
tetapi..
tetap ku bersyukur..
atas apa yang ku punya...
setiap waktu ku nikmati..
anugerah hidup yang ku miliki...
tidak perlu untukku..
bermegah-megah
atas segala kelebihanku...
terimalah aku seadanya...

*normalahayatinannyan.blogspot.com*

Saturday, December 08, 2012

usha+tawakal~~

ssudah 2 minggu  peperiksaan spm berlalu...
aku...
insyaallah..
moga ALLAH memberikan jalan yang terbaik untuk aku..
aku bertawakal pada mu ya ALLAH...
lepas ni..
dimanakah hala tujuku?
wallahualam..
hanya ALLAH yang mengetahui segalanya..
aku hanya mampu berdoa ..
agar dikurniakan keputusan yang baik
amin..
.................................

apa yang ku fikirkan hanya lah untuk membahagiakan mak dan abah..
kebahagiaan mereka merupakan kebahagiaan yang terbaik buatku..
ingin sekali ku hadiahkan dan kukongsikan kebahagiaan ini bersama mak dan abah...
insyaallah..
jika kau izinkan ya ALLAH,
berikan aku kesempatan untuk membahagiakan mereka,
berikan aku peluang untuk menggembirakan mereka,
sebelum mata mereka tertutup ku,
sebelum mulut mereka berhenti menasihatiku lagi,
sebelum wajah mereka hilang dari pandangan ku...
ya ALLAH ...berikan kesempatan buat ku...
segala yang bakal berlaku...
hanya terletak padamu ya ALLAH...
hanya mampu aku bertawakal pada mu ya ALLAH...
................................................
abah call petang tu...
"macam mana exam?"
"hehe"
"agak2 berapa boleh bagi kat abah"
"alhamdulillah,tak tau lah"
"kalau boleh memang nak bagi yang terbaik untuk abah dan mak,
tapi tengoklah macam mana keputusan nanti...kak cik pon tak pasti...hehe"
........
harapan mak dan abah menjadi penguat dalam hidupku..
aku akan cuba yang terbaik ...
bertawakal..
insyaallah..
........
moga mendapat kejayaan didunia dan akhirat,,
amin


Monday, September 17, 2012

usha! u still have fantastic time! gooD timer! Be a master of your study!


bismillahirrahmanirahim..
~~^=^~~~
asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
kpd para sahabat-sahabat...
yang sentiasa ingiIN  berjuang dibawah langit ALLAH..
salam perjuangan kepada para saudara2 seislamku...
salam perjuangan kepada sahabat-sahabat
yang sentiasa berjuang menuntut ilmu ALLAH..
moga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan ALLAH
Mudah-mudahan...
...........................................................
~PERCUBAAN SPM~
lagi satu paper yang tinggal...
aku kena kuat..
sekuat yang mungkin untuk berjuang..
mesti!
YA ALLAH!kuatkan aku...lindungi aku dari putus asa!
biarlah butir-butir air mata aku menjadi penguat usaha ku..
ampuni khilaf dan salahku selama ini ..
yang mungkin menjadi penghalang kekuatan dalam diriku...
WAHAI PEMILIK NYAWA INI...
kuatkan aku...
jika itu yang KAU takdirkan..
aku terima  seaadanya...

.............................................................
macamna exam?
alhamdulillah..
ok la kalau macam tu abah nak tgk result nya macamna...
insyaallah..kakcik buat apa yang kakcik mampu bagi abah..
tapi abah jangan harapkan sangat..
kakcik takut abah kecewa nanti..
tak,bagi abah,kakcik buat yang semampu boleh..
abah,kalau kakcik tak dapat result yang baik kali ni
kakcik akan cuba buat yang lagi terbaik untuk spm betul2..
xpa,usaha lagi,semangat tu yang abah nak tengok dalam diri anak2 abah..
kakcik akan lebih semangat kalau abah sentiasa bagi semangat kat kakcik
insyaallah,abah sentiasa ada untuk sokong kakcik..
selagi abah hidup,abah nak tengok anak2 abah berjaya..

.........................................................
#insyaallah aku akan buat yang terbaik#
#kalau kali ini tak dapat buat yang baik,masih ada masa untuk berusaha#
#kan masih ada SPM SEBENAR#
INSYAALLAH, MOGA ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN KEKUATAN PADAKU AGAR TIDAK BERPUTUS ASA!
AMIN! 

~normalahayatinanyan/seindahmawarberduri~